Followers

Tuesday 17 January 2017

orang keje HR selalu buat ni 'STALKER FB' calon temuduga.. dulu lain sekaran lain



pernah jugak dulu jadi stalker.. stalk fb dan call bos lama calon masa jadi panel IV.. beberapa kali

pastu ada satu kes kecoh sekejap.. sebab salah sorang yg mintak keje tu marah kenapa perlu cari kisah silam dan peribadi dia katanya.. dulu dia memang macam tu tapi dia kata manusia ni boleh berubah (dia memang bermasalah kat tempat keje lama..kena buang)

padahal masa tu saya dah buat keputusan nak ambik dia sebab ada kelebihan pengalaman dan skill.. tentang masalah yang dia pernah buat tu saya yakin boleh bentuk dia semula dengan cara saya..

tapi ternyata awal2 lagi dah tunjuk belang.. terus ku ke 'tong' sampahkan borang dia serta merta..hahaha..kejam


info : tujuan letak reference pada resume @ CV

tujuan dia adalah untukk company baru nak tahu latar belakang anda yang sebelum ini jika anda pernah bekerja. panel @ HR akan call orang yang anda refer tu

semasa buat CV atau resume pun anda kena tahu jugak apa perlu tulis dan kenapa perlu tulis.. tak perlu nampak cantik dan canggih sahaja sampai sanggup upah orang buat sampai beratus2 ringggit.. tapi content kosong atau menipu

kalau tak tahu mohon bertanya.. malu nak bertanya mohon google


tips dia : kalau anda memang dah bermasalah dengan tempat keje lama,, seeloknya jangan letak dan tak perlu cakap pernah kerja di situ.. cuma di sini kalau tak letak anda akan kerugian dari segi pengalaman kerja

letaklah ref : jika tempat lama anda sangat cemerlang.. bos lama boleh puji dan bantu anda dapat keje tu

JANGAN letak ref : jika tempat lama bermasalah.. tak kira la anda atau bos anda yg masalah


pasal stalker FB pulak
cuba fikir.. kalau lah anda ni seorang bos

bila anda tengok orang tu status FB dia penuh menggedik, mencaci, meluah perasaan yang bukan2
setiap masa selfie.. post status
adakah anda akan ambil dia bekerja?

saya tak kata ye yang suka selfie dan buat status tu tak bagus.. tak salah pun.. itu hak anda
cuma mohon berpada-pada dan bertapis

orang kata FIKIR SEBELUM BERTINDAK


Image may contain: 1 person, text

jumpa status ni kat FB
maka terjadilah satu entry membebel hari ni..ehhe

=)





2 comments:

  1. Jadi berhati-hati sebelum posting dlm FB
    Mana tahu nak tukar tempat kerja kan.
    Memang sebagai penemuduga kita mahu yg terbaik betul tak?

    ReplyDelete
  2. hilang dah privacy media sosial huhuhu

    ReplyDelete