Followers

Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Monday, 23 May 2016

temuduga kemasukan ke program optometri


keputusan UPU dah keluar minggu lepas
patut la ramai duk emel mintak tips temuduga optometri


pertama sekali nak ucapkan tahniah untuk adik2 yang dapat offer optometri..
anda cukup  bertuah..hehe
alhamdulillah

yang sebetulnya rasa tak layak pulak diri ini nak bagi tips

saya sendiri pun tak pernah ada pengalaman kena IV(interview).. tuk masuk opto masa dulu2  takde IV.. just isi UPU online saja

cuma pernah jadi AJK masa hari interview budak2 junior tahun 2014

tips serba ringkas aje lah yer: copy paste jawapan emel2 dari tahun lepas lagi ni.. tak kuasa pulak nak taip balik.. setiap adik2 yg emel dapat jawapan yg sama ya..hehe..

1. pakaian kena formal.. kod 1 
paling utama sopan dan menutup aurat

boleh sy tau adik ni lelaki ke perempuan?

kalau perempuan, boleh pakai make up sikit bagi ceria tapi jangan keterlaluan
kalau lelaki, make sure trim or shave bulu2 kat muka bagi kemas

2. makan : kena makan minum dulu sebelum g iv.. sebab biasanya ramai dan makan masa berjam jam juga nak habiskan sorang2

3. situasi : akan ada beberapa penemuduga.. diorang ni dalam kalangan pensyarah n kakitangan optometri sdiri. ada yang pangkat encik, puan , doktor, prof.. kalau dah tau siapa yg akan temuduga kita, pastikan panggilan tu betul.. paling paling tidak pun panggil lah doktor

tahun lepas dia bahagi kepada beberapa bilik..(tahun ni x pasti la macam mana) ada bilik yg masuk secara grup 4-5 org, ada bilik masuk berdua n ada bilik masuk sorang2.. depend pada nasib adik dapat masuk bilik mana.. tp jangan risau mana2 bilik pun ada pro n cons.. yakin pada diri sendiri jer macam iklan dynars pulokk,hihi

4. bahasa : boleh  guna either BM or BI..  biasanya tengok pada bahasa yg diguna oleh penemuduga, kalau dia tanya bm jawab lah guna BM, kalau tanya BI jawab BI..

ataupun kalau kita lebih yakin nak guna mana2 bahasa boleh mintak izin dulu "may i speak in english?" atau "boleh saya bercakap guna bahasa melayu?"

sebelum masuk bilik tu ketuk pintu dulu, pastu greeting assalamualaikum atau selamat pagi.. dan mintak izin duduk.. yang paling penting senyum ikhlas.. tau senyum ikhlas?

5. soalan :
    - buat siap2 skrip tuk meperkenalkan diri sendiri, boleh cari contoh skrip terbaik kat google, jangan panjang sangat.. 2 minit cukup.. tp jangan plak bawa masuk skrip tu.. tulis n ingat point apa yg kita nak cakap.. guideline saja.. x perlu hafal pun.. ni nak mengelakkan kita dari terkial-kial nak cakap nanti.. tiba2 gabra sampai nama sendiri pun boleh tersasul

antara soalan favourite lain2

- kenapa pilih optometri?

- apa itu optometri @ optometrist?

- apa beza optician, optometri n oftalmologi? (paling penting kena tahu)

- kemana hala tuju selepas habis blajar?

- kelebihan diri dan apa manfaat kita dapat daripadanya

- kelemahan diri n apa kita buat tuk atasinya

- dia akan bagi satu situasi.. pastu bagaimana kita nak handle situasi tu?

