Followers

Showing posts with label ragam. Show all posts
Showing posts with label ragam. Show all posts

Thursday, 12 May 2016

:: cerita kedai spek :: pelanggan





sorang adik manis datang masuk kedai

lepas greeting sikit2 saya tanya la dia apa boleh saya bantu
nak buat pemeriksaan mata atau nak buat spek

adik manis : "nak tengok2 jer dulu"

ok, saya bagi dia pusing tengok
biasanya kalau cust nak survey dulu memang saya akan bagi masa sikit kat diorang
biar jer dia buat hal sdiri
tapi dalam masa yang sama saya on stanby
atau akan cakap "ok, cik tengok tengok dulu yer, kalau ada apa2 boleh panggil saya"

biasa kalau kita membeli pun kita x suka orang follow rapat jer kan
ibarat macam kita nak mencuri
bagi masa dulu
tapi make sure jangan ignore lama sangat
sampai nak tanya pun kena panggil 2 3 kali
sebagai penjual kita kena proaktif la sikit

pelanggan ni kalau dia dah masuk survey maknanya dia dah ada sikit intention tuk membeli barang kita
jadi kita kena ambik langkah tuk jual barang kita

lepas 3-5 minit dah boleh approach diorang balik
masa ni boleh buat history taking dulu
tanya apa yg dia suka, ciri2 macam mana yg dia cari
berikan 1 2 sample yg dia boleh cuba

once dia dah cuba,
kita perlu analyse mana yang paling sesuai
kemudian suggest la mana yg patut

suggestion tu haruslah yg logik akal
jangan tau nak jual yg paling mahal jer
suggest berdasarkan history taking yg kita buat awal td

pernah pakai spek ke x? kerja? ciri2 n jenis yg dia suka, bentuk muka, saiz 
kalau awak optom, u should know

akhir sekali, baru la bgtau apa yg terbaik yg kita boleh offer kat dia
termasuk dari segi harga dan sebgainya

dan tolonglah jangan over sangat
disebabkan nak naikkan jualan
pegi suggest benda yg x diperlukan orang tu

contoh 1:jual bingkai warna dah la striking pastu besar gedabak gaya k-pop pulak untuk orang keje sebagai peguam
peguam biasanya formal kan.. terlibat urusan rasmi
x kena gaya..x sesuai 

contoh 2: jual kanta blue coat untuk makcik yg keje tanam sayur
dengan alasan mak cik tu ada guna henfon
memang la guna henfon tapi time dia nak telpon anak atau angkat call jer
sms pun x pandai apatah lagi nak main fesbuk
berapa saat jer pun
x berbaloi untuk dia..kesian tau
walaupun dia mampu n tak kisah bayar harga berapa pun



[info] 

kanta blue coat @ blue control lens adalah kanta untuk menapis gelombang cahaya biru dari masuk mata kita
kebiasaan paling banyak cahaya biru ni dari gadjet kita,, screen smartphone, tablet, laptop, computer or apa apa digital device yg guna screen/display
cahaya biru ni pulak kalau kita terdedah terlalu lama dia ada kesan dia
antara kesan jangka pendek
- insomnia
- migrain
- kabur

antara kesan jangka panjang pulak boleh cepatkan proses penuaan n kerosakan saraf mata, katarak dan sebagainya.. banyak lagi side effect lain.. boleh google n rujuk sumber ynag sahih

moral of the story : cari lah optometrist yang boleh bagi consultation n penerangan jelas


Friday, 6 June 2014

random


~harini entry cerita random saje~


amboiii.. selipar letak atas meja



bukan selipar.. casing ipong Mr.siva ni.. hehe
rare sangat
last2 petang tu putus tali selipar
berebut ngan si adeline dalam makmal dispensing



borong oat choco
hadiah untuk yang join prinstcreen pageviews haritu
nt saya cerita sape yg menang




8 laporan kena hantar sekaligus




sampai x tido malam aihh nak siapkan ni
T.T
dah hantar.. fuhhh.. lega



makan-makan kat teratak ikan bakar kampung baru
ni pun nt sy buat entri lain
bila tu..? x tau
tgu mood rajin




seafood yg fresh


ok
tu jer entry x de motif tuk harini

=)




pagi ni saya exam practical contact lens.. semoga dipermudahkan semuanya n lulus dengan cemerlang

Wednesday, 30 April 2014

::WW:: anti-sosial




sorang duduk satu kerusi tu memang kebetulan
x dirancang.. masing-masing automatik
tapi scene pegang telepon tu ada lakonan tambahan sebab nak amik gambar..hehe



