Followers
Friday, 29 March 2013
orang yang baik
Thursday, 28 March 2013
the last day of working
Monday, 25 March 2013
tempat simpan oren
muat 9 biji jer kat tepi tu
tu yang jadi terlibih sebiji kat depan
saya biasa beli buah kat pasar chow kit
murah-murah buahnyer
oren ni saya beli 50 sen sebiji sebab buah besar
minggu lepas saya beli 15 biji rm5.. murah kan
tapi yg ni buah dia kecik skit
oren ni manis sangat n banyak air
best..
=]
p/s: saya start amalkan sebiji oren sehari dah selama 2 minggu.. kita tengok hasilnye camner nt.. boleh kurus x.. so far so good laa
Saturday, 23 March 2013
saya duduk ward satu hari
bukan saya yang masuk wad eh
ni jaga budak hensem nama abe In
dia baru lepas operate
umi dia x leh jaga sebab kena g tanda kertas SPM kat kuala krai
sebagai mak sdare yg baik.. =P
saya lah yg kena jaga
aikk.. orang sakit pun senyum2 eh
orang suh buat muka kesian.. gitu plak jadinya
duk main tab sajo.. untung laa
ni mesin epidural - tuk tahan sakit.. cucuk kat tulang belakang
i is jakun okay.. selama ni duk dengar jer pasal epidural
ni 1st time tengok
mesin ni dia dah set kan masa
so stiap berapa minit dia akan automatik kluarkan dos n salur terus melalui wayar ke tulang belakang
ini bukan pic terbalik
memang dia letak camtu kat situ
p/s: dapat kepsi sbagai upah.. x mintak pun.. dah orang nak belanje, kita terima je la..hehehe
-ni pun entry basi.. tahun lepas punya yg duk terperuk lam draf
Friday, 22 March 2013
tragedi :: rumah dilanda ribut
naik jer atas rumah.. nampak lubang besar kat siling
air hujan plak mencurah-curah masuk
banjir la kejap
terpaksa alih sofa n meja tu suma
scary jugak la masa tu
esoknya terus panggil orang baiki
penuh batu bata n sampah sarap atas lantai
pic atas ni.. sampah yg besar2 dah dibuang
selepas siap baiki.. dah x comel =(
warne berbeza n nampak buruk
nasib baik 2 keping jer yg kene
ni baiki atap pulak
nampak x ada 2 bahagian yg putih tu
sebenarnya ada 2 tempat atap yg pecah
yg belah kiri tu tempat siling td
yg kat tengah2 tu plak mungkin sebab kena tempias bata kot
pic ni sebenarnye nak ambik pic candid ayah saya
yg baju putih tu
sebab selalu susah nak amik gambar dia
skali dia pusing plak.. adoyaii
=]
p/s: ke mana hilang entry saya yg awal2 aritu eh?? ada entry yg tinggal tajuknye je.. isi mana? huhu.. x kan nk kena taip balik
Thursday, 21 March 2013
dah sampai masanya
Wednesday, 20 March 2013
::ww:: lumrah berkawan
disebabkan WW.. so saya malas nak taip
printscreen je, lebih senang
jadi lah yer WW tuk hari ni
ayat2 atas tu consider lah sebagai pic.. haha.. boleh gitew..
=]
Tuesday, 19 March 2013
pengalaman di MAB
*
*
*
*
Sepanjang tempoh lawatan yang dilakukan, terdapat pelbagai perkara
yang dapat kami ketahui dan pelajari. Lawatan kami ini dibantu oleh Timbalan
Pegawai Perhubungan Korporat MAB yang dikenali sebagai Cik Siti. Beliau telah
menerangkan pelbagai perkara tentang MAB bermula dari sejarah penubuhan,
fungsi, dan perkhidmatan serta bantuan yang disediakan. Sesuatu yang menarik
perhatian kami di sini ialah tentang Cik Siti itu sendiri. Walaupun mempunyai
kekurangan dari segi penglihatan sejak dari kecil, namun beliau mempunyai tahap
keyakinan diri yang tinggi. Hal ini sedikit sebanyak menjadi sumber inspirasi
dan motivasi kepada kami sebagai pelajar.
