Followers

Friday 29 March 2013

orang yang baik




ya..
kalau org wat x baik kat kita
x payah la nak dendam ke ape
wat serabutkan fikiran jer
maafkan dan terima ngan hati terbuka
fikirkan hikmah di sebaliknya
pasti anda-anda semua akan rasa tenang

kadang2 kita sebagai manusia
memang la akan ada masanya akan rasa marah
tapi cuba lah bersabar
try sehabis baik
yg tinggal saki baki rasa marah tu
lama-lama akan hilang sendiri
Insyaallah..


seperti yg UAI kata tu
lebih baik doakan agar kita x buat benda yg sama kat orang lain
n tambah lagi supaya orang yg buat kat kita tu tak mengalami perkara yang sama yang dia wat kat kita

okeh

hidup mesti happy
baru la comey tomey sokmo

senyummm

=)

Thursday 28 March 2013

the last day of working


lega selega-leganya
saya finally dah berenti keje
klau org lain susah hati kalau brenti
tapi saya..... 

happy  =)

sr promoter saya(nama kwai ching) nampak sedih sgt td
dia x mau bg sy brenti
huhu

macam2 dia bagi kat saya arini
sebagai balasan terima kasih plak
saya cabut uban dia banyak2....haha


=]





p/s: so, lets start focusing on the mountain of assignment+midsem exam+OSKE+presentation+report n all the kuliah2 yg telah tertunggak tertungging tu.. selamat maju jaya yer Cik Meri




Monday 25 March 2013

tempat simpan oren



amalan diet saya sekarang adalah
at least sebiji oren sehari



best tau makan oren ni
boleh buat sistem perkumuhan berjalan lancar

selalunya, lepas je makan oren
mesti rasa nak ke 'restroom'
baru la cepat kurus camni

tempat simpan oren plak strategik gitew
tepi katil..hehehe



muat 9 biji jer kat tepi tu
tu yang jadi terlibih sebiji kat depan


saya biasa beli buah kat pasar chow kit
murah-murah buahnyer
oren ni saya beli 50 sen sebiji sebab buah besar

minggu lepas saya beli 15 biji rm5.. murah kan
tapi yg ni buah dia kecik skit

oren ni manis sangat n banyak air
best..

=]


p/s: saya start amalkan sebiji oren sehari dah selama 2 minggu.. kita tengok hasilnye camner nt.. boleh kurus x.. so far so good laa





Saturday 23 March 2013

saya duduk ward satu hari

bukan saya yang masuk wad eh
ni jaga budak hensem nama abe In
dia baru lepas operate
umi dia x leh jaga sebab kena g tanda kertas SPM kat kuala krai
sebagai mak sdare yg baik..  =P
saya lah yg kena jaga

aikk.. orang sakit pun senyum2 eh


orang suh buat muka kesian.. gitu plak jadinya



duk main tab sajo.. untung laa


ni mesin epidural - tuk tahan sakit.. cucuk kat tulang belakang
i is jakun okay.. selama ni duk dengar jer pasal epidural
ni 1st time tengok
mesin ni dia dah set kan masa
so stiap berapa minit dia akan automatik kluarkan dos n salur terus melalui wayar ke tulang belakang



ini bukan pic terbalik
memang dia letak camtu kat situ





p/s: dapat kepsi sbagai upah.. x mintak pun.. dah orang nak belanje, kita terima je la..hehehe

-ni pun entry basi.. tahun lepas punya yg duk terperuk lam draf

Friday 22 March 2013

tragedi :: rumah dilanda ribut


ni kejadian tahun lepas ni
bulan 12 ritu lagi
masa musim tengkujuh n ribut-ribut aritu
ingat kan dah publish.. rupanya dia duk diam jer dalam draf

kejadiannya berlaku waktu isyak
dalam 8 lebih camtu

masa ni x de orang sangat kat umah
najah ngan ibu ayah dia g anta adik saya naek bas
naseb baik jugak ahmad uwais masa tu duk menyusu dalam bilik
biasanya waktu2 camtu dia duk tido kat ruang tamu tu