Tuesday, 10 December 2013

beratnya amanah



sebelum tu nak bagi peringatan pada semua di luar sana
tolong lah jangan mudah percaya pada orang!

berbalik pada amanah
peringatan tuk saya juga yang bakal bekerja suatu hari nt
seperi yg kita tahu 
kat hospital atau kat mana2 pun
maklumat pesakit tu adalah rahsia
x boleh sewenang-wenangnya guna untuk tujuan peribadi
apatah lagi diambil untuk tujuan bukan2
jadi, ia juga amanah untuk kita secure benda2 tu semua
nampak mudah tapi berat sebenarnya



please being professional when u call urself as a professional
jangan sampai orang hilang hormat kat kita



entry nak luah perasaan sebenarnya nih, x pe lah x jadi..
mood tertekan n sedih sikit harini

Tuesday, 26 February 2013

pengalaman keje di 'oversea'


hikhikhik
tajuk nak gempak saje

bukan saya nak belagak keje 'oversea'
bukan jugak sya nak menipu sya keje 'oversea'
hehe

saya kan keje parttime kat UO
tapi kan
saya rasa macam bukan keje di MALAYSIA
sebabnyer
stakat sya keje baru beberapa hari ni
statistik customer yg datang
saya boleh katakan 
hanya 1 jer customer warganegara out of 10

maksudnyer..dalam 10 orang customer
1 jer rakyat malaysia (either melayu,cina,india or bumiputera)
9 lagi warga asing

saya pun x tau asal diorang
macam2 ada
indon, bangla, nepal, burma, filipina, 

kadang2 gerun  pun ada
bila diorang datang ramai-ramai sekaligus

tapi kan uolls
diorang ni banyak duit tau

saya kan jaga jenama EDWIN n MUSTANG
jeans n baju2 jenama ni kan mahal2
kebanyakkannyer more than rm100 sehelai
paling murah pun rm80++

diorang beli tau
nampak jer macam selekeh n busuk
tapi pakai pakaian berjenama
fuyyoo

diorang x main tau yg promotion2 ni
nak yang new arrival la
design yg terbaru la
of kos la mahal n harga x leh kurang

kebanyakkan customer yg warganegara plak
asyik duk cari yg ada diskaun or promotion
kalau bleh nk yg paling murah
huhu

nampak x disitu
sape lagi kaya

sikit lagi
warganegara merempat di tanah sdiri
dah orang luar lagi kaya raya

*
*

=]




Sunday, 24 February 2013

macam-macam ragam pencuri


hari mula2 saya keje lagi dah ada kes curi ni
tapi bukan tempat yg saya jaga la

masa tu
saya baru jer masuk keje
lebih kuarang kul 6.05 petang

dengar kecoh-kecoh depan kaunter khidmat pelanggan UO tu
ada sorang pompuan warga asing kot
cubaan tuk curi topi macam serkup kait tu

ceritanya dia masuk fitting room
bawa topi tu n satu seluar jeans kot
mesti la org heran

topi pun nak fitiing bagai ker?
kerlasss kau

pastu dia kuar pakai topi tu
jeans tu dia letak balik means dia x nak la
terus dia jalan nak kluar ikut tangga
tapi tangga tu pun ada sensor
so bunyi la

bila tanya, dia cakap dah bayar
bila tanya resit, dia cakap duk kat kawan dia
tanya plastik plak dia kata x de
macam blur-blur jer dia jawab
mungkin x brapa betul kot org tu
pastu panggil security
bawak pegi mana ntah
saya pun malas nak amik tau


so keje saya lebih pada memerhati customer
bukannyer layan customer untuk convince suruh dia beli
overall senang je la keje saya
cumanyer boring
nasib baik la 4 jam sehari jer

p/s: nt saya cerita plak tugas2 saya sebagai promoter eh.. see u nex entry

=]

Wednesday, 20 February 2013

::ww:: kerja budak rajin


sape lagi budak rajin kalau bukan Najah
si budak bijak n banyak celoteh tu

ni tinggal kejap jer 
dah jadi camni


nampak x manik2 kecikkk tu
bukan yg pink tu
ada lagi yg kecikkk bulat2
yg biasa kita jahit kat lengan baju

jenuh lerr mengutipnyer
merata-rata
manik tu kan bila jatuh dia melantun-lantun
penuh satu bilik sampai ke depan pintu pun ada

=]