Pertama, lawatan dimulakan dengan sesi
taklimat yang bertempat di bilik mesyuarat. Semasa taklimat ini, kami telah diterangkan tentang sejarah penubuhan
MAB. Pada mulanya MAB ditubuhkan oleh badan bukan kerajaan pada 1951, kemudian ia diambil alih oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dana yang diterima adalah daripada sumbangan
pihak-pihak persendirian dan juga derma dari masyarakat. Kemudian, sesi
diteruskan dengan demo dari Cik Siti tentang cara-cara yang betul untuk
membantu OKU penglihatan dari segi mobiliti. Contohnya cara untuk melintas
jalan atau menunjukkan arah ke sesuatu tempat. Sebelum memberi bantuan, kita
hendaklah memperkenalkan diri dan menanyakan jika mereka memerlukan bantuan.
Kemudian tanyakan arah tujuan yang mereka ingin pergi. Biarkan mereka memegang
siku orang yang memberi bantuan, dan hendaklah berjalan selangkah mendahului
mereka. Berjalanlah seperti biasa dengan penuh yakin. Jika terdapat sebarang
halangan, hendaklah diberitahu dengan jelas. Selain itu, kami turut belajar
cara memberi bantuan di meja makan, membuka pintu, cara masuk kereta dan
sebagainya. Semua ini merupakan ilmu baru yang sangat bermanfaat bagi kami.
Kedua, seterusnya kami dibawa melawat ke ‘Low
Vision Resource Centre’. Fungsi pusat ini adalah sebagai tempat perkhidmatan
pemeriksaan penglihatan dan kesihatan mata. Terdapat bilik khas yang disediakan
untuk Optometris. Di situ juga disediakan alat-alat bantuan untuk penglihatan
terhad seperti CCTV, kanta pembesar, teleskop, kacamata untuk membaca
dekat, dan sebagainya. Pusat ini juga turut menjadi pembekal dan penjual
alat-alat penglihatan terhad ke seluruh negara. Pusat ini turut memberi khidmat
kaunseling serta latihan penggunaan alatan penglihatan terhad dengan betul.
Ketiga, kami dibawa melawat ke perpustakaan
iaitu ‘MAB Library And Braille Resource Centre’. Fungsi perpustakaan ini adalah
mengeluarkan,memberi khidmat pinjaman serta menjual buku-buku berbentuk
braille. Selain itu, ia turut memberi khidmat pinjaman, membaik pulih serta
menjual mesin braille. Selain daripada para peminjam datang sendiri untuk
membuat pinjaman, perpustakaan ini turut memberi khidmat pinjaman melalui pos
secara percuma.
Keempat, tempat lawatan seterusnya ialah Pusat
Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta siberkafe. Pusat ini berfungsi untuk
memberi perkhidmatan capaian internet serta memberi tunjuk ajar dan latihan
kepada OKU penglihatan untuk menggunakan komputer. Pusat ini turut menyediakan
khidmat membaik pulih alat-alatan yang berkaitan dengan teknologi maklumat.
Selain itu, pusat ini juga adalah sebagai penjual dan pembekal perisian
komputer seperti JAWS dan lain-lain ke seluruh negara termasuk pejabat
kerajaan, syarikat-syarikat dan juga sekolah. Kami juga mendapat ilmu baru di
sini iaitu cara menggunakan perisian yang terdapat dalam telefon pintar (Android)
untuk kegunaan OKU penglihatan.
Di
samping itu, pusat dan perkhidmatan lain yang terdapat di MAB yang tidak sempat
dilawat oleh kami ialah ‘Gurney Training Centre For The Blind’ yang berfungsi
sebagai pusat pendidikan, rehabilitasi, dan latihan vokasional. Selain itu,
terdapat juga Pusat Kraftangan dan Rotan yang berfungsi untuk melatih cara-cara
membuat kraftangan serta memasarkannya. Pusat-pusat lain yang bukan terletak di
MAB Kuala Lumpur ialah ‘Communitty-based Rehabilitation For The Rural Blind’
yang terdapat di Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka. Assistance To Blind
Children(ABC) Day Care Centre juga terdapat di Klang serta Kota Bharu.
itu saje..
kbye..
