Followers

Monday 16 May 2016

selamat hari guru

 

selamat hari guru untuk semua yg bergelar guru

terutama guru dari kecik iaitu my MOM
cikgu2 sekolah rendah s.k seri kemudi > s.m.k dato' perdana> mrsm kuala berang> asasi UM > fakulti sains kesihatan UKM KL > next unknown

mostly keluarga sya ramai cikgu, 6 orang jadi cikgu/pengajar/pensyarah
sepupu sepapat pun ramai juga cikgu
sebabnya zaman dulu
asal abis spm jer suh jadi cikgu

saya dulu pun nyaris2 nak masuk IPG
tapi telah ku tolak senyap senyap tawaran msuk maktab
orang sekeliling memang paksa suh jadi cikgu lah
terutama pak sdara sorang tu
masih ku ingat kata katanya
bukan kata2 semangat
tapi kata kata yg bawa maksud lebih kurang camni
'orang perempuan x payah cita cita tinggi sangat lah, akhirnya ke ceruk dapur jugak, tak kemana pun'

ibaratnya jadi cikgu tu orang kelas biasa biasa je
padahal bagi saya, manusia yg namanya cikgu ni bukan calang calang orang
yg betul2 layak jer boleh jadi cikgu
bukan semua orang boleh jadi cikgu.. nak nak zaman sekarang ni
dan sy tau n yakin saya tak ada bakat nak jadi cikgu
bila orang bertanya, boleh je saya tunjuk ajar panjang lebar
tapi nak ajar from zero memang x boleh
tak reti
pastu bila ajar dua tiga kali masih x faham2 mulalah nak naik angin..haha
ya, memang camtu.. sebab tu tak leh jadi cikgu

akhir skali nak ucap kat cikgu cikgu semua kalau ada yang baca ni
jadi lah guru yang berdedikasi, ikhlas mendidik anak bangsa, sebagaimana guru kita dulu mendidik kita.. kurangkanlah mengeluh n komplen.. setiap pekerjaan pasti ada kelemahan di mana-mana.. benda macam ni dah x boleh elak bilamana pucuk pimpinan yg tertinggi pun dah bermasaalah kat malaysia ni.. didiklah anak anak murid untuk jadi orang berguna hidup bebas korupsi.. hanya Allah yang mampu membalas jasa guru guru semua.. insyaAllah

No comments:

Post a Comment