- makna teamwork pada kita?

ni antara soalan yg biasa ditanya, tak semestinya semua tu akan ditanya dan ada juga soalan2 lain lagi..

untuk soalan2 atas tu mohon cari jawapan sendiri, kena usaha lebih dari awal2 ni.. dah berjaya masuk optometri nanti lagi berkali ganda kena usaha n kerja keras..

harap2 membantu la serba sikit ye.. yg paling penting kena konfiden dan bersedia.. doa banyak2

kalau betul betul minat bidang ni memang bagus lah.. buat masa sekarang senang dapat keje, gaji pun lumayan.. stakat ni belum ada lagi optom yg menganggur.. biasanya sebelum exam final year lagi dah ramai company yg datang cop tuk kerja ngan diorang.. 

akak doakan urusan adik dipermudahkan.. 

semoga berjaya

insyaAllah lulus IV nanti bgtau ya, nt akak bagi tips belajar opto pulak



Monday, 9 May 2016

pengalaman mendaki bukit keluang, besut


1st time mendaki bukit keluang tahun lepas
musim jerebu teruk tahun lepas
 slepas beberapa minggu x leh kluar sebab jerebu teruk

konon-konon nak pergi menghirup udara segar atas bukit
imagine bersih la sikit udara kat atas sana
apa punya cara berfikir ntah
hahaha
padahal sama ajer

 set date ngan geng staff nurse HUSM
4 orang g satu keta

dari bachok ke pantai bukit keluang tu dalam lebih kurang 45 minit
pergi tu petang jumaat
jadi ramai la makhluk atas jalan raya
lambat la sikit nak sampai
kalau hari biasa maybe 30 minit boleh sampai kot

sebenarnya nak daki bukit ni ada 2 jalan tau
jalan ada tangga ni n jalan takde tangga
saya memang dah tau ada 2 jalan
tapi x tau lokasi kat mana




masa dah sampai tu nampak jalan tangga ni jer
tengok ramai orang naik 
jom ler kita ikut diorang
tangga ni kat bahagian depan gerai jual makanan goreng tepi pantai
tepi tepi tu tempat parking


baru sekerat naik tangga ni dah mengah oii
faktor usia ke apa ni
stamina zero...
tulah keje duduk n melangut je hari2
dah lama x eksersais

2 orang give up
x daya nak teruskan katanya

saya pulak pikir dah alang alang sampai sini
naik je la
bukan senang nak cari masa
duk teringin lama dah dah nak datang
tiba tiba x naik rugi la
kang kempunan pulokk..hehe



aikk.. mana tangga nyer?
sikit jer anak tangga.. ada dalam 30 steps kot
den ingatkan tangga sampai atas

trek agak curam n licin 
tempat yg agak2 mencabar sikit ada dia letak tali tuk kita berpaut
takde la bahaya sngat 
cuma still kena extra berhati hati

jangan nak gedik sangat nak selfie situ sini
terkinja kinja
gelak x ingat dunia
 walaupun ramai jer orang turun naik
still kena ingat yg kita duk dalam hutan
mulut pun kena jaga



ada tempat yg trek betul2 tepi tebing




ni dah nak sampai puncak
dah boleh nampak laut sikit sikit




yeay dah sampai puncak

dalam 30 minit jugak
takde lah tinggi sangat bukitnya
tapi takde tenaga nak jalan laju laju
dah lah langsung x bawak air

putih kat gambar atas tu bukan awan or kabus sejuk tau
tapi asap jerebu
sepatutnya boleh nampak pulau-pulau kecik



takde maknanya nak hirup udara segar
bau asap adelah



dah abis adjust setting camera nak bagi jelas
pun blur jugak gambar


port paling orang suka
signboard ni 

cik misi kita pilih sign seoul sebab seminggu lepas tu dia nak travel ke korea

duk kejap je atas ni
lepas snap gambar  2 3 keping kitorang turun
nak kejar masa

tapi x ikut jalan tadi
ada geng depan ajak kitorang guna jalan satu lagi
kami follow jer

rupa-rupanya lagi senang trek yang ni
next time guna trek ni nak naik

dinasihatkan bawaklah air yer
pastu jangan nak gelojoh sangat selfie cari angle yg bukan2
keselamatan tu kena jaga