saya pulak otw balik dari hospital masa ni
duk hospital sehari jaga abe in lepas operate

masa dalam keta otw balik tu
dah perasan ribut memang kuat
abang saya(sulong) pun ada cakap
kuat benor ribut malam tu
sampai keta pun rasa goyang2

sampai2 jer depan rumah
nampak Ma tengah duk suluh-suluh atap rumah 
tengok memang berlubang la atap

naik jer atas rumah.. nampak lubang besar kat siling
air hujan plak mencurah-curah masuk
banjir la kejap
terpaksa alih sofa n meja tu suma 
scary jugak la masa tu

esoknya terus panggil orang baiki


penuh batu bata n sampah sarap atas lantai
pic atas ni.. sampah yg besar2 dah dibuang 



selepas siap baiki.. dah x comel  =(


warne berbeza n nampak buruk
nasib baik 2 keping jer yg kene




ni baiki atap pulak
nampak x ada 2 bahagian yg putih tu
sebenarnya ada 2 tempat atap yg pecah
yg belah kiri tu tempat siling td
yg kat tengah2 tu plak mungkin sebab kena tempias bata kot


pic ni sebenarnye nak ambik pic candid ayah saya 
yg baju putih tu 
sebab selalu susah nak amik gambar dia
skali dia pusing plak.. adoyaii



=]


p/s: ke mana hilang entry saya yg awal2 aritu eh?? ada entry yg tinggal tajuknye je.. isi mana? huhu.. x kan nk kena taip balik

Thursday 21 March 2013

dah sampai masanya



dah sampai masanya untuk saya open for public blog saya ni
sebelum ni saya privatekan

sebabnya saya nak tunggu sampai entry saya cukup seratus
so semalam dah cukup
yeaayy




kenapa nak tunggu sampai 100??
sebab saya x mau nt orang datang blog kita
tapi x de benda yg boleh baca
walaupun x de yang menarik (yup, saya tau blog saya x menarik)
sekurang-kurangnya ada la isi org nak browse walau x nak bace..hihi

tambah2 plak saya bukan nye rajin nk mengupdate sokmo
seminggu skali jer buat entry.. pastu auto publish.. hehe



=]



p/s: ni bukan entry auto k.. ni fresh punya sebab spesel sket kennn..

Wednesday 20 March 2013

::ww:: lumrah berkawan






disebabkan WW.. so saya malas nak taip
printscreen je, lebih senang 

jadi lah yer WW tuk hari ni
ayat2 atas tu consider lah sebagai pic.. haha.. boleh gitew..


=]

Tuesday 19 March 2013

pengalaman di MAB


entry ni akan berayat skema sikit sebab ni saya buat draf untuk laporan
saje2 letak kat sini sebagai langkah keselamatan
takut fail corrupt kalau save kat latop jer
almaklum ler.. latop sarang virus
daripada naya kena wat skali lagi
baiklah amik langkah pencegahan

*
*
*
*
*


  Sepanjang tempoh lawatan yang dilakukan, terdapat pelbagai perkara yang dapat kami ketahui dan pelajari. Lawatan kami ini dibantu oleh Timbalan Pegawai Perhubungan Korporat MAB yang dikenali sebagai Cik Siti. Beliau telah menerangkan pelbagai perkara tentang MAB bermula dari sejarah penubuhan, fungsi, dan perkhidmatan serta bantuan yang disediakan. Sesuatu yang menarik perhatian kami di sini ialah tentang Cik Siti itu sendiri. Walaupun mempunyai kekurangan dari segi penglihatan sejak dari kecil, namun beliau mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. Hal ini sedikit sebanyak menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada kami sebagai pelajar.

