Followers

Wednesday 22 March 2017

Lazada Birthday Blogger Contest


BERMULA HARI INI :: 3 hari sahaja LAZADA buat sale besar besaran ~


hari yang ditunggu tunggu telah tiba
dari minggu lepas lagi duk usyar barang yang berkenan
tak sabar sabar nak klik klik..hehehe

tapi disebabkan nak berjimat 
terpaksa pasrahkan diri tunggu hari ini

3 hari sahaja korang
start hari ini 22 sampai 24 mac 2017 je

jangan terlepas peluang pulak yer
kalau ada benda berkenan tu
ni masa yang paling sesuai nak shoppinggg


saya memang suka giler shopping online ni
kebanyakkan barang saya memang akan shopping online

korang pun sama kan? 
haa..mengaku cepat =D


bukan apa uols
kita ni kan keje keluar pagi pagi buta lagi 
kadang2 malam baru balik rumah

cuti pun sehari jer seminggu
yang cuti sehari tu pulak memang banyak keje nak kena setle
masa sehari tu lah nak kemas rumah, basuh kain, melawat orang, nak bercucuk tanam
macam-macam la nak buat

dah tu?
bila masa nak g sopping?

kalau online ni senang..
bila bila masa n di mana jua boleh shopping

paling syok sekali 
shopping sebelum tido
pastu nanti boleh mimpi barang kita beli tu

banyak kali terjadi okeh
nak2 kalau duk usyar saja je tapi tak beli lagi
lagilah kuat dia masuk dalam mimpi
hahaha

kalau online ni saya ada beberapa tempat favourite saya

yang paling saya suka dan kerap membeli adalah LAZADA



KENAPA SAYA SUKA SANGAT LAZADA MALAYSIA?

1. paling utama sekali adalah sebab website ni BESAR..
maksud saya ia adalah ibarat sebuah kedai serbaneka yang besar..
 macam-macam ada
kalau saya ada nak membeli sesuatu..
 tempat pertama yang saya akan cari adalah LAZADA
dan kebanyakkan nya barang yang saya nak tu pasti ada.. 

2. MUDAH.. layout dan design website ni tersusun dan teratur.
 kiranya kalau saya nak mencari sesuatu tu..
 saya dah tahu nak gi bahagian mana
dan setiap kategori tu dia pecahkan lagi untuk lebih spesifik
 jadi kita tak buang masa..
 nak lagi mudah terus saya taip je keyword kat bahagian 'search' kat atas tu
walaupun website dia nampak canggih dan gempak..
 seriously tak loading lama..
 gambar semua cepat jer keluar..
 tu yang saya suka dengan lazada ni..
 masa line internet lembab atau data nak habis pun masih lagi boleh masuk website tu

3. JIMAT DAN BERBALOI BALOI..
 tabiat saya kalau nak membeli satu satu barang mesti saya akan bandingkan 2 perkara ni
 KUALITI dan HARGA..
 sama juga kalau membeli kedai fizikal..
 saya akan pergi survey dulu bebrapa kedai
 baru decide nak membeli kat mana.
 online pun sama..
 saya akan survey dan bandingkan mana yang lebih berbaloi..
setakat hari ini..
 barang2 di lazada paling jimat dan berbaloi..
 kadang2 ada harga yang diletak tinggi sikit dari website lain..
 tapi bila campur postage semua..
 end up akan lagi murah..
 sebab kadang kadang dapat free postage..
 kalau tak pun dapat free gift.. 
paling best saya selalu dapat baucer@kupon  dari LAZADA.,.hehe
blan lepas saya beli vacuum jimat sampai rm60 guna kupon
 #janganjeles



3 BARANG YANG SAYA NAK SANGAT DEKAT LAZADA MALAYSIA NI

3 barang ni adalah antara yang saya selalu usyar dan teringin nak beli
tapi belum sapai masanya..hehe

1. 

dah lama berhajat nak beli tangga
senang nak panjat memanjat kat atas rumah ni

haritu dah tengok kat hardware n pasaraya
tapi kalau beli camaner nak bawak balik
tak muat oii nak sumbat dalam keta

bila difikirkan baik beli online
biar posmen yang hantar
10.50 jer pun postage




2.
ni barang kedua yang saya nak
penting jugak untuk buat kerja simple kat umah ni

baiki kerusi ke
pasang frame kat wall ruang tamu ke
nak DIY apa2 punn senang
saya suka ni sebab dia lengkap satu set semua aksesori dia


 3.

ni sebenarnya wishlist si hemsem boy saya ni.. ahmad uwais
jadi.. automatik la jadi wishlist saya jugakk..huhu

sejak bulan dec thun lepas lagi dia duk menyebut nak basikal
saya ni yang takde masa nak mencari
lagipun kawasan tempat tinggal saya ni tak de tempat jual basikal
kena gi bandar sana.. kubang kerian atau Kota bharu nun
oii.. mak cik tak sempat lagi nak oii

beli on9 pun ok jugak kan
tak perlu nak mengangkut dalam kereta
kita bior jer posmen yang hantar.. setel



atas tu antara 3 barang yang saya nak
sebenarnya banyak lagi barang lain
takpe slow slow kita klik klik..hehe
kalau buat rambang mata..
boleh rabak poket .. T.T



CADANGAN PENAMBAHBAIKAN UNTUK LAZADA MALAYSIA

saya tak tahu nak cadangkan apa. pada saya setakat ni servis yang saya dapat dari lazada memuaskan hati buat masa sekarang

kalau ada kekurangan sikit mungkin dari segi penghantaran barang
kadang kadang lambat sampai
mungkin ni problem pada pihak courier kot

atau pihak lazada boleh wujudkan beberapa pilihan kurier
biar pelanggan yang pilih kurier mana yang dia nak
sebab tempat saya ni tahap ketersampaian kurier ada yg cepat n ada yang lambat servisnyer

dan satu lagi
lazada boleh bagi reward jugak jika customer buat review produk yg dia beli
ni boleh meningkatkan kerajianan customer untuk bagi feedback
jadi senang untuk orang lain nak membeli selepas tu
#sayasukabacareviewsebelumbeli


UCAPAN UNTUK LAZADA MALAYSIA

selamat ulang tahun LAZADA MALAYSIA
semoga akan lebih maju dan berkembang dengan jayanya untuk tahun yang mendatang
supaya makin maju makin banyak la sale n diskaun yang boleh kami dapat..muahahaha

akhir kata

nak buat peringatan sekali lagi ni

CEPATTTTTTT
3 hari sahaja korang
start hari ini 22 sampai 24 mac 2017 je
ni lah masa sesuai kalau ada nak membeli apa2 tu
 jadilah orang yang bijak berbelanja

kalau nak join contest ni pun masih sempat lagi
last sampai 23 mac
sempat lagi nak mengarang
kalau nak join klik jer banner atas sana
hadiah pun lumayan ni kalau menang


HAPPY BIRTHDAY~~
HAPPY BIRTHDAY~~
HAPPY BIRTHDAY LAZADA MALAYSIA~~~~
yang ke 5

=)