Followers

Monday, 9 May 2016

pengalaman mendaki bukit keluang, besut


1st time mendaki bukit keluang tahun lepas
musim jerebu teruk tahun lepas
 slepas beberapa minggu x leh kluar sebab jerebu teruk

konon-konon nak pergi menghirup udara segar atas bukit
imagine bersih la sikit udara kat atas sana
apa punya cara berfikir ntah
hahaha
padahal sama ajer

 set date ngan geng staff nurse HUSM
4 orang g satu keta

dari bachok ke pantai bukit keluang tu dalam lebih kurang 45 minit
pergi tu petang jumaat
jadi ramai la makhluk atas jalan raya
lambat la sikit nak sampai
kalau hari biasa maybe 30 minit boleh sampai kot

sebenarnya nak daki bukit ni ada 2 jalan tau
jalan ada tangga ni n jalan takde tangga
saya memang dah tau ada 2 jalan
tapi x tau lokasi kat mana




masa dah sampai tu nampak jalan tangga ni jer
tengok ramai orang naik 
jom ler kita ikut diorang
tangga ni kat bahagian depan gerai jual makanan goreng tepi pantai
tepi tepi tu tempat parking


baru sekerat naik tangga ni dah mengah oii
faktor usia ke apa ni
stamina zero...
tulah keje duduk n melangut je hari2
dah lama x eksersais

2 orang give up
x daya nak teruskan katanya

saya pulak pikir dah alang alang sampai sini
naik je la
bukan senang nak cari masa
duk teringin lama dah dah nak datang
tiba tiba x naik rugi la
kang kempunan pulokk..hehe



aikk.. mana tangga nyer?
sikit jer anak tangga.. ada dalam 30 steps kot
den ingatkan tangga sampai atas

trek agak curam n licin 
tempat yg agak2 mencabar sikit ada dia letak tali tuk kita berpaut
takde la bahaya sngat 
cuma still kena extra berhati hati

jangan nak gedik sangat nak selfie situ sini
terkinja kinja
gelak x ingat dunia
 walaupun ramai jer orang turun naik
still kena ingat yg kita duk dalam hutan
mulut pun kena jaga



ada tempat yg trek betul2 tepi tebing




ni dah nak sampai puncak
dah boleh nampak laut sikit sikit




yeay dah sampai puncak

dalam 30 minit jugak
takde lah tinggi sangat bukitnya
tapi takde tenaga nak jalan laju laju
dah lah langsung x bawak air

putih kat gambar atas tu bukan awan or kabus sejuk tau
tapi asap jerebu
sepatutnya boleh nampak pulau-pulau kecik



takde maknanya nak hirup udara segar
bau asap adelah



dah abis adjust setting camera nak bagi jelas
pun blur jugak gambar


port paling orang suka
signboard ni 

cik misi kita pilih sign seoul sebab seminggu lepas tu dia nak travel ke korea

duk kejap je atas ni
lepas snap gambar  2 3 keping kitorang turun
nak kejar masa

tapi x ikut jalan tadi
ada geng depan ajak kitorang guna jalan satu lagi
kami follow jer

rupa-rupanya lagi senang trek yang ni
next time guna trek ni nak naik

dinasihatkan bawaklah air yer
pastu jangan nak gelojoh sangat selfie cari angle yg bukan2
keselamatan tu kena jaga

=D






No comments:

Post a Comment