=]
Monday, 18 March 2013
it is important to be precise
Professor Ernest Brennecke of Columbia University is credited with inventing a sentence that can be made to have eight different meanings by placing ONE WORD in all possible positions in the sentence:
"I hit him in the eye yesterday."
1. ONLY I hit him in the eye yesterday. (No one else did.)
2. I ONLY hit him in the eye yesterday. (Did not slap him.)
3. I hit ONLY him in the eye yesterday. (I did not hit others.)
4. I hit him ONLY in the eye yesterday. (I did not hit outside the eye.)
5. I hit him in ONLY the eye yesterday. (Not other organs.)
6. I hit him in the ONLY eye yesterday. (He doesn't have another eye..)
7. I hit him in the eye ONLY yesterday. (Not today.)
8. I hit him in the eye yesterday ONLY. (Did not wait for today.)
so, conclusionnya.. bila kita tulis or cakap or buat mestilah tepat dan jelas.. sebab hanya perubahan kecil jer mampu mengubah maksud sesuatu benda tu.. benda macam ni la yang buat orang selalu salah faham..
=]
Saturday, 16 March 2013
sabar dan maaf
Surah Asy-syuura ayat 42 Firman Allah Taa'la :
"Dalam pada itu (ingatlah) orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya),sesungguhnya yang demikian itu adalah perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)"
sabar dan maaf adalah 2 benda yang memang sukar nak buat
dalam erti kata nak mengamalkannya
tapi untuk terus sabar dalam kesabaran dan kemaafan lagiiiiii la susah
sabar dan maaf adalah sunnah
nak jadi umat kesayangan kekasih kita Rasulullah s.a.w
maka, kena lah jadi penyabar dan pemaaf
*
*
*
*
*
kalau orang buat salah kat kita, kita kena sabar dan maaf
tapi, kalau kita buat salah kat orang, kena terus minta maaf tau.. x leh sabar n tangguh2.. takut nt x sempat minta maaf plak..
p/s: ingatan untuk diri sendiri, jadilah seorang yang lebih baik hari ini dari semalam.. pertingkatkan akhlak diri.. renung kembali hari2 yang lepas n cari mana salah silap.. pastikan kesalahan n kesilapan sama x berulang.. untuk masa ni, saya akan ambil langkah untuk lebih diamkan diri, takmo dah cakap2 banyak benda yang x berfaedah..
'silent is golden'
=]
Wednesday, 13 March 2013
::ww:: Al-Quran in braille
Sunday, 10 March 2013
apa dah jadi
Saturday, 9 March 2013
bersyukurlah ada mata
Friday, 8 March 2013
uwais dan kaysa
dah nak sama besar uwais n kaysa ni
tapi uwais lagi berat la of kos
uwais dah nak 3 bulan
kaysa dah nak masuk 2 bulan
cepat jer besar
dua-dua pun senang nak jaga
x de nak menangis or merengek x memasal
lama lagi baru bleh jumpa budak berdua ni
saya kan x de cuti midsem
so paling cepat boleh balik pun
lagi 4 bulan
huhu
lamanyaaaaa
=[
Thursday, 7 March 2013
pengalaman pertama masuk klinik
Wednesday, 6 March 2013
Monday, 4 March 2013
keluarga angkat
Sunday, 3 March 2013
semakan daftar pemilih
Saturday, 2 March 2013
cekelat comey omey
3 peket 5 hinggit saje
ikan emas
kumbang bukan seekor
lebah the beeeeeee
mereka bertiga adalah kawan rapat
cik bee satu ni jer yg sempat masuk mulut saya
=]
Friday, 1 March 2013
adik angkat kuala kedah
ni alia
Subscribe to:
Posts (Atom)