Followers

Wednesday 4 November 2015

Rebut Wang Tunai RM310 by Syira Lokman !

Jom join Rebut Wang Tunai RM310 by Syira Lokman 


klik banner atas untuk join


jom ramai2 memeriahkan Rebut Wang Tunai RM310 by Syira Lokman  ^_^
InsyaAllah lepas ni mungkin ramai akan follow anda juga :)


Bersama merapatkan ukhwah ^_^



Mula : 4 November 2015 
Tamat : 25 November 2015 



Wednesday 14 October 2015

salam maal hijrah n selamat hari lahir


bersamaan tahun 2015M

juga
selamat hari lahir untuk saya 1 muharam

Ya Allah
ampunilah dosa-dosaku, ibubapaku, keluargaku, guru2ku, kawan2ku dan semua muslimin n muslimat
berkatilah apa yg kami lakukan pada tahun yg lepas
dan rahmatilah kami pada tahun yang mendatang
murahkanlah rezeki dan limpahkanlah rahmatmu ke atas kami
jauhkanlah segala musibah dan bala bencana ke atas kami
ya rahman ya rahim
selamatkan dan berilah kemenangan ke atas umat islam di gaza, palestin dan syria serta umat islam sluruh dunia
mereka sentiasa diuji terutamanya di hari kebesaran islam
amin.. ya rab al amin


ayuhlah kita sama2 berhijrah ke arah yg lebih baik

=)

Wednesday 12 August 2015

riang ria raya 2015 part 2




sambung lagi cerita raya part 2
cerita campur2 je


atas ni gambar family angkat kat kuala kedah
pagi2 lagi mak wasap gambar hari raya diorang
pastu x abis2 ajak suh g braya umah dia 
jauh ooii.. cuti raya pun 3 hari jer
insyaAllah ada rezeki boleh pegi nanti
boleh direct g bercuti-cuti pulau langkawi..
kena kerja keras ni kumpul duit



ni raya ngan kawan2 masa skolah menengah dulu
dah petang masa ni
kul 6 lebih
diorang datang umah nadia
pastu diorang wasap suruh saya pergi umah nadia gak
masa tu  saya baru jer sampai umah balik dari beraya
gigih jugak keluar balik

 perangai masing2 dari zaman sekolah x berubah
ketawa sakan nak bergegar umah nadia
nasib baik ayah nadia duk kat luar rumah
kalau x mau kena halau
padahal masing2 dah ada isteri

bila tanya mana isteri nyer
dijawabnya mana boleh bawak isteri.. ni geng orang bujang beraya
amboiii.. mengaku bujang lagi.. melampau sangat nih



ni g raya umah baizura.. geng sekolah menengah jugak
dia buat open house sekali ngan bertunang
jemput dalam wasap x cakap pun nak tunang
amik nak.. padan muka 
kitorang datang ngan tangan kosong jer
 
rindu diorang ni sangat-sangat
selalu berhubung tapi dalam wasap/fb je la

anida.. yang tudung hitam tu dari jauh datang
dari terengganu
semata-mata nak jumpa geng2 lama
haritu dia tanya takde nak buat reunion ke sebab dia cuti lama 
kitorang senyap je la sebab masing2 cuti sikit jer.. x sempat pun nak reunion

pastu dia membebel..
masa dia available ni tak nak plak wat reunion
time dia x boleh datang kencang plak jumpa situ sini.. kumpul makan2 n jalan2
hehehe
maaf anida.. lain kali eh
kita reunion kat kenduri baizura nanti



ni raya umah mok long
kakak my mom yang sulung
mok long ni dah uzur.. x kenal orang dah
maybe alzheimer kot

my mom sokmo duk suh tanya kat sepupu bila mok long nak balik
rindu sangat dia ngan kakak dia ni
mok long ni anak dia yang kat johor tu yang jaga
balik kg setahun sekali je kot



raya ke-5
ada kenduri kat pasir mas..
balik dari kenduri singgah beraya umah junior opto saya yang comel ni
adha ngan ida
kat wakaf bharu
jalan jem giler.. dari pasir mas ke wakaf bharu amik masa sejam lebih oii..
borak n bergambar sakan
maghrib baru bertolak balik
nasib baik masa nak balik tu jalan x jem
clear.. lengang plak jalan
kejap jer menghilang kereta yang bersusun tadi tu
1/2 jam jer dah sampai umah

bergambar ngan mercu tanda terbaru pantai irama bachok

***

 raya kat tempat keje plak
sekali buat makan tuk sorang staf nak brenti keje.. yg tinggi kat tengah2 tu

makanan  bawa sikit sorang
takde jemput ramai pun
jemput jiran2 sebelah jer


bihun goreng, kek coklat n kek span, buah mata kucing, keropok, tart telur n biskut raya 

kek tuk syikin.. keje leklok kat tempat baru
kenanglah kami di sini selalu


mek telpon sorang.. 24 jam melekap kat telepon
apa yg dia tengok pun tak tau


jiran sebelah datang makan..diorang keje ngan klinik sapiah
masa camni jer baru boleh beramah mesra
waktu2 lain mana ada masa
klinik kan sentiasa ada orang


ok dah..
tu jer cerita raya tahun ni..dah abis



=)