  Pertama, lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang bertempat di bilik mesyuarat. Semasa taklimat ini, kami  telah diterangkan tentang sejarah penubuhan MAB. Pada mulanya MAB ditubuhkan oleh badan bukan kerajaan  pada 1951, kemudian ia diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dana yang diterima adalah daripada sumbangan pihak-pihak persendirian dan juga derma dari masyarakat. Kemudian, sesi diteruskan dengan demo dari Cik Siti tentang cara-cara yang betul untuk membantu OKU penglihatan dari segi mobiliti. Contohnya cara untuk melintas jalan atau menunjukkan arah ke sesuatu tempat. Sebelum memberi bantuan, kita hendaklah memperkenalkan diri dan menanyakan jika mereka memerlukan bantuan. Kemudian tanyakan arah tujuan yang mereka ingin pergi. Biarkan mereka memegang siku orang yang memberi bantuan, dan hendaklah berjalan selangkah mendahului mereka. Berjalanlah seperti biasa dengan penuh yakin. Jika terdapat sebarang halangan, hendaklah diberitahu dengan jelas. Selain itu, kami turut belajar cara memberi bantuan di meja makan, membuka pintu, cara masuk kereta dan sebagainya. Semua ini merupakan ilmu baru yang sangat bermanfaat bagi kami.

  Kedua, seterusnya kami dibawa melawat ke ‘Low Vision Resource Centre’. Fungsi pusat ini adalah sebagai tempat perkhidmatan pemeriksaan penglihatan dan kesihatan mata. Terdapat bilik khas yang disediakan untuk Optometris. Di situ juga disediakan alat-alat bantuan untuk penglihatan terhad seperti CCTV, kanta pembesar, teleskop, kacamata untuk membaca dekat, dan sebagainya. Pusat ini juga turut menjadi pembekal dan penjual alat-alat penglihatan terhad ke seluruh negara. Pusat ini turut memberi khidmat kaunseling serta latihan penggunaan alatan penglihatan terhad dengan betul.

  Ketiga, kami dibawa melawat ke perpustakaan iaitu ‘MAB Library And Braille Resource Centre’. Fungsi perpustakaan ini adalah mengeluarkan,memberi khidmat pinjaman serta menjual buku-buku berbentuk braille. Selain itu, ia turut memberi khidmat pinjaman, membaik pulih serta menjual mesin braille. Selain daripada para peminjam datang sendiri untuk membuat pinjaman, perpustakaan ini turut memberi khidmat pinjaman melalui pos secara percuma.

  Keempat, tempat lawatan seterusnya ialah Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta siberkafe. Pusat ini berfungsi untuk memberi perkhidmatan capaian internet serta memberi tunjuk ajar dan latihan kepada OKU penglihatan untuk menggunakan komputer. Pusat ini turut menyediakan khidmat membaik pulih alat-alatan yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Selain itu, pusat ini juga adalah sebagai penjual dan pembekal perisian komputer seperti JAWS dan lain-lain ke seluruh negara termasuk pejabat kerajaan, syarikat-syarikat dan juga sekolah. Kami juga mendapat ilmu baru di sini iaitu cara menggunakan perisian yang terdapat dalam telefon pintar (Android) untuk kegunaan OKU penglihatan.

Di samping itu, pusat dan perkhidmatan lain yang terdapat di MAB yang tidak sempat dilawat oleh kami ialah ‘Gurney Training Centre For The Blind’ yang berfungsi sebagai pusat pendidikan, rehabilitasi, dan latihan vokasional. Selain itu, terdapat juga Pusat Kraftangan dan Rotan yang berfungsi untuk melatih cara-cara membuat kraftangan serta memasarkannya. Pusat-pusat lain yang bukan terletak di MAB Kuala Lumpur ialah ‘Communitty-based Rehabilitation For The Rural Blind’ yang terdapat di Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka. Assistance To Blind Children(ABC) Day Care Centre juga terdapat di Klang serta Kota Bharu.






itu saje..
kbye..

=]

Monday 18 March 2013

it is important to be precise

ni saya dapat dari FB sorang pensyarah ukm kl

Professor Ernest Brennecke of Columbia University is credited with inventing a sentence that can be made to have eight different meanings by placing ONE WORD in all possible positions in the sentence: 

"I hit him in the eye yesterday."


