Followers

Thursday 30 June 2016

merajinkan diri buat biskut arab



malam tadi merajinkan diri buat biskut arab

dapat sebekas jer
malam buta baru start nak buat
sebab tunggu tengok cerita tv3 tu dulu

11.30 baru mula masuk dapur
nasib baik ada budak rajin ni sorang

sibuk jugak dia nak buat
suruh masuk tido tak nak

'tak boleh tido, keje banyak nak buat biskut ni'.. katanya

amboii dia

tapi konfius.. tolong bagi mudahkan keje ke makin lambat keje
hehehe

kena kemas extra la sikit.. sampai ke atas lantai tepung bertebaran
dah double keje mengemop pulak malam2


bagi la can dia buat

excited lebih budak ni
mulut tu tak berenti bercakap
macam mak nenek

malam ni moh kita try buat tart nenas pulak

petang ni g cari butter seketul


Wednesday 29 June 2016

misi mencari headband baby


belek belek IG cari headband baby
untuk anak buah  seketul tu
nak ikat rambut dia pendek lagi
bahagian atas plak rambut segan segan jer nak naik

kadang kadang kalau pakai t shirt unisex orang konpius laki ke pompuan
pakai baju gegirl pun ada lagi yg tanya laki ke pompuan
hahaha

jadi moh la kita pakaikan headband yang cute'
supaya tak penat mulut menjawab

kalu tanya jugak lagi ku korek biji mata dia. huh

tengok la gambar bawah ni
rambang mata uols

tapi kan macam tak mau la order online
takut tak sempat pos
nak g cari kat butik baby lah









Tuesday 28 June 2016

Kuih raya ke biskut raya?


ada beza ke kuih raya ngan biskut raya?

kalau kat sini biasanya kami panggil biskut raya
atau lebih tepatnya sekut raya

tapi yang saya perasan mostly belah luar diorang panggil kuih

aritu call mak angkat kat kuala kedah 
dia tanya x buat kuih ke?

saya imagine kuih untuk buka puasa

rupa rupanya dia tanya kuih raya
hahaha
miscommunication betul

tak membuat lagi pun biskut raya

hasrat n keinginan nak membuat tu ada
masa dan kerajianan tu kureng sikit

awal awal puasa aritu nekad dah x nak membeli biskut
dah tempah dah pun 4 balang
cukup lah letak kat rumah 2 kat kedai 2 balang

makin dekat raya ni ramai pulak duk share diorang buat biskut
macam macam jenis
sedap pulak tu nampak
tu yang mengidam nak membuat jugak tuh
dah tu pulak sokmo 'ter'beli barang buat kuih
setiap kali g kedai or pasaraya mesti terambik
mula mula beli tepung, pastu gi lagi beli susu tepung,
pastu terbeli serbuk koko n coklat masakan, pastu tepung jagung n kastad 
barang tuk resepi apa pun tak tau
main beli jer

duk imagine dalam kepala nak membuat biskut tat nenas n biskut arab
biskut favourite tuh

pagi tadi dah beli nenas sebijik
nak buat jem malam karang kalau rajin.. kalaulah rajin hehehe


Monday 27 June 2016

resepi nasi minyak yang simple guna dua bahan saja


raya dah nak dekat kan?

ada yang bercadang nak buat nasiminyak ke menu pagi raya nanti

ni saya share resepi nasi minyak mudah

saya jumpa resepi ni kat FB


hahaha

2 bahan je perlu

SAYA dan AWAK

\


Thursday 23 June 2016

comelnyaaa sampul raya ni ~ aci tak kalau bagi sampul jer raya nanti


semalam keluar bank nampak ada gerai orang jual sampul raya
mula mula nampak sampul ultramen tu
huish cantik ni
mesti budak2 suka

pastu belek2 nampak pulak
elsa n anna muslimah ni

ommo... kiutnya pakai tudung..haha


1 paket rm1
3 paket rm2

saya beli 3 paket jer
cukuplah untuk anak sedara sndiri jer 13 orang

aci tak kalau bagi sampul saja..kekekeke
kejam mak sedaranya pun

budak2 dapat sampul camni pun dah happy sangat dah
duit dia tak kisah pun




yang lain lain kita guna sampul raya ni saja
tu pun kalau ada lebih

tempah 1500 keping jer haritu
ingat kan tak ramai customer bulan puasa ni

sapa sapa yang nak sampul ni cepat cepat datang sini yer
stok dah tak banyak
siapa cepat dia dapat


