Followers

Showing posts with label terengganu. Show all posts
Showing posts with label terengganu. Show all posts

Monday, 9 May 2016

pengalaman mendaki bukit keluang, besut


1st time mendaki bukit keluang tahun lepas
musim jerebu teruk tahun lepas
 slepas beberapa minggu x leh kluar sebab jerebu teruk

konon-konon nak pergi menghirup udara segar atas bukit
imagine bersih la sikit udara kat atas sana
apa punya cara berfikir ntah
hahaha
padahal sama ajer

 set date ngan geng staff nurse HUSM
4 orang g satu keta

dari bachok ke pantai bukit keluang tu dalam lebih kurang 45 minit
pergi tu petang jumaat
jadi ramai la makhluk atas jalan raya
lambat la sikit nak sampai
kalau hari biasa maybe 30 minit boleh sampai kot

sebenarnya nak daki bukit ni ada 2 jalan tau
jalan ada tangga ni n jalan takde tangga
saya memang dah tau ada 2 jalan
tapi x tau lokasi kat mana




masa dah sampai tu nampak jalan tangga ni jer
tengok ramai orang naik 
jom ler kita ikut diorang
tangga ni kat bahagian depan gerai jual makanan goreng tepi pantai
tepi tepi tu tempat parking


baru sekerat naik tangga ni dah mengah oii
faktor usia ke apa ni
stamina zero...
tulah keje duduk n melangut je hari2
dah lama x eksersais

2 orang give up
x daya nak teruskan katanya

saya pulak pikir dah alang alang sampai sini
naik je la
bukan senang nak cari masa
duk teringin lama dah dah nak datang
tiba tiba x naik rugi la
kang kempunan pulokk..hehe



aikk.. mana tangga nyer?
sikit jer anak tangga.. ada dalam 30 steps kot
den ingatkan tangga sampai atas

trek agak curam n licin 
tempat yg agak2 mencabar sikit ada dia letak tali tuk kita berpaut
takde la bahaya sngat 
cuma still kena extra berhati hati

jangan nak gedik sangat nak selfie situ sini
terkinja kinja
gelak x ingat dunia
 walaupun ramai jer orang turun naik
still kena ingat yg kita duk dalam hutan
mulut pun kena jaga



ada tempat yg trek betul2 tepi tebing




ni dah nak sampai puncak
dah boleh nampak laut sikit sikit




yeay dah sampai puncak

dalam 30 minit jugak
takde lah tinggi sangat bukitnya
tapi takde tenaga nak jalan laju laju
dah lah langsung x bawak air

putih kat gambar atas tu bukan awan or kabus sejuk tau
tapi asap jerebu
sepatutnya boleh nampak pulau-pulau kecik



takde maknanya nak hirup udara segar
bau asap adelah



dah abis adjust setting camera nak bagi jelas
pun blur jugak gambar


port paling orang suka
signboard ni 

cik misi kita pilih sign seoul sebab seminggu lepas tu dia nak travel ke korea

duk kejap je atas ni
lepas snap gambar  2 3 keping kitorang turun
nak kejar masa

tapi x ikut jalan tadi
ada geng depan ajak kitorang guna jalan satu lagi
kami follow jer

rupa-rupanya lagi senang trek yang ni
next time guna trek ni nak naik

dinasihatkan bawaklah air yer
pastu jangan nak gelojoh sangat selfie cari angle yg bukan2
keselamatan tu kena jaga

=D






Monday, 3 March 2014

OPKOM 2014 ~ part 2

sambungan dari part 1
pagi-pagi lagi kami berkumpul
semangat tau nak berkhidmat tuk orang kg
seperti biasa
acara dimulakan dengan bergambar..hihi


 mereka ni cousin angkat.. 1 Malaysia tu.. 



mula-mula datang kena buat pendaftaran n history taking dulu
pastu baru boleh g cek mata


1st station : cek tahap penglihatan(VA) untuk jauh n dekat



2nd station : cek akomodasi mata, penglihatan warna, 3D dan sebagainya..



3rd station: cek ralat refraksi(power) mata



4th station : dalam bas
buat oftalmoskopi : cek fundus atau bahagian retina/saraf mata




5th station : pemilihan bingkai
spek ni kita bagi free
tapi x semua yang dapat


yang betul2 memerlukan jer kita bagi
sebab semua ni dapat daripada sponsor n bilangan pun terhad
yang mana x layak nak dapat spek free tu
kami bagi jugak bingkai percuma tapi diorang kena pegi tambah kanta/cermin sdiri kat kedai nt

habis cerita cek mata

***

cerita penutup plak





adik-adik kesayangan ni


partner angkat ~ Karen(1st year)
baik sangat karen ni.. sopan jer


sambil duk menunggu majlis start
layan je la budak2 kecik ni main angry bird


pastu sibuk suh amik gambar dia ngan angry bird

teettt
maaf la, gambar majlis penutup x de

***

malam tu buat BBQ
bakar ayam, sosej, n satay ikan yang best sesangat


oh.. bestnya satay tu
rasa ikan sebenar 

***
esoknya dah nak balik

ni lah suma mak-mak, ayah-ayah, anak-anak n penyelia yang terlibat
peramah n baik sangat orang-orang sini
mereka betul2 meraikan kitorang
terima kasih orang kampung..hehheh


***
tapi haruslah melancong dulu sebelum balik
alang-alang dah sampai sini kan
yang lain2 bertolak ngan bas
tapi saya spesel.. saya g ngan famili angkat..hehe
diorang yg nak bawa
sebab lepas tu boleh terus hntar sy ke stesen bas nak balik klate.. yeayy


mula2 gi masjid kristal ni
akhirnya sampai jugak saya ke sini
1st time ni


depan masjid ada jual aiskrim
sedap.. bertambah sedap sebab kakak yg belanja
sapa yang nak g.. wajib cuba aiskrim ni
yg saya rasa tu perisa jagung vanilla
slurrpp..
harga rm2 kot kalau x silap


kalau nak melawat taman tamadun islam boleh naik ni 
tapi kami x naik pun hari tu
sebab nak cepat


pastu g pasar payang


makan bihun sup ni kat bahagian atas pasar tu
sedap la jugak sebab orang belanja..=p


banyak la jugak tempat yang dilawati
tapi malas dah nk amik gambar

maka habislah cerita opkom 2014 
x tau nak tutup macam mana..hehe

***


hadiah yang mak bagi.. macam-macam
kain pasang tu diorang beli masa kat kedai last yg kitorang singgah
kemain suh saya keluar dulu
rupa-rupanya nak beli kain bagi kat saya
wat susah2 jer..
tapi orang dah bagi, terima je la kan...hihihi




ada 2 fridge magnet.. ada sape2 nak?
nak bagi percuma jer


memperkenalkan
ni la kakak n abe angkat saya
kak ida n abe rozi + faiz

yang amik anak angkat secara rasmi sebenarnya mak abe rozi
tapi dah famili diorang besar
so, dapat la famili angkat yang besar
bertuah kan saya..



last but not least
amiklah satu gambar pose model di sebalik pokok bunga.. =)