=D






Saturday, 25 October 2014

tragedi 1 muharram


oh... peringatan apakah ini..

ujian kecik supaya aku tak terleka n lalai
bila kehidupan hari2 smooth jer
mulalah nak jauh darinya yang maha berkuasa

bukan jauh yg macam mana..
ntah la.. x tau nak cakap 
cuma rasa cam sentiasa selamat
'safe n secure' orang kata

tambah2 duk umah sdiri ngan family
kalu duk sorang2 jauh ngan family
tahap kebergantungan tu lain sikit

dapat ujian kecik camni 
baru ingat nak istighfar panjang

gesel ngan longkang T.T

='(


harini hari lahir saya dalam tahun islam.. 1 muharram..
dapat hadiah yang cukup bermakna
mungkin akan diingati sekurang-kurangnya untuk setahun mendatang..huhuu

Tuesday, 9 September 2014

sidang ke 5




tarikh konvo dah kluar
wooohooo
teruja ooi teruja

sidang ke 5
nasib baik belah pagi
x kelam kabut sangat nanti
pastu ada banyak masa nak amik gambar pas kuar dewan tu
amik gambar adalah perkara yg paling penting..hehehe


=]



Saturday, 24 May 2014

susun sijil untuk temuduga



tengah-tengah susun sijil tuk interview 
terbelek sijil kat bawah ni



bila ntah sijil ni nak jumpa pasangan dia.. hehe

penceramah masa kursus tu cakap kalau lepas 6 bulan sijil ni x digunakan
dia akan berhantu.. muahahaha

ni dah lebih 6 bulan ni
g skali ngan geng senior tahun lepas



harini saya ada interview keje.. 
doakan saya x gugup n x gagap


=)



Tuesday, 19 March 2013

pengalaman di MAB


entry ni akan berayat skema sikit sebab ni saya buat draf untuk laporan
saje2 letak kat sini sebagai langkah keselamatan
takut fail corrupt kalau save kat latop jer
almaklum ler.. latop sarang virus
daripada naya kena wat skali lagi
baiklah amik langkah pencegahan

*
*
*
*
*


  Sepanjang tempoh lawatan yang dilakukan, terdapat pelbagai perkara yang dapat kami ketahui dan pelajari. Lawatan kami ini dibantu oleh Timbalan Pegawai Perhubungan Korporat MAB yang dikenali sebagai Cik Siti. Beliau telah menerangkan pelbagai perkara tentang MAB bermula dari sejarah penubuhan, fungsi, dan perkhidmatan serta bantuan yang disediakan. Sesuatu yang menarik perhatian kami di sini ialah tentang Cik Siti itu sendiri. Walaupun mempunyai kekurangan dari segi penglihatan sejak dari kecil, namun beliau mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. Hal ini sedikit sebanyak menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada kami sebagai pelajar.

  Pertama, lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang bertempat di bilik mesyuarat. Semasa taklimat ini, kami  telah diterangkan tentang sejarah penubuhan MAB. Pada mulanya MAB ditubuhkan oleh badan bukan kerajaan  pada 1951, kemudian ia diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dana yang diterima adalah daripada sumbangan pihak-pihak persendirian dan juga derma dari masyarakat. Kemudian, sesi diteruskan dengan demo dari Cik Siti tentang cara-cara yang betul untuk membantu OKU penglihatan dari segi mobiliti. Contohnya cara untuk melintas jalan atau menunjukkan arah ke sesuatu tempat. Sebelum memberi bantuan, kita hendaklah memperkenalkan diri dan menanyakan jika mereka memerlukan bantuan. Kemudian tanyakan arah tujuan yang mereka ingin pergi. Biarkan mereka memegang siku orang yang memberi bantuan, dan hendaklah berjalan selangkah mendahului mereka. Berjalanlah seperti biasa dengan penuh yakin. Jika terdapat sebarang halangan, hendaklah diberitahu dengan jelas. Selain itu, kami turut belajar cara memberi bantuan di meja makan, membuka pintu, cara masuk kereta dan sebagainya. Semua ini merupakan ilmu baru yang sangat bermanfaat bagi kami.