ARIS OPTOMETRIST
lokasi : trafik light pejabat tanah, sederet dengan MAN motor

LOT 2523, JALAN PEJABAT TANAH
KAMPUNG TELOK, 16300 BACHOK
KELANTAN
09-7780523

===============================

ADA PROMOSI PAKEJ SEMURAH RM59 JE
SIAP BINGKAI + KANTA

PEMERIKSAAN MATA PROFESIONAL SECARA PERCUMA


sapa rasa nak bergaya ngan spek baru, datang cepat cepat
kang tak sempat siap pulak

aris optometrist satu satunya kedai cermin mata optometrist yang ada di bandar bachok

===============================


eh jap jap
cakap cakap pasal duit raya ni kan

haritu ada la borak ngan sorang hamba Allah ni

dia kata pening pikir pasal duit raya ni
nak bagi berapa kat budak2
budget ada sikit jer

malu nak letak sikit kat dalam angpau 

krik krik krik

ter `silent moment' jap saya
tak tau nak komen apa

dah kenapa nak malu?
apa tujuan sebenar bagi duit raya tu?
nak menunjuk nunjuk ke?
segan takut orang mengata ke?

bagi duit raya ni dah jadi macam satu tradisi kita musim raya
tapi ia bukan benda WAJIB
kalau tak bagi pun tak apa

kalau kita berkemampuan bagi lah seadanya
niat ikhlas sedekah pada budak2

tak perlu nak ikut orang
atau nak bersaing sapa bagi lagi banyak

ini sampai pening kepala dia pikir
dah jadi satu beban pulak
saya cakap bagi apa yg ada ajelah
nak malu apanya
takut nanti jadi tak ikhlas memberi,, sia sia jer
duit habis pahala pun tak dapat


lagi satu nak pesan..
ibu ibu n bapak bapak sekalian
kalau orang bagi angpau kat anak2 tu
tak payah la sibuk sibuk nak tau rm brapa

ni idok.. depan depan orang dia dah bukak
kalau sikit isi dalam
dimengata nyer pulok
" kita bagi rm10 kat anak dia, dia bagi seringgit jer kat anak kita"
mana tak segan orang tu
dah tu jer kemampuan dia
atau banyak tu jer niat dia nak bagi walaupun duit dia berkepuk-kepuk
kita tak payah pertikaikan

kalau nak selamat
 ibu ayah sekalian kumpul je duit anak tu
di penghujung hari baru kira senyap2
dah tu tak payah sibuk tanya anak anak
orang tu bagi brapa.. orang ni bagi brapa

takut nanti x sama ngan yg kta bagi
timbul rasa tak ikhlas pulak dlam hati

takmo yer takmo


Tuesday 21 June 2016

cara panjat pokok mulberi


ini budak 2 orang kalau jauh saling merindui

ALI n AHMAD

Ali kalau telefon selalu tanya pasal Ahmad

Ahmad pulak kalau main or makan apa apa selalu sebut nama Ali


tu kalau duduk jauh jauh lah
memang nampak kamcem nau

tapi bila dah jumpa depan mata
2 3 minit jer boleh bertenang
sat lagi ada la yg bertepuk tampar bercekau


ni Ahmad



ni Ali


sekarang Ali n Ahmad nak ajar cara petik mulberi

mula2 kena survey dulu mana buah yang masak
buah masak warna hitam
tapi kalau tak sempat nak masak
yang hijau pun boleh
sebab lagi masam lagi kami suka




tarik batang dia dari bawah sehingga boleh lentur sampai hujung



yang penting kena kerjasama ya
sorang tarik batang sorang lagi kena petik

(buah tak sempat masak lagi.. berebut diorang ni.. huhu)


ok.. kalau tak sampai nak petik
kita juga boleh panjat


letak kaki kat pangkal pokok
cari n pegang dahan atas yang besar


lepas tu gunakan seluruh kekuatan otot otot tangan yang sado tu
panjat la sampai atas
dan petiklah buah yang ada sampai habis

sekian.. hehehe

***


macam ni la budak2 ni kalau duduk ngan saya
saya bior jer nak buat apa pun
nak main pasir ke, batu ke, panjat ke, lompat ke
ikut suka la

tapi of kos lah dengan pemantauan 200% rapi
pandai pandai la pikir mana bahaya kan
ada had nya jugak nak bagi main pun


