Followers

Sunday 30 September 2012

brapa RM nk buat lesen kreta ?

Friday 28 September 2012

1st time jumpa 1st yer

assalamualaikum

td kami ada buat perjumpaan ngan 1st yer utk petama kali.. maksudnya di sini ialah ini ialah harini kami para senior baru kenal ngan junior selepas 3 minggu dah kuliah mula.. ini dikira sudah agak lewat.. biasanya kitorg buat pada week 1st camtu la..

aktiviti masa perjumpaan tu biasa-biasa jer, sesi taaruf, cakap2, pmbhagian buddy, n makan2.. tapi sesi kali ni ada extra session iaitu sesi 'tazkirah' kpd junior 2nd yer oleh 4th yer.. mereka2 kena marah sebab dah lepas setahun beljar kat sini tapi masih lagi x kenal senior2 yg hanya ada berapa kerat ni.. memang agak mendukacitakan..

Cik Siti akui hal ni berlaku sebb salah kami juga sesi lepas sebab pandang enteng dgn tradisi yg dilakukan tiap2 tahun tu.. apa tradisinya? ... iaitu jr 1st yer kena amik sign semua sr dari 2nd ke 4th year.. tapi tahun lepas  sebab mereka sikit iaitu hanya 6 org je, jd kami ingat mereka senang la nk komunikasi n kenal rapat2 ngan kami.. tapi akhirnya kami silap, mereka2(2nd yer) wat dek jer.. selisih bahu pun x senyum apatah lagi nk tegur..huhuhu.. sedih tau camni

tadi ada amik pic jr 1st yer, tp malas nk upload.. aptb

update jr 2012/2013
1. amalina, sama umur ngan kitorg sebab dia budak diploma tek prubatan, org pj jer..
2. ika, umur 20 sebab matrik 2 tahun kmpp n asal slim river
3. adha, umur 19, lepasan Palam n ore wakaf baru klate
4. ida, umur 19, lepasan kmpk n org pasir mas klate




aik.. 4 je jr? yup hanya 4 jer.. sadis kan.. tapi yg penting aku tetap happy sebab ada 2 org klate..hehehe

tata.... enough for now.. see u again

bye =)

Wednesday 26 September 2012

Alhamdulillah.. 2 Nikmat serentak

25/09/2012

assalamualaikum..

alhamdulillah.. arini dapat 2 nikmat besar daripada Allah..

satu... $$$$$$$$...... yeayyyy  $ JPA dah masuk $
pagi2 lagi gi fak terus menuj ke ATM.. cek2 duit, Wahhh aku kaya...hehehe
tapi kaya kejap je la.. esok nk bayar yuran dah tambah ngan nk bayar alat.. dah berabis kat situ hampir separuh...huhu.. kaya sehari pun jadi la





nikmat kedua pula ialah dengan Rasminya GMUKM telah menang PRK tahun ini.. tahniah kpd semua calon2 GMUKM dan jawatankuasa penggerak GMUKM serta semua yg telah memilih untuk memberi mandat pd GMUKM lagi pada tahun ini.. semoga calon yg telah terpilih dapat menjalankan tugas dan amanah dengan jayanya dengan niat ikhlas kerana Allah.. 

sebenarnya Cik Siti hampir tidak dapat pergi mengundi kerana kelas Cik Siti penuh dari pagi sampai ptg.. pagi tu ada 2 makmal iaitu makmal Dispensing dan kaedah klinik.. langsung x leh mencelah utk kluar kejap.. habis dah kul 1 lebih.. g solat n makan jap.. tengok2 jam dah kul 2.. ada klas famako plak.. huhuhu.. masuk klas n tggu punya tunggu punya tunggu, Dr Dayang x masuk2.. kul 2.30 dengan bersemangatnya pergilah mengundi ramai2 ngan geng2 Cik Siti kat TIBE.. bersemangat bukan apa sebab takut Dr datang kami x de dlm klas.. masa pergi berlari n masa balik ke klas smula pun berlari..hahaha.. x senonoh sungguh.. then masuk klas balik n menuggu lagi dr masuk sampai kul 3 lebih.. kami pun decide tuk blah jer coz dah lebih dari sejam menunggu.. suruh Siva(kelas rep) tuk msg dr bgtau yg kami dah balik.. hahaha

bukan terus balik kolej.. tapi ' It's Time To Shopping'.. kata dah kaya kan kan kan.. kami pun ramai2 la menziarahi UO superstore chow kit  yg telah lama dirindui itu..(pasaraya kegemaran bdak ukmkl nih, hari2 pun pg)..




