Followers

Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Sunday, 2 October 2016

salam maal hijrah


bersamaan tahun 2016M

juga
selamat hari lahir untuk saya 1 muharam

Ya Allah
ampunilah dosa-dosaku, ibubapaku, keluargaku, guru2ku, kawan2ku dan semua muslimin n muslimat
berkatilah apa yg kami lakukan pada tahun yg lepas
dan rahmatilah kami pada tahun yang mendatang
murahkanlah rezeki dan limpahkanlah rahmatmu ke atas kami
jauhkanlah segala musibah dan bala bencana ke atas kami
ya rahman ya rahim
selamatkan dan berilah kemenangan ke atas umat islam di gaza, palestin dan syria serta umat islam sluruh dunia
mereka sentiasa diuji terutamanya di hari kebesaran islam
amin.. ya rab al amin


ayuhlah kita sama2 berhijrah ke arah yg lebih baik

=)

Monday, 13 July 2015

selamat hari lahir


yuhuueeww
anybody home??

lamanyer lah x update kat sini.. nasib baik ingat lagi password T.T

ok.. takmo bebel panjang panjang
jom kita terus nyanyi

happy birthday to me~~
happy birthday to me~~
happy birthday to me~~
happy birthday to cik meri~~

ya.. its my birthday uolss..

alhamdulillah
syukur dipanjangkan umur
diberikan kesihatan yang baik
dimurahkan rezeki
semoga 24 tahun yang berlalu tidaklah sia2
semoga Allah memberkati usiaku yg lepas dan merahmati hari2 yang mendatang

kejap jer rasa berlalu.. dah umur 24 dah.. mcam x percaya jer
kalau orang tanya asyik duk ingat umur baru 22.. hoii perasan muda remaja lagi..hihi
sokmo kena kira balik ngan tahun lahir

orang kata makin dekat ngan kiamat makin cepat masa berlalu
tengoklah bulan ramadhan ni.. pejam celik dah nak sampai penghujung dah
tinggal 2 hari jer lagi.. deep inside tu rasa sayu jugak
rasa macam tak fully utilise masa yang diberi
entah apa benda la yang bizi bebenor..
kalau hari cuti tu lagi la rasa x cukup masa..



Saturday, 25 October 2014

tragedi 1 muharram


oh... peringatan apakah ini..

ujian kecik supaya aku tak terleka n lalai
bila kehidupan hari2 smooth jer
mulalah nak jauh darinya yang maha berkuasa

bukan jauh yg macam mana..
ntah la.. x tau nak cakap 
cuma rasa cam sentiasa selamat
'safe n secure' orang kata

tambah2 duk umah sdiri ngan family
kalu duk sorang2 jauh ngan family
tahap kebergantungan tu lain sikit

dapat ujian kecik camni 
baru ingat nak istighfar panjang

gesel ngan longkang T.T

='(


harini hari lahir saya dalam tahun islam.. 1 muharram..
dapat hadiah yang cukup bermakna
mungkin akan diingati sekurang-kurangnya untuk setahun mendatang..huhuu

Monday, 13 January 2014

Selamat Hari Lahir Kaysa 1 tahun


Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan adik Kaysa
Allah selamat kan kamu


selamat hari lahir yang pertama Nur Kaysa Falihah
semoga terus membesar dengan sihat sokmo
menjadi anak yang solehah, taat perintah Allah, hormat ibubapa,
berakhlak mulia
semoga semakin cerdik, pintar, pandai
semoga sentiasa dalam rahmat n keberkatan ilahi
dijauhkan segala bahaya dan kejahatan
amin..

Saturday, 14 December 2013

selamat hari lahir najah


Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kakak Najah
Allah selamat kan kamu


selamat hari lahir yang ke-3 Nur Najah Faqihah
semoga terus membesar dengan sihat sokmo
menjadi anak yang solehah, taat perintah Allah, hormat ibubapa,
berakhlak mulia
semoga semakin cerdik, pintar, pandai
semoga sentiasa dalam rahmat n keberkatan ilahi
dijauhkan segala bahaya dan kejahatan
amin..




rambut tu epic sangat



gambar cun satu..hehe..








Monday, 28 October 2013

::makan-makan:: tempat makan best kampung baru~ restoran kapal



ni cerita minggu lepas.. walaupun dah basi tetap gak nak tulis..hihi
kami gi makan kat restoran kapal kg.baru
sambut besday untuk 3 bulan skali gus.. jimat

untuk grup yang lepas sambut kat sini jugak
besday 3 in 1

layan gambar pulak
tapi gambar x teratur lah
malas nak susun

ni rupa depan restoran ni
masuk jer terus nampak kapal sebijik kat belakang tu
kapal tu tempat cashier sebenarnya
bawah kapal tu ada ikan keli yang besar2


kek tiramisu.. best
tq pada yang blanjer..hehe


fish n chips



chicken chop


yummy

jus durian belanda.. recomended
maaf la, dah sedut sikit baru tringat nak amik gambar




jus mangga.. pun sedap
rasa isi mangga 


jus laici.. rasa x tau sebab x try haritu
rasa laici cam biasa la kot


spageti 





total makan untuk 9 orang
harga yg agak berpatutan la dengan kualiti n servis


senarai harga.. klau x nampak pandai2 la zoom yer..


pergi jalan kaki, balik pun jalan kaki
dekat jer 


sempat lagi tu amik gambar


nanti kita sambut untuk grup yg seterusnya yer

jom gi tempat lain plak
seoul garden? hehe

=]