          1. ONLY I hit him in the eye yesterday. (No one else did.)
          2. I ONLY hit him in the eye yesterday. (Did not slap him.)
          3. I hit ONLY him in the eye yesterday. (I did not hit others.)
          4. I hit him ONLY in the eye yesterday. (I did not hit outside the eye.)
          5. I hit him in ONLY the eye yesterday. (Not other organs.)
          6. I hit him in the ONLY eye yesterday. (He doesn't have another eye..)
          7. I hit him in the eye ONLY yesterday. (Not today.)
          8. I hit him in the eye yesterday ONLY. (Did not wait for today.)                     


so, conclusionnya.. bila kita tulis or cakap or buat mestilah tepat dan jelas.. sebab hanya perubahan kecil jer mampu mengubah maksud sesuatu benda tu.. benda macam ni la yang buat orang selalu salah faham..



=]


Saturday 16 March 2013

sabar dan maaf



Surah Asy-syuura ayat 42 Firman Allah Taa'la :

"Dalam pada itu (ingatlah) orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya),sesungguhnya yang demikian itu adalah perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)" 




sabar dan maaf adalah 2 benda yang memang sukar nak buat
dalam erti kata nak mengamalkannya

tapi untuk terus sabar dalam kesabaran dan kemaafan lagiiiiii la susah

sabar dan maaf adalah sunnah
nak jadi umat kesayangan kekasih kita Rasulullah s.a.w 
maka, kena lah jadi penyabar dan pemaaf

*
*
*
*
*


kalau orang buat salah kat kita, kita kena sabar dan maaf
tapi, kalau kita buat salah kat orang, kena terus minta maaf tau.. x leh sabar n tangguh2.. takut nt x sempat minta maaf plak.. 

p/s: ingatan untuk diri sendiri, jadilah seorang yang lebih baik hari ini dari semalam.. pertingkatkan akhlak diri.. renung kembali hari2 yang lepas n cari mana salah silap.. pastikan kesalahan n kesilapan sama x berulang.. untuk masa ni, saya akan ambil langkah untuk lebih diamkan diri, takmo dah cakap2 banyak benda yang x berfaedah..

'silent is golden'


=]


Wednesday 13 March 2013

::ww:: Al-Quran in braille





Al-Quran ni ada kat perpustakaan MAB
MAB stand for malaysian association for the blind




Sunday 10 March 2013

apa dah jadi


dah seminggu lebih Mr.Ace tu buat hal
x leh nak transfer pic ke latop
sebab memory card x leh detect
apa masalah dia sebenarnya?

bila masukkan usb
dia duk charge jer
tapi x detect memory

dah tu.. acener nak transfer gambar
latop plak x de 'gigibiru' tu
hoho

so, bila dah x de gambar cun cun
nak berblog pun jadi malas
ye la
nak bercerita pun x best kalau x de gambar
rasa kaku jer criter tu

dah sampai sini jer
x de gambar
x de mood

k bye

........
........
........ 

no smile for today 
bad mood dah

Saturday 9 March 2013

bersyukurlah ada mata


pagi rabu yg lepas
saya n semua budak tahun 3 opto ada buat lawatan
untuk klinik khas punya posting

kami g sekolah pendidikan khas setapak
sekolah ni satu-satunya sekolah khas untuk pelajar yg cacat penglihatan
pelajar-pelajar kat sekolah tu terbahagi 2
ada yang totally blind n ada yang penglihatan terhad

apa yang mereka belajar sama jer ngan sekolah harian biasa
x de subjek2 yang spesel2 pun
silibus sama n exam pun sama
malah aktiviti ko-ku mereka lagi aktif berbanding sekolah biasa
bukan setakat bertanding ngan kawasan setempat
ramai yang jadi wakil Malaysia ke peringkat antarabangsa
pencapaian mereka dari segi ko-ku pun amat membanggakan

tapi dari segi akademik plak
mereka agak ketinggalan sedikit
bukan sebab x pandai tau
tapi sebab kekangan dari segi masa, peralatan n sebagainya

mereka amik exam pmr atau spm soaalan pun sama ngan pelajar lain
cuba korang bayangkan
mcam mana diorang nak jawab soalan yg sukar2 tu
contohnya matemati
sape yg dah amik spm matematik
dia tau la apa soalannya
ada yg kena buat graf, lukis2, sin, cos, tan
aterrr, acaner diorang nak buat
sedangkan diorang x nampak?
sin cos tan tu plak nak tekan calculator macam mane?