'ber-GM lebih baik'


Saturday 22 September 2012

Budak baru belajar O,o

assalamualaikum..

pantun sengal..hehe

" buah cempedak di luar pagar blok,
ambil galah tolong jolokkan,
Cik Siti budak baru blajar berblog,
mintak yg dah terer2 tu tlong ajarkan.. "





 Cik siti ni memang ada minat yg mendalam utk berblog, tp masalahnya x pandai.. yg asas2 tu boleh la.. blajar sdiri2.. klik sini klik sana.. bila dah kurang kepandaianya tu maka nk buat entry pun malas.. 

 apa yg Cik Siti still x tau 
1. macam maner nk karang entry supaya best utk di baca 
2. nk hias2 blog biar cantik sket 
3. nak follow org 
4. nk buat watermark kt gmbar 
5. nk letak gadjet2 kat tepi2 tu 

 dan banyak lagi lah..
 apa yg Cik Siti pandai adalah duk baca n3 yg blgger lain tulis.. nk follow org tu x tau camner.. so, jd silent reader je lah..huhu

~mekaseh sebab baca =)

ADAM HAWA

assalamualaikum.. 

 ni nk citer pasal drama adam hawa yg duk heboh org duk bercakap.. kawan2 Cik Siti pun kemain lagi duk citer pasal drama ni x kira dlam kelas, sambil berjalan, sambil swimming, sambil makan..( tipu jer, x der la stiap masa..hehe)


                                             


jom tengok sinopsis dulu
'Cerita ni berkisarkan tentang Ain Hawani, seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam, seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya Semuanya bermula apabila Ain bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan Impian Ain untuk bergelar graduan berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya Ego tetap mengatasi hati Ain walaupun Adam mengharapkan wanita ini kembali menerimanya semula. Apakah kesudahan kisah cinta antara Adam & Hawa ini?'
pada pendapat Cik Siti... cerita ni adalah sangat best jika nk dibandingkan dengan drama/filem adaptasi yg sblum2 ni.. sebab watak ain sangat masuk ngan pelakon dan aaron pun sesuai jer tuk citer.. yg penting cerita dia x lari melalut sangat dari novel.. kalau crita adaptasi sblum ni sgtlah berbeza ngan novel.. bila tengok rasa menyampah pun ada.. pelakon plak x kena..huhu..maaf la banyak komen plak.. ni pndapat Cik Siti la.. kalau korg rasa best, tu hak memasing la kan..

 yg ptg Cik Siti harap wifi kolej ni jgn wat hal, nt susah nk tengok citer ni.. Cik Siti tengok online jer..huhu 


mekaseh sebab baca =)
nt jumpa lg di laen entry.. k bai ~

Tuesday 18 September 2012

open house tasik TiTiwangsa

Open House or Open Tasik.. mals nk Citer pjg2..tepek gambar jer buat kenangan.. geng2 Cik Siti x pernah miss pergi sini setiap tahun..


ni 1st round makan masa mula2 sampai






Eve n the Sabahan geng.. jumpa diorg masa tgah makan2 tepi tasik...eve budak yg paling comel kat situ.. ce teka yg mana ( dapat anugerah PC cantik lagi masa minggu mesra plajar aritu)




2 org budak yg x abis2 duk beratur amik mknn.. 



mereka2 yg behave beratur.. yg x tau malu n x tau sabar pun ramai jer.. duk potong turn n mulut plak pot pet2 x brenti.. dah la makan free.. sabo je lah



adik buat apam balik



abang2 hensem tengah buat apam.. best la jugak apam dia.. letak banyak jagung n kacang.. x terlampau manis.. ngam2 gitu


 ce teka apa yg nk di amik oleh budak bertiga baju pink ni.. siap duk bratur dalam hujan ngan 1 payung.. walau hujan lebat still x beranjak.. huhu



hah.. ni lah dia benda yg diorg duk tgu beratur dalam hujan tu.. barisan dia punya la pjg.. kalau teruskan bleh sampai kat pintu pagar KTSN.. masa nk amik tu rasa macam nk amik anugerah plak.. sebabnya van tu tinggi n kena naik tangga n ada stage.. pastu naek plak sorg2 sebab masa tu hujan.. takut gelincir.. kat bawah plak org2 yg kat dalam khemah duk tengok.. seyes rasa cam dapat anugerah bintang popular...hahaha.. dia bagi satu bekas seorg.. dalam tu ada muffin, sos lada hitam n ayam grill saiz 1/8 kot.. berbaloi la jgak beratur sebab sedap..hehe


