Followers

Wednesday 30 October 2013

::WW:: proposal


harini rabu kan?
sempat lagi nih nak wat entry rabu tanpa kata
hehehe

pic amik kat fb

erkk.. tapi rasanya dah x leh nak calm sangat dah ni
jumaat nak kena hantar..huhu
asyik kena edit, pastu edit, dan edit lagi, kemudian edit, edit, edit.. 

T.T

Monday 28 October 2013

::makan-makan:: tempat makan best kampung baru~ restoran kapal



ni cerita minggu lepas.. walaupun dah basi tetap gak nak tulis..hihi
kami gi makan kat restoran kapal kg.baru
sambut besday untuk 3 bulan skali gus.. jimat

untuk grup yang lepas sambut kat sini jugak
besday 3 in 1

layan gambar pulak
tapi gambar x teratur lah
malas nak susun

ni rupa depan restoran ni
masuk jer terus nampak kapal sebijik kat belakang tu
kapal tu tempat cashier sebenarnya
bawah kapal tu ada ikan keli yang besar2


kek tiramisu.. best
tq pada yang blanjer..hehe


fish n chips



chicken chop


yummy

jus durian belanda.. recomended
maaf la, dah sedut sikit baru tringat nak amik gambar




jus mangga.. pun sedap
rasa isi mangga 


jus laici.. rasa x tau sebab x try haritu
rasa laici cam biasa la kot


spageti 





total makan untuk 9 orang
harga yg agak berpatutan la dengan kualiti n servis


senarai harga.. klau x nampak pandai2 la zoom yer..


pergi jalan kaki, balik pun jalan kaki
dekat jer 


sempat lagi tu amik gambar


nanti kita sambut untuk grup yg seterusnya yer

jom gi tempat lain plak
seoul garden? hehe

=]

Sunday 27 October 2013

::nuffnang:: CPUV pertama ~ INTI rebranding campaign



alhamdulillah
akhirnya masuk jugak CPUV kat blog yg x seberapa nih

dah lama x cek akaun nuffnang
tadi pegi tengok
ehh dah ada iklan baru
senyum lebar kejap..
=)




Wednesday 23 October 2013

::ww:: makan cempedak



3  orang makan 2 biji sekali harung
1 kecik 1 besar
pastu masing2 panas
rasa mcam lepas makan durian..hehe




ulas yang besar2 dan manis
kalau dapat goreng mesti lagi sedaappp ni




penuh sebakul biji cempedak


Monday 21 October 2013

::resepi:: roti jala yang simple dan sedap ~







masa raya haji haritu saya ada buat rori jala
sebelum subuh dah start menjala sebab nak makan sbelum solat raya
resepi dari my bonda tersayang



bahan2:
1 kg gandum cap 1 malaysia..hihi
1 tin susu cair
2 biji telur
1 jug air.. lupa nak sukat brape liter =)
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning
botol muncung 3


cara2:


masukkan semua bahan2 sekali harung..pastu kacau sebati
ni kerja orang malas.. jangan tiru
kalau boleh, pukul la dulu telur tu, pastu baru masukkan bahan2 satu persatu
masukkan air tu sampai kepekatan yang sesuai
agak2 je la..hehe



tapis untuk hancurkan tepung yang berketul-ketul tu
nak elakkan dari botol tersumbat nt



dah tapis, masukkan dalam botol ni
guna botol ni lagi senang, x de nak tumpah-tumpah masa nak 'menjala' nt




pastu 'jala' lah atas kuali leper
bentuk ikut suka hati nak bulat ke petak ke




dah masak tu.. lipat2 n gulung







tadaa.. dah siap 




pastu g buat kuah nak makan ngan roti jala nih
gulai ke serawa ke.. pape pun boleh


=]

Sunday 20 October 2013

saturday well spent



semalam kami ada konferens 
pelajar optometri dari setiap u join
ada
UKM, UIA, UITM, MSU, THONEH, SEGI, TWINTECH


UKM IACLE-HOPC
optometry student seminar 2013

tema
frontiers of optometry and vision sciences



ucapan perasmian oleh dekan fakulti sains kesihatan, UKM



saya jadi usher semalam.. tukang pegang flag ni n bawa diorang ke wokshop
malu wei kena berdiri kat depan pegang benda ni..hoho 



Dr nurul fajar bagi talk tentang 3D
dia cakap tentang macam mana sejarah 3D
n bagaimana filem2 3D dibuat
dan dan tu rasa nak g tengok movie 3D..hehehe



prof riza bagi talk tentang software yang diorang  reka
cangih2 semuanya



ni kat workshop
behave sangat rabbit ni.. dia dah pandai dah nak cek mata
cam tau2 jer apa nak buat



tengok tu.. baik kan?
ni nak ukur kuantiti air mata dia
jangan risau, insyaallah x sakit pun
just letak kertas tu sikit jer kat kelopak mata
kajian ni dari thesis pelajar senior tahun lepas


prof rokiah
dia sedang terangkan tentang kajian yang sedang dijalankan
iaitu buat saringan penglihatan kat kanak-kanak tadika 4,5 ,6 tahun
ibu2 perasan x kad kesihatan anak2 yang terbaru ada tambahan untuk saringan penglihatan


dr izzudin menerangkan tentang visual perception


ocular prosthetic


mata palsu, hampir sama ngan mata sebenar




tu jer nak cerita
saturday well spent
kalau x duk tercongok jer lam bilik sorang2..huhu


=]

Tuesday 15 October 2013

selamat hari raya idul adha



selamat menyambut hari raya haji 
semoga kita dapat menghayati makna 'korban' dengan sebaiknya
rasa syahdu jer dengar takbir
raya haji ni best sebab dapat dengar takbir lama sikit 



ni bukan untuk dikorbankan yer
sajer nak tunjuk baby syawal ngan mummy dia

nama dia nur syawal..hehe
nur sebab betina
syawal sebab lahir masa bulan syawal aritu
lembu pun ada nama..hehehe


=]

Sunday 13 October 2013

kebun mini depan rumah


sekarang saya dah otw balik kampung..
balik naik bas
'happy mood'
=)


x sabar nak balik tengok kebun mini depan rumah
kebun ni saya buat masa cuti sem haritu
dah dekat sebulan tinggal
mak saya yang amik alih jaga


dalam bag hitam tu tanam cili, ma saya kata 'cili gubah'
x pasti la camne rupa bentuknyer
ma saya kata sebab buah dia kluar 'sekelompok?' macam bunga yg digubah.. hehe
ada dalam 20 pokok


yang dalam bag putih tu tomato
ada dalam 5 pokok
dalam pasu pokok cili 'budu' 
panggil camtu sebab slalu ambik makan ngan budu..hihi
yang tergantung tu pun tomato
recycle botol minyak masak


ada pokok naga
baru sebiji berbuah.. kecik jer buahnya, sebesar cawan kopi jer
isi warna putih tapi manis

yang hijau atas tanah tu bukan rumput 
tapi kangkung selom  ye ke eja camni


selain tu, nak tengok pokok mulberi

ni pic masa dia berbuah lepas baru tanam
pastu dah x bagi berbuah sebab nak suruh besar sikit
n biar banyak cabang dulu

pokok ni klau x pangkas, dia x berbuah kan?


**


nak menghayati pemandangan  balik kg plak.. bye2  

=]