Followers

Monday 26 September 2016

Fadza(co-fouder FASHIONVALET.com) mulakan bisnes guna model tanpa kepala


anda kenal itik?

hehe.. sapa la yang tak kenal itik tu apa
mesti la kenal
budak2 kecik pun tahu kan

Hasil carian imej untuk itik

duck? proudduck? fashionvalet?

eh.. mimpi apa cik meri malam tadi ni tiba2 nak bercakap pasal fesyen

sebenarnya bukan nak bercakap pasal fesyen mahupun fashionvalet

tapi saya suka buka website fashion valet
tengok2 fesyen dan style terbaru masa kini
terutama duckscarf
pastu dengan tak sengaja 'ter'klik dan terbayar
sup sap sup sap abang posmen sampai depan rumah
duh! salahkan tangan yg tak reti kontrol ni..hahaha


ok. back to the story

alkisahnya pagi tadi saya tengok video talk by fadza ka FB

banyak input yang dia cakap membuatkan saya berfikir

1. gaya berfikir  di luar logik akal
hampir kesemua bussiness people atau enterpreneur yang saya jumpa
memang ada pemikiran yang macam ni
berfikir lain dari orang lain

bagi orang biasa ia adalah sesuatu yang tak logik

5 tahun lepas
perniagaan online masih belum dikenali
ya lah.. smartphone pun orang2 kaya jer guna dulu
internet pun sesetengah kawasan jer ada
sekarang budak kecik pun dah ada smartphone sendiri
internet di mana2 pun ada

tapi diorang macam boleh nampak trend bisnes online ni boleh maju
tu yang diorang sanggup ambik risiko

2. mulakan dengan kecil dan berkembang dengan pantas
fadza mulakan fashion valet hanya dengan kerjasam 3 orang
korban masa dan tenaga pada awalnya
kemudian berkembang sikit demi sedikit

dari segi modal kewangan saya tak tahu dia mulakan berapa
family background dia memang orang berada dah pun

tapi ada ramai yang bermula dengan modal kecik
contoh macam pengasas dian kosmetik(mula dengan jual bedak pixy)
empayar KRU

 yaang luar negara pulak
seperti coloner sanders
sapa tu?
 tu atok KFC tu
atok kFC dulu pun mula dengan modal kecik dan idea yg tak masuk akal
dia mulakan dengan nak jual resepi ayam goreng dia pada restoran yg memang pakar bab ayam goreng
chef mana yg nak beli resepi ayam goreng sedangkan chef tu dah berzaman duk jual ayam goreng

tapi dia tak putus asa..
dia g cari lagi restoran2 dan chef2 lain sehingga la dia jumpa sorang yg sanggup bekerjasama ngan dia
bermula dari kisah ni lah kita dapat makan KFC sedap harini..hahaha

3. bekerjasama dan pandai membahagikan tugas
bisnes untuk masuk fasa berkembang kita perlu ada cukup tenaga kerja dan kepakaran
sebagai manusia, semestinya kita ada limit
tak semua benda kita boleh buat sendiri

dulu saya ada mindset ni. semua benda nak buat sendiri
saya cerewet. kalau siapa kenal saya dulu2 mesti tahu saya manusia yang memang cerewet
i dont know why.. semulajadi macam tu kot
kalau orang lain buat tak mencapai piawai yg saya nak.. memang saya rasa tak puas
lebih baik saya buat sendiri

tapi tu dulu la.. sekarang dah kurang cerewet dah.. ye ke?kihkih

lagi satu.. semua benda kena buat sendiri juga adalah cara pemikiran orang lama
macam saya mula2 nak ambil staf pertama
ramai persoalkan perlu ke ambil staf?
mampu ke nak bayar?
tak rasa rugi ke?

tapi lepas dah ada staf
produktiviti kerja meningkat dua kali ganda
saya boleh buat keje lebih pantas
pada staf saya serahkan tugas lain
jadi dalam satu masa dua keje boleh setel
berbanding sebelum ni
boleh nampak bezanya

soal mampu ke nak bayar?
untuk permulaan saya potong sebahagian gaji yg saya ambik sebelum ni
untuk saya bagi pada dia
lepas bisnes bertambah baik
gaji saya kembali yang asal
gaji dia saya tambah
sama2 kongsi. barulah hidup lebih bahagia
silap2 gaji staf sama banyak ngan gaji saya..haha
tambah elaun dan komisen lagi.. tapi takpe la
dia pun banyak bantu saya

4. bersaing cara sihat
apa-apa bisnes pun memang ada persaingan
persaingan sihat bermaksud kita sama2 membangun dengan cara sendiri
tanpa sailang bisnes pesaing kita

macam fadza cakap dalam talk dia tu

pesaing dia yang muncul pada 2012 adalah ZALORA
zalora muncul dengan produk lebih murah dan banyak pilihan
dia pun ter'ikut teknik zalora
tapi bisnes dia menurun
keputusan dia untuk jual dengan harga lebih murah adalah salah

markdown harga jualan adalah sejenis persaingan yg tak sihat
selain kita sailang bisnes orang lain dalam masa yang sama kita mundurkan balik bisnes kita
dua2 pun akan terkesan. faham tak?

contoh lain
macam lambakan produk kosmetik sekarang
stokis jual pada agent@dropship harga sekian2 disuruh jual dengan harga sekian2
tapi stokis sendiri jual pada end user dengan harga dia bagi pada agent
macam mana agent nak cari makan?
lama kelamaan agent pun akan lari
stokis pun of kos la makin kurang jualan dia
nampak tak jalan cerita dia kat sini




agak panjang jugak menaip hari ni
dah lama tinggal
sekali datang mood.. amik hah.. berjela jela

tapi apa kaitan tajuk ngan cerita berjela-jela kat atas?


saya baru tahu
rupa-rupanya model pun ada caj2 tertentu
kalau muka saja harga lain
full body harga lain
kaki saja pun harga lain..

oooo.. baru ku tahu
hehe


jadi tu adalah website fahionvalet di awal penubuhan dia dulu
guna model tanpa kepala sebab nak jimat kos

sekarang model2 dia taraf antarabangsa dah









Friday 23 September 2016

salam jumaat


harini hari jumaat.. hari penuh barokah
elok lah kita positifkan diri