contoh macam memanjat tu.. orang lain pakat duk larang jangan memanjat nanti jatuh
rugi la kalau tak pandai memanjat 
tambah2 lelaki
pulak tu bukannya tinggi pun

setakat jatuh jarak camtu
 sakit sikit jer..steady lar..haha
cumanya kena extra hati2 sebab ada kerengga n pagar besi

jauhh lebih baik main kat laman dari duk dalam rumah mengadap tv atau telpon
diorang pun lebih happy
n mak mak diorang pun takde la nak menjadi raksasa gorgon tiap masa.. kekeke

tak susah pun nak kontrol
pesan siap siap mana kawasan larangan

tak boleh pegi keluar pagar sampai jalan raya
bunga n tanaman tok ma jangan usik

jadi tak perlu nak marah2 diorang sangat lepas tu

sebab tu saya jadi mok cik favourite
pakat clingy ngan mok cik
semua benda nak mok cik buat
oiii.. mintak n suruh la mak masing masing..

kalau  musim cuti sekolah
memang panjang la ekor saya
ikut jer g mana mana
pantang bergerak sikit
pantang nampak mok cik pakai cantik2
apatah lagi kalau nampak mok cik pegang kunci kereta..huhu

rindunya ngan diorang
tak sabar tunggu minggu depan 



Monday 20 June 2016

jus laici cobaan n dugaan apakah ini???


tadi duk belek keyword 
terjumpa ada orang search jus laici
seingat ingat saya rasanya tak pernah  ada masukkan pasal jus laici kat sini
  
curious la pulak
meh la kita try google tengok entry hat mana yang kuar jus laici
kadang-kadang pelik jugak google ni
kita search lain dia bagi benda lain
nak tau apa yang kuar bila search jus laici?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

ni hah






tergamam sekejap di tengah hari ni
dah ler cuaca panas ting ting


terkono den


tu ler.. gatai tangan sangat nak search
hahaha

tapi takde la terliur bebenor
cumanya mula2 tengok tu
perrrghhhhh ngences ayaq liur


disebabkan saya dah terkena
tak aci la terkena sorang sorang
maka dengan itu saya share kat sini
supaya anda pun terkena
muahahahahaha.. gelak jahat


mintak maaf la kalau anda terliur ye
saje nak suruh segar sikit bijik mata tu
dah petang ni kasi semangat sikit

jangan nak lemau
tau ler hari isnin

kalau rasa tak larat tu bangun basuh muka
exercise sikit regangkan urat

nak gi jalan jalan baca menu berbuka orang lah kejap
seronok tengok menu macam macam masakan homemade
pastu diorang pulak rajin update hari2
siap gambar lagi


till we meet again


=)


Friday 17 June 2016

:: cerita kedai spek :: halau anak keluar rumah


para ibu dan bapa sekalian
halaulah anak anak anda keluar dari rumah 
kejam bunyinya suruh halau

ayat kena gempak baru korang nak baca kan?

halau kat sini maksud dia suruh anak2 keluar dari rumah
waktu petang2 tu
keluar bermain
pijak tanah
tengok pokok hijau
tangkap katak n belalang

cumanya kalau jenis yang kena keluar jauh sikit, ke taman ke contohnya 
make sure lah pantau, kalau kita takde masa
biar ada orang dewasa yang berfikiran waras dan matang tolong tengokkan

jenis rumah yang atas langit pulak
ibu ayah tolong lah cari sedikit masa
pagi2 hujung minggu ke pergilah joging sedut udara segar
paling kurang pun semnggu sekali

banyak manfaatnya


gambar tu kata nak bagi elak anak kita dapat myopia 
bagi lah dia keluar dan bermain

myopia(short-sighted) = rabun jauh 
rabun jauh ialah kabur penglihatan bila tengok jauh
tengok dekat terang..gitu

psikiatrist kanak kanak kata kalau nak anak-anak kita berfikiran luar kotak
elakkan dari memberi terlalu banyak 'kotak' pada meraka

contoh kotak : TV, RADIO, PC, GADGET, SMARTPHONE, MAINAN VIDEO

benda ni kita semua memang dah tau kan boleh efek pada keseluruhan tubuh badan kita

disebabkan saya ni tukang cek mata
jadi saya nak fokus kesan pada mata sahaja yer