Dah Jumpa.. =)

assalamualaikum..

aritu Cik Siti ada cerita yg KEKASIH Cik Siti HILANG,,
ni nk citer pasal pertemuan kembali.. lepas jer dah konfem ngan Cik Nora yg kekasih Cik Siti dah dijumpai (fuh.. lega) terus jer x pk dah.. 

esoknya g kelas cam biasa kul 8.00am.. duk dalam 10 minit camtu, classmate cik siti pun tanya semalam sape yg ada hilang something.. cik siti pun terus la ngaku walaupun muka dah merah tahan malu.. seyes malu weh.. dapat jer terus belek2.. huh.. kotornya.. penuh cap jari n sememeh jer tengok.. cek notification n msg sgala bagai.. mmg banyak la org contact malam td..huhu.. pastu dah x leh guna biar jer dalam beg tu..petang tu teus g loyat aktifkan balik no n amik simkad baru.. lepas 24 jam baru leh guna.. kena bayar RM10.. dah la tengah kering kontang ni..
.
.
.
.

NI LA KEKASIH SAYA 

selepas ni Cik Siti berjanji untuk lebih berhati-hati dalam menjaga harta benda, harap-harap ni adalah kejadian pertama dan terakhir yg berlaku kat cik siti.. ni 1st time cik siti hilang barang.. means brg2 yg berharga la.. klau stakat hilang pemadam, pen, pembaris tu dah biasa..

Wednesday 12 September 2012

Alamak... Kekasihku Hilang! ('o') part 2


sambungan..

 cek punya cek punya cek.. selongkar  semua beg, labcoat, buku, kain telekung..

x de dalam beg.. pastu cuba la ingat2 balik, bila last time jumpa dia.. last skali pegang dia adalah masa duk tgu kawan2 Cik Siti kat atas krusi tepi makmal tu..

lepas tu Cik Ikin ( kawan Cik Siti) terus ajak p cari cepat2 kat tempat tu.. sampai sana nampak la ada senior 4th yer 2 3 orang.. cari2 n belek2 beg kat situ, tp x jumpa.. pastu terus g masuk kelas sebab ada kelas famako kul 2 tu.. masa lam kelas tu kecoh2 laa KEKASIH Cik Siti HILANG, lect pun x masuk2.. pastu g lagi cari tuk beberapa kali lepas tu.. still jugak x jumpa2.. =( huk2

bila kawan2 cik Siti call, talian masih bleh ditembusi.. maksudnya still lagi bunyi tooot..tooot...tooot.. tp x de org angkat.. persaan Cik Siti waktu tu x rasa risau pun pasal KEKASIH cik siti tu, tp yg duk risau sebab dalam tu banyak pic2 Cik Siti n banyak file2 penting.. pastu lect masuk, dah x pk dah pasal hanset..

masa OTW balik K5, singgah la beli no baru.. sampai2 jer bilik terus cari KEKASIH LAMA.. makanya cik siti pun melepaskanlah rindu pada KEKASIH LAMA tu..  pastu terus call maxis centre tuk block no tu dalam kul 5.30 kot..

masa duk main2 ngan KEKASIH lama tu.. dalam kul 6, Cik Nora pun msg kata dia dah jumpa KEKASIH Cik Siti.. apalagi Cik Siti pun terus la call dia nk konfemkn.. Syukur, betul2 dah jumpa balik..

TAPI.. Cik Siti baru jer block no tu td.. x smpai sejam pun.. HUHUHU.. camano ni?

ok la dah pnjg ni, nt Cik Siti cerita lagi detik bertemu semula ngan KEKASIH cik siti tu yer..

KEKASIH LAMA



Alamak... Kekasihku Hilang! ('o') part 1

assalamualaikum..