Tuesday 11 August 2015

riang ria raya 2015 part 1



selamat hari raya uolls
biar lambat dari takde langsung
raya kan sebulan
selagi x habis syawal ni
hari-hari pun hari raya..hahaha
 
dah hujung2 raya
nak jugak update entry raya
 walaupun gambar ciput jer ada
kesnya gambar banyak2 yang cun2 cun ker? habis hilang
ntah sape punya keje pun i tak tau
biasa la ramai-ramai camtu
henset ku bukan hansetku jadinya 
merata rata pergi
jadi moh ler kita buat entry dengan saki baki gambar
sebelum hilang kesemuanya..huhu
menu raya haritu buat laksa n laksam kelantan
yang guna kuah lemak tu
laksa tempah ngan Laksa Beris
kuahnya buat sdiri.. my mom yang buat sebenarnya


malam sebelum raya lepas isya' g amik laksa
direct kat kilang dia
tak tau la dia proses camner.. tahan lama tak basi sampai ke petang raya

g tengok sdiri kilang dia
nampak cam bagus n cermat jer proses diorang buat
yakin la sikit nak makan


ramai sangat2 orang yg tempah
cuak jugak malam tu sebab masa cek nama kat senarai tu x jumpa nama saya
oh hoii.. kes naya ni kalau x de 
nak makan apa pagi raya esoknya
last2 jumpa kat senarai satu lagi.. legaaa
sy tempah ni masa awal2 puasa lagi
sebab dia ada kuota brapa tempahan jer shari



packing dalam plastik camtu jer
balik simpan pun biarkan jer dalam plastik tu terbuka sampai pagi esoknya
tutup ngan tudung saji jer.. 
tak tutup kang masuk tikus plak
satu plastik tu 10 kilo
harga rm2.20 sekilo kalau x silap

dah habis cerita laksa
gambar hidangan laksa di pagi raya.. nan hado.. uhuk

***




gambar family yang x cukup korum



mana pernah nak cukup
adik beradik sy 10 orang
setiap tahun ada yang turn beraya rumah mertua
gilir2





mostly tema warna ala2 hijau
tapi dalam gambar nampak biru 
ramai kan tema hijau tahun ni



tu je lar gambar yg ada
cerita di hari raya pertama
gambar jalan2 rumah sedara mara pun nan hado

maaf zahir batin
maafkan saya jika ada tertulis benda yg mengguris hati atau meng'annoying'kan anda semua

kalau rajin esok update lagi

bye..

=)

 


Monday 10 August 2015

dah setahun

10 ogos 2014 - 10 ogos 2015

cukup setahun bekerja
masih di tempat sama

setahun jagung orang kata.. 
kejap ke lama tu?
tapi kan kalau tanam jagung setahun dah mereput dah tu.. hehehe

dalam masa setahun bekerja macam2 pengalaman n cerita ada
manis pahit masam semua ada

'love ur job'
itu prinsip yg kitorang pegang
so, apa2 hal berlaku pun sentiasa buat yg terbaik
pegang pada etika
jaga nama baik optometrist
supaya pergi mana2 pun orang respek keje kita
bukan respek nak suruh tunduk hormat bila jumpa
tapi biarlah bila sebut optometrist
orang akan terbayang-bayang servis penjagaan mata yang baik

cumanya cabaran keje retail adalah nak 'make money'
jadi, proses bertegang urat ngan sales person akan berlaku
diorang lagi mahal lagi suka
walaupun customer x brapa mampu
last2 berbulan-bulan tak datang ambil spek yg dibuat
kesian makcik/pakcik tu hidup ngan penglihatan kabur
 
**
semalam  pecahkan tabung
setahun menabung tak penuh pun tabungnya
 huhuhu
tapi pecahkan jugak sebab nak beli sesuatu yg diidamkan setahun yg lalu
belum beli tapi dah survey
nanti dah beli sy update sini sekali ngan gambar
baru syok nak menunjuk-nunjuk..
awal2 niat tak baik nak menunjuk-nunjuk..hehehe

takde maknanya
nak kongsi kegembiraanku n simpan memori kat sini jer
tahun depan panjang umur leh wat # throwback
kan kan kan?

 
 
 
=)



Monday 13 July 2015

selamat hari lahir


yuhuueeww
anybody home??

lamanyer lah x update kat sini.. nasib baik ingat lagi password T.T

ok.. takmo bebel panjang panjang
jom kita terus nyanyi

happy birthday to me~~
happy birthday to me~~
happy birthday to me~~
happy birthday to cik meri~~

ya.. its my birthday uolss..

alhamdulillah
syukur dipanjangkan umur
diberikan kesihatan yang baik
dimurahkan rezeki
semoga 24 tahun yang berlalu tidaklah sia2
semoga Allah memberkati usiaku yg lepas dan merahmati hari2 yang mendatang

kejap jer rasa berlalu.. dah umur 24 dah.. mcam x percaya jer
kalau orang tanya asyik duk ingat umur baru 22.. hoii perasan muda remaja lagi..hihi
sokmo kena kira balik ngan tahun lahir

orang kata makin dekat ngan kiamat makin cepat masa berlalu
tengoklah bulan ramadhan ni.. pejam celik dah nak sampai penghujung dah
tinggal 2 hari jer lagi.. deep inside tu rasa sayu jugak
rasa macam tak fully utilise masa yang diberi
entah apa benda la yang bizi bebenor..
kalau hari cuti tu lagi la rasa x cukup masa..