untuk pengetahuan ibu2 dan bapa2 semua
organ mata kita ni pembentukan dia tak terhenti masa baby tu lahir jer 
development mata akan berterusan selepas lahir secara berperingkat

masa baby baru2 lahir dia bukan boleh terus melihat jelas macam kita dewasa ni
penglihatan diorang masa ni boleh nampak benda benda dekat jer
jarak sejengkal dari mata diorang
imej yang diorang nampak pun kontras gelap cerah
macam bayang bayang bergerak gitu

sebab tu kita senyum atau agah baby baru lahir dia buat dek jer
lepas sebulan baru boleh nampak detail sikit
time ni bila kita senyum dia pun ikut senyum
dia boleh beza mimik muka kita tu

pastu akan terus berkembang dari dari semasa ke semasa
masa ni la paling crucial
untuk pembentukan saraf mata yang sempurna
ransangan yang cukup adalah sangat penting

sebab tu saya suruh halau anak keluar rumah

macam saya cakap tadi pembentukan mata berperingkat kan?

makin anak kita membesar, kadar keperluan rangsangan pada mata dia makin bertambah

cuba kita bayangkan
kalau mata anak kita tu asyik duk mengadap telefon saja
jaraknya dekat ngan mata
ransangan pada mata dia terhad pada jarak tu
lama lama otak anak kita tu akan anggap keperluan budak ni melihat hanya jarak ni sahaja
jadi otak pun program sistem mata anak kita untuk jarak itu je lah
bila tiba masa nak tengok jauh
dah x boleh

bukan ke kesian jugak diorang kat nanti
kalau setakat rabun masih ok lagi boleh dibantu guna cermin mata

tapi nak lagi teruk
berlaku visual deprivation
kurang rangsangan penglihatan pada anak
mengakibatkan amblyopia atau lazy eye

kalau dapat dikesan awal sebelum critical period 
insyaAllah masih boleh dibantu dengan alat bantuan dan terapi penglihatan
critical period biasanya pada umur 5-6 tahun
kalau dah lebih dari umur ni baru dapat dikesan
makin mencabar untuk kita buat terapi

kalau langsung tak dikesan
ia akan kekal sampai dewasa
silap2 boleh jadi 'penglihatan terhad' low vision

kekadang budak-budak ni dia tak tahu pun yang dia tu kabur
pada anggapan dia, orang lain pun nampak sama ngan dia nampak
ye la dari kecik dia macam tu
tak pernah tengok dengan jelas lagi
takde pengalaman
hidup pun baru sekali ni kan..hehehe

kita ni lah
yang dewasa ni
ibu bapa kena ambik inisiatif bawa anak2 buat saringan mata dan penglihatan
bagi yang takde masalah sekurang kurangnya sekali setahun

macam gigi jugak
kena saringan setiap tahun walaupun tak sakit
cuma pasal gigi tahap awareness ibu bapa dah tinggi
ibu bapa pun dah tau pentinya buat check up gigi
tapi setakat tahu n aware je la kan.. ramai lagi yg x bawak anak jumpa dr. gigi selagi anak tu tak mengadu sakit gigi

untuk saringan mata dan penglihatan
boleh bawak pergi ke mana2 pusat optometrist
cek dengan optometrist
jangan setakat cek guna komputer jer
komputer tu tak leh percaya

buat saringan ni ada tempat perlu bayar ada tempat tak perlu bayar
pandai pandai lah cari kat mana anda suka yer kawasan sekitar tempat tinggal tu
kalau berbayar pun  rasanya takde la sampai beratus ratus

cari tempat yang ada pemeriksaan mata profesional oleh optometrist
jangan tertukar plak optom ngan optician

dah jumpa tu, mintak dia cek detail semua
struktur mata, air mata, kelopak mata, juling dan sebagainya

yang duduk kawasan sekitar lembah klang
boleh g cek mata kat 


KLINIK OPTOMETRI UKM
lokasi : tepi institut penyelidikan perubatan, chow kit, sebelah HKL

Jabatan Optometri,
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur


Klinik Primer : Isnin-Khamis (08.30pg - 4.40ptg)
Klinik Kanta Sentuh : Isnin & Rabu (08.30 - 4.40ptg) Selasa & Kamis ( 2.00ptg - 4.40ptg)
Klinik Penglihatan Binokular : Isnin (9.00pg - 12 tghari)
Klinik Pediatrik : Rabu (9.00pg - 12.00tghari)
Klinik Penglihatan Terhad : Isnin & Kamis (8.30pg - 12.30 tghari)
Untuk temu janji, sila hubungi : 03-92897499 / 03-92897600

cek kat sini percuma jer untuk sesiapa sahaja 
tak kira kanak2 atau dewasa
tapi kena buat appointment dulu lah yer
tempoh menunggu biasanya tak lama pun


