Followers

Tuesday 18 March 2014

::makan-makan:: tempat makan best kampung baru ~ ais krim pulut




rasanya pak cik ni biasa buka gerai dia lepas asar kot
petang jer dia ada
sebelum maghrib dah balik
gerai dia kecik jer
betul-betul kat simpang 4 sebelum masjid kg.baru



sedapp
sebekas papercup tu rm 2 jer
berbaloi-baloi



Saturday 8 March 2014

pray for MH370




marilah sama-sama kita berdoa semoga dipermudahkan segala operasi mengesan n menyelamat MH370 ni..
semoga diberi kekuatan n ketenangan pada waris n ahli keluarga mangsa


tak dapat nak dibayangkan camner lah perasaan mereka
flight gegar sikit sebab langgar awan pun saya dah rasa lain macam
ni kan pulak jadi benda camni






pic amik kat FB

Wednesday 5 March 2014

::WW:: realiti hari ini.. betul ke?



Tuesday 4 March 2014

::makan-makan:: restoran planet ikan bakar & bbq steamboat buffet




haritu g makan kat sini
planet ikan bakar n bbq steamboat
taman melati setapak
sederet ngan kedai-kedai makan
tengah-tengah antara deretan kedai
depan tu sikit ada petronas n balai bomba



sup dia pecahkan dua
sup biasa n tomyam(agak pedas bagi saya)
lain kali g
nak request dua2 sup biasa


sayur macam-macam jenis
saya suka cauliflower ngan brokoli tu jer



selain steamboat..
kat sini ada jugak nasi campur
layan diri kot.. x pasti plak
masakan panas pun ada


pelbagai jenis mee yg sy x kenal..hehe
kenal mee cam megi tu jer


isi ayam n daging yang dipotong besar2
seafood pun fresh
ketam punn ada uolls


ni paling menarik perhatian
comel jer dia wat camtu
tau apa tu?
marjerin..
guna untuk bbq nt


yg jenis frozen ni pun  macam-macam jugak
tapi not my favourite


kami g bertiga jer masa ni
orang lain x mau ikut



amik sikit2 dulu
nt baru tambah
x suka kalau meja penuh sangat



masa kami pergi tu x ramai orang
so, diorang siap hantar buah ni ke meja
jimat tenaga kitorang nak g amik buah
buah pun fresh n manis sebab dia baru potong


daging tu x recommended
liat.. letih mengunyah macam mak cik tua


kat dinding ada lukisan-lukisan
tapi x tau lukisan apa
dari jauh x nampak..kecik


x de keje
goreng telur puyuh
pun boleh..hehe


lupa nak cakap
ada jugak chicken wing yg diperap
udang ada yg kecik n besar
so, boleh pilih mana yg korang suka


dessert ada aiskrim


dua tiga kali ulang amik marshmallow tu
makan sekali ngan aiskrim..best



air 3 jenis
tapi kurang sejuk


goreng-goreng


ada kambing golek jugak
tapi ni pakej n harga lain
haritu x amik pakej ni sebab dia lambat grill kambing tu


best ke x tempat ni?
boleh la.. tapi x boleh banding ngan seoul garden

yang bagusnya
kat sini staf dia baik2 n layan jer apa kita nak
mungkin masa kami pegi tu orang x ramai kot
kalau ramai pelanggan, saya x pasti dia layan camtu jugak ke x
cuma suasana je la x brapa kondusif
tapi still acceptable

nak g lagi x?
nakkkk.. nak nak nak

harga? 
berpatutan la sebab boleh makan sampai puas
x de limit masa


nak maklumat lanjuut
gi tengok FB diorang
restoran planet ikan bakar

=)

Monday 3 March 2014

OPKOM 2014 ~ part 2

sambungan dari part 1
pagi-pagi lagi kami berkumpul
semangat tau nak berkhidmat tuk orang kg
seperti biasa
acara dimulakan dengan bergambar..hihi


 mereka ni cousin angkat.. 1 Malaysia tu.. 



mula-mula datang kena buat pendaftaran n history taking dulu
pastu baru boleh g cek mata


1st station : cek tahap penglihatan(VA) untuk jauh n dekat



2nd station : cek akomodasi mata, penglihatan warna, 3D dan sebagainya..



3rd station: cek ralat refraksi(power) mata



4th station : dalam bas
buat oftalmoskopi : cek fundus atau bahagian retina/saraf mata




5th station : pemilihan bingkai
spek ni kita bagi free
tapi x semua yang dapat


yang betul2 memerlukan jer kita bagi
sebab semua ni dapat daripada sponsor n bilangan pun terhad
yang mana x layak nak dapat spek free tu
kami bagi jugak bingkai percuma tapi diorang kena pegi tambah kanta/cermin sdiri kat kedai nt

habis cerita cek mata

***

cerita penutup plak





adik-adik kesayangan ni


partner angkat ~ Karen(1st year)
baik sangat karen ni.. sopan jer


sambil duk menunggu majlis start
layan je la budak2 kecik ni main angry bird


pastu sibuk suh amik gambar dia ngan angry bird

teettt
maaf la, gambar majlis penutup x de

***

malam tu buat BBQ
bakar ayam, sosej, n satay ikan yang best sesangat


oh.. bestnya satay tu
rasa ikan sebenar 

***
esoknya dah nak balik

ni lah suma mak-mak, ayah-ayah, anak-anak n penyelia yang terlibat
peramah n baik sangat orang-orang sini
mereka betul2 meraikan kitorang
terima kasih orang kampung..hehheh


***
tapi haruslah melancong dulu sebelum balik
alang-alang dah sampai sini kan
yang lain2 bertolak ngan bas
tapi saya spesel.. saya g ngan famili angkat..hehe
diorang yg nak bawa
sebab lepas tu boleh terus hntar sy ke stesen bas nak balik klate.. yeayy


mula2 gi masjid kristal ni
akhirnya sampai jugak saya ke sini
1st time ni


depan masjid ada jual aiskrim
sedap.. bertambah sedap sebab kakak yg belanja
sapa yang nak g.. wajib cuba aiskrim ni
yg saya rasa tu perisa jagung vanilla
slurrpp..
harga rm2 kot kalau x silap


kalau nak melawat taman tamadun islam boleh naik ni 
tapi kami x naik pun hari tu
sebab nak cepat


pastu g pasar payang


makan bihun sup ni kat bahagian atas pasar tu
sedap la jugak sebab orang belanja..=p


banyak la jugak tempat yang dilawati
tapi malas dah nk amik gambar

maka habislah cerita opkom 2014 
x tau nak tutup macam mana..hehe

***


hadiah yang mak bagi.. macam-macam
kain pasang tu diorang beli masa kat kedai last yg kitorang singgah
kemain suh saya keluar dulu
rupa-rupanya nak beli kain bagi kat saya
wat susah2 jer..
tapi orang dah bagi, terima je la kan...hihihi




ada 2 fridge magnet.. ada sape2 nak?
nak bagi percuma jer


memperkenalkan
ni la kakak n abe angkat saya
kak ida n abe rozi + faiz

yang amik anak angkat secara rasmi sebenarnya mak abe rozi
tapi dah famili diorang besar
so, dapat la famili angkat yang besar
bertuah kan saya..



last but not least
amiklah satu gambar pose model di sebalik pokok bunga.. =)