kalau ada calculator saintifik versi braille pun
harganyer ribu riban
mana la mampu nak beli
kebanyakkan pelajar kat sini pun susah
dapat bantuan dari JKM lagi

dari segi pengajaran plak
cikgu-cikgu kat situ suma hebat n tabah la
mampu nak ajar diorang ni
n yang paling penting sabar n tabah buat bahan pembelajaran n soalan exam
sebabnya bahan yg dihantar oleh kementerian ke sekolah pun
sama ngan bahan tuk sekolah biasa
buku teks yg kita guna dulu tu
cd tuk pembelajaran interaktif pun sama ngan kita punya
ater lagi skali.. nampak ke mereka nk tengok :LCD tu?
so, cikgu2 la yg gigih translate suma2 ni ke bahan yg lebih sesuai
either braille atau dibesarkan tulisan atau gambar..

jadi
pengajarannya kat sini
sentiasa bersyukurlah kita
kerana dikurnikan mata dan penglihatan yang sempurna
yg ada rabun sket2 tu no matter lah

'jagalah mata anda'

=]

Friday 8 March 2013

uwais dan kaysa





dah nak sama besar uwais n kaysa ni
tapi uwais lagi berat la of kos

uwais dah nak 3 bulan
kaysa dah nak masuk 2 bulan

cepat jer besar

dua-dua pun senang nak jaga
x de nak menangis or merengek x memasal

lama lagi baru bleh jumpa budak berdua ni
saya kan x de cuti midsem
so paling cepat boleh balik pun 
lagi 4 bulan
huhu
lamanyaaaaa

=[

Thursday 7 March 2013

pengalaman pertama masuk klinik


ni cerita semalam punya
minggu ni adalah minggu ke-3 kuliah
so, minggu ni kumpulan saya plak yang masuk klinik
klinik primer 1 namanya..

'my 1st ever clinic-most wonderfull experience'

sepatutnya minggu ni
pelajar boleh bawa pasakit sdiri
boleh bawa kawan2 atau sedara mara

dan saya dah janji ngan zu(gilopalolife.blogspot.com)
suruh dia jadi patient saya
tapi lain plak jadi
sebabnya, en.syah(pembantu tadbir di klinik)
tersalah ambik patient luar
kebiasaanya petang rabu klinik tutup untuk patient luar
sebab 4th year ada kelas n pentadbiran ada mesyuarat pengurusan

pastu, ngan terpaksa relanyer kenalah beberapa orang 3rd year 
amik patient yg dah datang ni

saya dapat patient lelaki- cikgu umur 46
see.. umur 46 dah tu
of kos la ada presbyope(rabun dekat tuk org tua)

yg jadi masalahnye skrg
saya mana betul2 prepare tuk prebyope patient
dah pada asalnya nk cek kawan sdiri yg tentu-tentunya bukan presbyope

apa lagi
gelabah kaw kaw ler

tapi luaran tetap maintain cool jer
saya main hantam jer buat refraction nak cari kuasa dekat(ADD) 
dengan yakinyer g buat monokular
padahal kena buat kat dua2 mata serentak
hahaha
naseb baik SV x marah


lain2 skill yang masih perlu diperbaiki n ditambah baik adalah
1. retinoskopi-sebabnya cikgu tu ada hyperope+0.25 dan astig/silau tinggi
astig/silau dia lebih kurang -1.25-1.50
asyik la duk nampak refleks yang kejap2 against.. kejap2 neutral dah
adoyaii