=====================================


untuk yang duduk sekitar bachok, kelantan boleh contact saya
nak emel boleh nak call pun boleh 097780523

check up dengan saya pun percuma saja tau


Wednesday 15 June 2016

:: ww :: keep myopia away, go outdoors and play







tunggukan entry saya pasal ni
tunggu mood rajin saya menaip


Tuesday 14 June 2016

ramadhan hari ke 9


dalam x sedar dah masuk lapan hari puasa

ayat cliche
 'cepatnyer la hai dah seminggu puasa'

betul x?

tapi serius memang x terasa sangat pun puasa
mungkin sibuk kerja
balik pun dah petang
rapat rapat ngan waktu berbuka

kalau bukan bulan puasa pun tak makan pun siang hari
jadi lapar tu tak terasa sangat bila puasa ni
dah biasa keadaan camnni

kadang kadang jer terasa dahaga sikit
bila dah petang tu rasa kering jer tekak
jenis kerja kena bercakap, konsult n explain kat orang
memang banyak pakai air liur
tambah tambah cuaca memang panas kat sini

pastu buka fb skroll dari atas ke bawah semua gambar makanan
hahaha
apabenda la pakat duk share gambar makanan

kita nak share jugak tak dapat
pasalnya tak kuasa pulok nak ambik gambar..hehe
nak kena mengadap hanset bagai

bila dah kat rumah memang jarang la pegang hanset
sebab tu kalau ada msg or WA memang lambat ku reply
kalau rajin balas esoknya.. kalau malas ku biar jer x berbalas

korang berbuka apa petang ni
masak ke beli?

kat sini takde bazar jadi tak merasa la nak ke bazar ramadan
ada pun nun jauh bebenor
orang jual gerai tepi jalan banyak jer
nampak macam2 ada 
tak pernah lagi singgah mana mana setakat ni
belum teringin
jimat kalau ada anak tekak macam ni kan? haha

korang kalau membeli tu berpada pada lah yer
elakkan ikut nafsu
tengok makanan dijual tu memang nampak sedap
tapi kebanyakkanya indah rupa saja
rasa memang kelaut



Monday 13 June 2016

seminggu berpuasa


dah seminggu puasa
begitu juga blog ni seminggu jugak puasa dia..hehe
sepi tanpa update

maafkan tuan blog yer

kisahnya laptop rosak
hard disk nyer rosak
dulu rosak still masih boleh dirawat
sekarang terus tak boleh guna
habis hasil simpanan gambar n data2 yang ada
nasib baik ada yg sempat back up sikit2
 
terbang jugak rm240.. huhu
mahal jugak baiki hard disk ni..
tapi terpaksa la.. kang nak buat keje camner takde laptop

bajet kumpul nak g servis keta tu sebelum raya ni
pandai pulak timing dia nak rosak yer
moh la kita bekerja keras minggu ni moga murah rezeki
menabung balik

camni lah hakikat hidup rakyat marhaen ni
nak buat sesuatu kena menabung dulu
bertabah lah

ada ganjaran pada orang yang gigih dan sabar



Monday 6 June 2016

salam ramadhan


selamat menyambut bulan ramadhan
bulan penuh berkat dan rahmat

semoga kita diberi kesihatan dan kelapangan di bulan mulia ni
boleh kita sama2 melipatganda usaha mencari pahala sebanyak mungkin
ambil kesempatan 

bukan kata bulan ni je kena kuat beramal ibadat
bulan2 g mendatang pun berdoalah semoga kita boleh beristiqamah
beramal berterusan

jadikan bulan ramadhan ni permulaan untuk kita berubah
bila puasa ni kan feel dia lain sikit
rasa 'secure' jer
nak buat jahat pun rasa terkawal kan
perasan x?

mungkin bila puasa n suasana macam ni 
buat kita lebih dekat ngan Allah s.w.t
hati n fikiran sentiasa ingat Allah s.w.t

tulah kata
bila kita ingat Allah, Dia akan lebih mengingati kita