Followers

Showing posts with label low vision. Show all posts
Showing posts with label low vision. Show all posts

Monday, 28 April 2014

Awasi mata anak anda! cegah sebelum terlambat



ternampak gambar ni dalam facebook utusan online semalam

biasanya budak-budak kecik ni x akan komplen yg dia x nampak walaupun penglihatan dia kabur
sebabnya pada pemikiran dia penglihatan macam tu adalah normal
maksudnya apa yg dia nampak, dia ingat orang lain pun nampak macam tu
sebab dah sejak dari kecik penglihatan dia memang setakat tu jer

bila dia akan komplen?

biasanya bila start sekolah atau tadika
duduk belakang dan x nampak cikgu tulis kat papan hitam
tapi kadang-kadang x komplen jugak
cikgu yang akan komplen(kalau jenis cikgu yg alert)
atau bila perasan dalam buku yg dia salin x lengkap
atau lambat dapat terima pelajaran


jadi nak bagi pesanan kat ibu-ibu ayah-ayah yg ada anak
terutama anak yang masih kecil
silalah pergi cek mata anak-anak anda

zaman sekarang ni zaman ipad, tablet, games
dan jugak zaman kecik-kecik lagi dah kena sekolah
semua ni boleh bagi kesan pada penglihatan
 overload  pada mata

kalau setakat dapat rabun dan boleh dibetulkan dengan spek mata
x menjadi masalah yang serius

tapi yang kita nak elak sekarang takut terjadi amblyopia atau mata malas
ni antara penyebab utama masalah penglihatan terhad untuk kanak-kanak
perkara ni terjadi sebab x mendapat pemeriksaan atau rawatan awal

kalau nak pemeriksaan percuma secara intensif
maksudnya pemeriksaan menyeluruh tahap penglihatan dan kesihatan mata 
boleh pergi ke klinik optometri UKM KL
 jalan raja muda abdul aziz, KL
berhampiran ngan monorel chow kit n sebelah HKL

buat appointment dulu, call no ni 03-92897499/7600

kalau kanak-kanak normal/dah sekolah/6 tahun ke atas boleh terus masuk klinik primer/klinik biasa

kalau kanak-kanak ada masalah atau sindrom atau istimewa / 5 tahun ke bawah boleh mintak untuk masuk ke klinik khas kanak-kanak(pediatrik)

selain kanak2.. orang dewasa yg nak cek mata pun boleh
call no kat atas tu jugak 
buat appointment dulu 
semua pemeriksaan percuma jer 
untuk siapa sahaja dari bayi sampai orang tua


=) 


p/s : kalau nak contact sy dulu pun boleh, tapi kat emel@FB jer.. no fon x leh nak letak open kat sini.. hehe

Wednesday, 26 June 2013

::WW:: globe in braille




globe pun ada dalam bentuk braille tau
saya jumpa ni kat MAB (malaysian association for blindness)


Tuesday, 19 March 2013

pengalaman di MAB


entry ni akan berayat skema sikit sebab ni saya buat draf untuk laporan
saje2 letak kat sini sebagai langkah keselamatan
takut fail corrupt kalau save kat latop jer
almaklum ler.. latop sarang virus
daripada naya kena wat skali lagi
baiklah amik langkah pencegahan

*
*
*
*
*


  Sepanjang tempoh lawatan yang dilakukan, terdapat pelbagai perkara yang dapat kami ketahui dan pelajari. Lawatan kami ini dibantu oleh Timbalan Pegawai Perhubungan Korporat MAB yang dikenali sebagai Cik Siti. Beliau telah menerangkan pelbagai perkara tentang MAB bermula dari sejarah penubuhan, fungsi, dan perkhidmatan serta bantuan yang disediakan. Sesuatu yang menarik perhatian kami di sini ialah tentang Cik Siti itu sendiri. Walaupun mempunyai kekurangan dari segi penglihatan sejak dari kecil, namun beliau mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. Hal ini sedikit sebanyak menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada kami sebagai pelajar.

  Pertama, lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang bertempat di bilik mesyuarat. Semasa taklimat ini, kami  telah diterangkan tentang sejarah penubuhan MAB. Pada mulanya MAB ditubuhkan oleh badan bukan kerajaan  pada 1951, kemudian ia diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dana yang diterima adalah daripada sumbangan pihak-pihak persendirian dan juga derma dari masyarakat. Kemudian, sesi diteruskan dengan demo dari Cik Siti tentang cara-cara yang betul untuk membantu OKU penglihatan dari segi mobiliti. Contohnya cara untuk melintas jalan atau menunjukkan arah ke sesuatu tempat. Sebelum memberi bantuan, kita hendaklah memperkenalkan diri dan menanyakan jika mereka memerlukan bantuan. Kemudian tanyakan arah tujuan yang mereka ingin pergi. Biarkan mereka memegang siku orang yang memberi bantuan, dan hendaklah berjalan selangkah mendahului mereka. Berjalanlah seperti biasa dengan penuh yakin. Jika terdapat sebarang halangan, hendaklah diberitahu dengan jelas. Selain itu, kami turut belajar cara memberi bantuan di meja makan, membuka pintu, cara masuk kereta dan sebagainya. Semua ini merupakan ilmu baru yang sangat bermanfaat bagi kami.