2. ujian preliminari - yang ni kena speed up sikit
sebab saya terlebih  masa kat sini



opppst.. belum habis lagi
ada lagi yang lebih mencabar semalam

ok

dah lepas siap cek power mata dan ADD semua
saya suggest la cikgu tu buat spek
dia kata ok lah.. nak buat kat sini terus

sebelum ni saya mana  penah masuk n belajar tentang bilik frame tu
macam mana nak handle pemilihan frame?
acaner nak pilih lens?
harga plak nk kira acaner?
haiya lorrr

dah la cikgu tu pilih frame lama
saya kena kejar masa..
nt kena tolak markah..huhu

last2 dah siap pilih suma n ukur megukur
kira-kira harga total --> rm1000++
gulps!!
terus cikgu tu cancel..hohoho

sampai la masa perbincangan n pemberian markah oleh SV
overall aku dapat 18/50
mesti korang rasa sikit kan
tapi aku dah bangga dah tu dapat banyak tu
hari pertama masuk klinik
dah dapat patient luar

target aku untuk next klinik
biar la dapat >30 per 50
insyallah

=]


p/s: cik meri mak sure awak lebih bersedia dengan segala kemungkinan lepas ni yer.. jangan duk harap dapat patient yg senang2 jer.. kena practise lebih banyak lagi k.. yakin awak boleh n mesti boleh yer.. gambateh!!!

Wednesday 6 March 2013

::ww:: kuala kedah




view dari atas jambatan di waktu maghrib



Monday 4 March 2013

keluarga angkat


alhamdulillah
selain dikelilingi keluarga besar saya sendiri
saya ada jugak ramai keluarga angkat

let me introduce 1 by 1 yer

first keluarga angkat

pic cilok dari fb azirah

mak napisah n ayah 
dapat masa program BAKSIS perdana 2011
duk di kg mata ayer,machang
adik beradik angkat ada 6 orang
suma dah besar2 n dah kerja
paling kecik skali azirah
sekarang study akaun kat uitm machang
*
*
*

2nd family
pic x jumpa cari..huhu

mama n ayah aziz
dapat masa buat program khidmat komuniti
kat felda ayer hitam, johor
adik beradik ada 4 orang
paling kecik umur 3 tahun..haris
comel  n sangat sangat la aktif

*
*
*

3rd family
semalam saya dah citer kat SINI

nak tengok pic klik la situ

kat sini ada mak hayati n abah
dapat masa buat program OPKOM
kat kuala kedah
rumah diorang kat lorong 5, kg tengah
adik beradik ada 4
kecik2 lagi
paling besar along umur 20


tu je la famili stakat ni yg ada
dalam misi nak tambah lagi ni

pastu tambah famili mertua plak..kuikuikui

=]



Sunday 3 March 2013

semakan daftar pemilih


dah tau korang mengundi kat mana?
ke belum daftar lagi
kalau belum
g daftar cepat cepat nuh
mengundi dah nak dekat ni

sape nak buat semakan daftar pemilih
g cekk kat  http://www.spr.gov.my/

saya dah cek
anda bila lagi?


Saturday 2 March 2013

cekelat comey omey


cekelat ni beli kat pekan rabu kuala kedah
masa previsit pertama OPKOM dulu
bulan 11 tahun lepas kot

motif beli ~ sebab comey n cute jer cekelat nyer
walaupun memang dah bleh agak ia x sedap

murah jer pun
3 peket 5 hinggit

tapi saya sempat makan 1 jer
yg lain bagi kat kawan2 opto yg lain




3 peket 5 hinggit saje


ikan emas


kumbang bukan seekor


lebah the beeeeeee


mereka bertiga adalah kawan rapat



cik bee satu ni jer yg sempat masuk mulut saya 



=]



Friday 1 March 2013

adik angkat kuala kedah


rindunyer kat budak 2 orang ni

kakak nama salsabella
sekolah darjah 3

adik nama alia
sekolah darjah 1



ni alia


masa mula sampai umah diorang
malam lepas perasmian
budak berdua ni x bercakap langsung

sampai habis idea saya n nora
ajak diorang borak
sepatah tanya sepatah jawab
atau berpatah patah tanya
sepatah haram pun x jawab

2 3 jam pastu baru la nak cakap
tapi once dah bercakap
homakaihh
penat plak cek nak melayan na
bila start bercakap x pandai nak berenti plak na..hoho

bila la nak p kuala kedah lagi ni na
erkk.. sebenarnya nk g langkawi..hehehe

=]