  Kedua, seterusnya kami dibawa melawat ke ‘Low Vision Resource Centre’. Fungsi pusat ini adalah sebagai tempat perkhidmatan pemeriksaan penglihatan dan kesihatan mata. Terdapat bilik khas yang disediakan untuk Optometris. Di situ juga disediakan alat-alat bantuan untuk penglihatan terhad seperti CCTV, kanta pembesar, teleskop, kacamata untuk membaca dekat, dan sebagainya. Pusat ini juga turut menjadi pembekal dan penjual alat-alat penglihatan terhad ke seluruh negara. Pusat ini turut memberi khidmat kaunseling serta latihan penggunaan alatan penglihatan terhad dengan betul.

  Ketiga, kami dibawa melawat ke perpustakaan iaitu ‘MAB Library And Braille Resource Centre’. Fungsi perpustakaan ini adalah mengeluarkan,memberi khidmat pinjaman serta menjual buku-buku berbentuk braille. Selain itu, ia turut memberi khidmat pinjaman, membaik pulih serta menjual mesin braille. Selain daripada para peminjam datang sendiri untuk membuat pinjaman, perpustakaan ini turut memberi khidmat pinjaman melalui pos secara percuma.

  Keempat, tempat lawatan seterusnya ialah Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta siberkafe. Pusat ini berfungsi untuk memberi perkhidmatan capaian internet serta memberi tunjuk ajar dan latihan kepada OKU penglihatan untuk menggunakan komputer. Pusat ini turut menyediakan khidmat membaik pulih alat-alatan yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Selain itu, pusat ini juga adalah sebagai penjual dan pembekal perisian komputer seperti JAWS dan lain-lain ke seluruh negara termasuk pejabat kerajaan, syarikat-syarikat dan juga sekolah. Kami juga mendapat ilmu baru di sini iaitu cara menggunakan perisian yang terdapat dalam telefon pintar (Android) untuk kegunaan OKU penglihatan.

Di samping itu, pusat dan perkhidmatan lain yang terdapat di MAB yang tidak sempat dilawat oleh kami ialah ‘Gurney Training Centre For The Blind’ yang berfungsi sebagai pusat pendidikan, rehabilitasi, dan latihan vokasional. Selain itu, terdapat juga Pusat Kraftangan dan Rotan yang berfungsi untuk melatih cara-cara membuat kraftangan serta memasarkannya. Pusat-pusat lain yang bukan terletak di MAB Kuala Lumpur ialah ‘Communitty-based Rehabilitation For The Rural Blind’ yang terdapat di Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka. Assistance To Blind Children(ABC) Day Care Centre juga terdapat di Klang serta Kota Bharu.






itu saje..
kbye..

=]

Thursday, 7 March 2013

pengalaman pertama masuk klinik


ni cerita semalam punya
minggu ni adalah minggu ke-3 kuliah
so, minggu ni kumpulan saya plak yang masuk klinik
klinik primer 1 namanya..

'my 1st ever clinic-most wonderfull experience'

sepatutnya minggu ni
pelajar boleh bawa pasakit sdiri
boleh bawa kawan2 atau sedara mara

dan saya dah janji ngan zu(gilopalolife.blogspot.com)
suruh dia jadi patient saya
tapi lain plak jadi
sebabnya, en.syah(pembantu tadbir di klinik)
tersalah ambik patient luar
kebiasaanya petang rabu klinik tutup untuk patient luar
sebab 4th year ada kelas n pentadbiran ada mesyuarat pengurusan

pastu, ngan terpaksa relanyer kenalah beberapa orang 3rd year 
amik patient yg dah datang ni