  Kedua, seterusnya kami dibawa melawat ke ‘Low Vision Resource Centre’. Fungsi pusat ini adalah sebagai tempat perkhidmatan pemeriksaan penglihatan dan kesihatan mata. Terdapat bilik khas yang disediakan untuk Optometris. Di situ juga disediakan alat-alat bantuan untuk penglihatan terhad seperti CCTV, kanta pembesar, teleskop, kacamata untuk membaca dekat, dan sebagainya. Pusat ini juga turut menjadi pembekal dan penjual alat-alat penglihatan terhad ke seluruh negara. Pusat ini turut memberi khidmat kaunseling serta latihan penggunaan alatan penglihatan terhad dengan betul.

  Ketiga, kami dibawa melawat ke perpustakaan iaitu ‘MAB Library And Braille Resource Centre’. Fungsi perpustakaan ini adalah mengeluarkan,memberi khidmat pinjaman serta menjual buku-buku berbentuk braille. Selain itu, ia turut memberi khidmat pinjaman, membaik pulih serta menjual mesin braille. Selain daripada para peminjam datang sendiri untuk membuat pinjaman, perpustakaan ini turut memberi khidmat pinjaman melalui pos secara percuma.

  Keempat, tempat lawatan seterusnya ialah Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta siberkafe. Pusat ini berfungsi untuk memberi perkhidmatan capaian internet serta memberi tunjuk ajar dan latihan kepada OKU penglihatan untuk menggunakan komputer. Pusat ini turut menyediakan khidmat membaik pulih alat-alatan yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Selain itu, pusat ini juga adalah sebagai penjual dan pembekal perisian komputer seperti JAWS dan lain-lain ke seluruh negara termasuk pejabat kerajaan, syarikat-syarikat dan juga sekolah. Kami juga mendapat ilmu baru di sini iaitu cara menggunakan perisian yang terdapat dalam telefon pintar (Android) untuk kegunaan OKU penglihatan.

Di samping itu, pusat dan perkhidmatan lain yang terdapat di MAB yang tidak sempat dilawat oleh kami ialah ‘Gurney Training Centre For The Blind’ yang berfungsi sebagai pusat pendidikan, rehabilitasi, dan latihan vokasional. Selain itu, terdapat juga Pusat Kraftangan dan Rotan yang berfungsi untuk melatih cara-cara membuat kraftangan serta memasarkannya. Pusat-pusat lain yang bukan terletak di MAB Kuala Lumpur ialah ‘Communitty-based Rehabilitation For The Rural Blind’ yang terdapat di Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka. Assistance To Blind Children(ABC) Day Care Centre juga terdapat di Klang serta Kota Bharu.






itu saje..
kbye..

=]

Wednesday, 13 March 2013

::ww:: Al-Quran in braille





Al-Quran ni ada kat perpustakaan MAB
MAB stand for malaysian association for the blind




Saturday, 9 March 2013

bersyukurlah ada mata


pagi rabu yg lepas
saya n semua budak tahun 3 opto ada buat lawatan
untuk klinik khas punya posting

kami g sekolah pendidikan khas setapak
sekolah ni satu-satunya sekolah khas untuk pelajar yg cacat penglihatan
pelajar-pelajar kat sekolah tu terbahagi 2
ada yang totally blind n ada yang penglihatan terhad

apa yang mereka belajar sama jer ngan sekolah harian biasa
x de subjek2 yang spesel2 pun
silibus sama n exam pun sama
malah aktiviti ko-ku mereka lagi aktif berbanding sekolah biasa
bukan setakat bertanding ngan kawasan setempat
ramai yang jadi wakil Malaysia ke peringkat antarabangsa
pencapaian mereka dari segi ko-ku pun amat membanggakan

tapi dari segi akademik plak
mereka agak ketinggalan sedikit
bukan sebab x pandai tau
tapi sebab kekangan dari segi masa, peralatan n sebagainya

mereka amik exam pmr atau spm soaalan pun sama ngan pelajar lain
cuba korang bayangkan
mcam mana diorang nak jawab soalan yg sukar2 tu
contohnya matemati
sape yg dah amik spm matematik
dia tau la apa soalannya
ada yg kena buat graf, lukis2, sin, cos, tan
aterrr, acaner diorang nak buat
sedangkan diorang x nampak?
sin cos tan tu plak nak tekan calculator macam mane?

kalau ada calculator saintifik versi braille pun
harganyer ribu riban
mana la mampu nak beli
kebanyakkan pelajar kat sini pun susah
dapat bantuan dari JKM lagi

dari segi pengajaran plak
cikgu-cikgu kat situ suma hebat n tabah la
mampu nak ajar diorang ni
n yang paling penting sabar n tabah buat bahan pembelajaran n soalan exam
sebabnya bahan yg dihantar oleh kementerian ke sekolah pun
sama ngan bahan tuk sekolah biasa
buku teks yg kita guna dulu tu
cd tuk pembelajaran interaktif pun sama ngan kita punya
ater lagi skali.. nampak ke mereka nk tengok :LCD tu?
so, cikgu2 la yg gigih translate suma2 ni ke bahan yg lebih sesuai
either braille atau dibesarkan tulisan atau gambar..

jadi
pengajarannya kat sini
sentiasa bersyukurlah kita
kerana dikurnikan mata dan penglihatan yang sempurna
yg ada rabun sket2 tu no matter lah

'jagalah mata anda'

=]