Kisah ni berlaku semalam 11/09/2012.. mulanya pagi tu Cik Siti ada makmal Dispensing dari pukul 9- 11.00 pagi.. lepas tu ada plak primary care clinik utk topik Visual Field ( kalau x tau nt Cik Siti terangkan kemudian) sampai kul 1.oo.. so, dah kul 1 tu maknanya time lunch break.. jadi oleh sebab Cik Siti masih lagi berpuasa 6, maka Cik Siti n kawan2 terus la g ke Surau TIBE instead of g jamu selera..

masuk2 jer surau, huh PENUH n padat.. tp masuk la jugak n cari ruang2 kosong nk duduk..  lepas tu g la Solat Zohor..  then. pas solat tu Cik Siti pun tergerak hati la nk cek kekasih Cik Siti ada ke x..
tiba-tiba  HAH x de!! KEKASIHKU HILANG!!

bersambung

Sunday 9 September 2012

DiuJi JPJ

assalamualikum w.r.t..




tanggal 4/9/2012 dengan rasminya Cik Siti telah berjaya mendapatkan lesen memandu kereta ( tu pun nk kecoh, org laen ada lesen helikopter x heran pun).. kenapa nk post jugak kat blog ni?   sebabnya, tempoh CIk Siti nk wat lesen ni lama.. setahun slepas dpat lesen L.. tahun lepas buat doh lesen motor, pastu  x sempat nk wat hok keta plak sebab dah naek sem.. tapi dua2 pun skali test jah.. jimat duit.. tahun depe dapat lesen besar boleh doh la nk beli keta..hahaha.. angan2 jah lebih 


No 14 : no bertuah Cik Siti hari tu

LULUS.. promote skali nama JPJ.. bangga dia

p/s: lesennya x tau bila bleh brada di tanganku, minggu lepas x sempat siap.. tgu cuti midsem kot baru bleh

Daftar Kolej + pelBagai peRasaan

assalamualaikum

banyak nk cerita hari ni

(1) syukur - Alhamdulillah..selamat perjalanan naek bas male td walaupun 10.30 masih di jelawat.. huhu bas bocor.. naik bas smale kul 9..bas mutiara.. 
      syukur juga sebab dah berjaya daftar d kolej.. dapat duk KTSN 5 atau dipanggil k5.. dapat plak bilik macam hotel.. luas dan nyaman ngan tingkap sliding hampir penuh dinding.. bilik double.. rumet x kenal lagi sape.. tandas lam bilik.. bestkan..   =)

(2) haPPy - semakin menghampiri untuk jejak ke 3rd yer esok start kuliah).. takut pun ada terutamanya pasal klinikal..

(3) seDih - Homesick.. ='(   x puas bercuti

(4) teruja - nk jumpa semua sain2 n lecturer2 esok..( hari ni jumpa doh sket2).. nk masuk kuliah sebagai 3rd yer.. juga nk jumpa n kenal junior 1st yer.. harap2 ada hok dari klate..

(5) letih - angkut barang dari k1(ting 2) ke k5(ting 3).. mujur la en. Asmadi mai tolong angkut.. x sipe lagi tu.. penyapu n mop x ingat nk amik td..huhu.. tunggu nk bersih bilik dulu baru nk nyipe


p/s: wlaupun toilet lam bilik, tp air x dop..huhu.. pic 1 pun x amik arini nk wat kenangan..

Monday 3 September 2012

Entry pertama (1st)

assalamualaikum..
salam perkenalan.. sebenarnya blog ni dah lama diwujudkan(sejak januari 2012) namun x pernah ada post, sebabnya x reti.. dah lama teringin nk ada blog sendiri.. selama ni jadi silent reader duk baca blog org laen, baru skrg rasa nk menaip..

blog ni nt akan dijadikan ruangan utk saya ( boleh dikenali sbgai Cik Siti) mencatatkan tentang kehidupan saya, luahan rasa dan macam2 yg sya rasa nk coret.. Cik Siti nk mendahului dengan beribu kemaafan andai coretan di dalam blog ini ada mendatangkan masalah atau mengganggu gugat sesiapa di kemudian hari.. yg pasti ianya adalah coretan, luahan, pandangan peribadi saya.. jika ia bertentangan dengan pemikiran anda, itu hak anda.. tiada kaitan dengan Cik Siti

p/s: esok nk test lesen kereta, ya Allah permudahkanlah urusan untuk aku ambil ujian memandu esok, harap semuanya berjalan lancar dan lembutkanlah hati semua pegawai jpj.. ya Allah lindungilah aku dan jauhkan segala perkara yg tidak diingini.. aminn..