saya dapat patient lelaki- cikgu umur 46
see.. umur 46 dah tu
of kos la ada presbyope(rabun dekat tuk org tua)

yg jadi masalahnye skrg
saya mana betul2 prepare tuk prebyope patient
dah pada asalnya nk cek kawan sdiri yg tentu-tentunya bukan presbyope

apa lagi
gelabah kaw kaw ler

tapi luaran tetap maintain cool jer
saya main hantam jer buat refraction nak cari kuasa dekat(ADD) 
dengan yakinyer g buat monokular
padahal kena buat kat dua2 mata serentak
hahaha
naseb baik SV x marah


lain2 skill yang masih perlu diperbaiki n ditambah baik adalah
1. retinoskopi-sebabnya cikgu tu ada hyperope+0.25 dan astig/silau tinggi
astig/silau dia lebih kurang -1.25-1.50
asyik la duk nampak refleks yang kejap2 against.. kejap2 neutral dah
adoyaii

2. ujian preliminari - yang ni kena speed up sikit
sebab saya terlebih  masa kat sini



opppst.. belum habis lagi
ada lagi yang lebih mencabar semalam

ok

dah lepas siap cek power mata dan ADD semua
saya suggest la cikgu tu buat spek
dia kata ok lah.. nak buat kat sini terus

sebelum ni saya mana  penah masuk n belajar tentang bilik frame tu
macam mana nak handle pemilihan frame?
acaner nak pilih lens?
harga plak nk kira acaner?
haiya lorrr

dah la cikgu tu pilih frame lama
saya kena kejar masa..
nt kena tolak markah..huhu

last2 dah siap pilih suma n ukur megukur
kira-kira harga total --> rm1000++
gulps!!
terus cikgu tu cancel..hohoho

sampai la masa perbincangan n pemberian markah oleh SV
overall aku dapat 18/50
mesti korang rasa sikit kan
tapi aku dah bangga dah tu dapat banyak tu
hari pertama masuk klinik
dah dapat patient luar

target aku untuk next klinik
biar la dapat >30 per 50
insyallah

=]


p/s: cik meri mak sure awak lebih bersedia dengan segala kemungkinan lepas ni yer.. jangan duk harap dapat patient yg senang2 jer.. kena practise lebih banyak lagi k.. yakin awak boleh n mesti boleh yer.. gambateh!!!

Tuesday, 26 February 2013

pengalaman keje di 'oversea'


hikhikhik
tajuk nak gempak saje

bukan saya nak belagak keje 'oversea'
bukan jugak sya nak menipu sya keje 'oversea'
hehe

saya kan keje parttime kat UO
tapi kan
saya rasa macam bukan keje di MALAYSIA
sebabnyer
stakat sya keje baru beberapa hari ni
statistik customer yg datang
saya boleh katakan 
hanya 1 jer customer warganegara out of 10

maksudnyer..dalam 10 orang customer
1 jer rakyat malaysia (either melayu,cina,india or bumiputera)
9 lagi warga asing

saya pun x tau asal diorang
macam2 ada
indon, bangla, nepal, burma, filipina, 

kadang2 gerun  pun ada
bila diorang datang ramai-ramai sekaligus

tapi kan uolls
diorang ni banyak duit tau

saya kan jaga jenama EDWIN n MUSTANG
jeans n baju2 jenama ni kan mahal2
kebanyakkannyer more than rm100 sehelai
paling murah pun rm80++

diorang beli tau
nampak jer macam selekeh n busuk
tapi pakai pakaian berjenama
fuyyoo

diorang x main tau yg promotion2 ni
nak yang new arrival la
design yg terbaru la
of kos la mahal n harga x leh kurang

kebanyakkan customer yg warganegara plak
asyik duk cari yg ada diskaun or promotion
kalau bleh nk yg paling murah
huhu

nampak x disitu
sape lagi kaya

sikit lagi
warganegara merempat di tanah sdiri
dah orang luar lagi kaya raya

*
*

=]