Followers

Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts

Monday, 9 May 2016

pengalaman mendaki bukit keluang, besut


1st time mendaki bukit keluang tahun lepas
musim jerebu teruk tahun lepas
 slepas beberapa minggu x leh kluar sebab jerebu teruk

konon-konon nak pergi menghirup udara segar atas bukit
imagine bersih la sikit udara kat atas sana
apa punya cara berfikir ntah
hahaha
padahal sama ajer

 set date ngan geng staff nurse HUSM
4 orang g satu keta

dari bachok ke pantai bukit keluang tu dalam lebih kurang 45 minit
pergi tu petang jumaat
jadi ramai la makhluk atas jalan raya
lambat la sikit nak sampai
kalau hari biasa maybe 30 minit boleh sampai kot

sebenarnya nak daki bukit ni ada 2 jalan tau
jalan ada tangga ni n jalan takde tangga
saya memang dah tau ada 2 jalan
tapi x tau lokasi kat mana




masa dah sampai tu nampak jalan tangga ni jer
tengok ramai orang naik 
jom ler kita ikut diorang
tangga ni kat bahagian depan gerai jual makanan goreng tepi pantai
tepi tepi tu tempat parking


baru sekerat naik tangga ni dah mengah oii
faktor usia ke apa ni
stamina zero...
tulah keje duduk n melangut je hari2
dah lama x eksersais

2 orang give up
x daya nak teruskan katanya

saya pulak pikir dah alang alang sampai sini
naik je la
bukan senang nak cari masa
duk teringin lama dah dah nak datang
tiba tiba x naik rugi la
kang kempunan pulokk..hehe



aikk.. mana tangga nyer?
sikit jer anak tangga.. ada dalam 30 steps kot
den ingatkan tangga sampai atas

trek agak curam n licin 
tempat yg agak2 mencabar sikit ada dia letak tali tuk kita berpaut
takde la bahaya sngat 
cuma still kena extra berhati hati

jangan nak gedik sangat nak selfie situ sini
terkinja kinja
gelak x ingat dunia
 walaupun ramai jer orang turun naik
still kena ingat yg kita duk dalam hutan
mulut pun kena jaga



ada tempat yg trek betul2 tepi tebing




ni dah nak sampai puncak
dah boleh nampak laut sikit sikit




yeay dah sampai puncak

dalam 30 minit jugak
takde lah tinggi sangat bukitnya
tapi takde tenaga nak jalan laju laju
dah lah langsung x bawak air

putih kat gambar atas tu bukan awan or kabus sejuk tau
tapi asap jerebu
sepatutnya boleh nampak pulau-pulau kecik



takde maknanya nak hirup udara segar
bau asap adelah



dah abis adjust setting camera nak bagi jelas
pun blur jugak gambar


port paling orang suka
signboard ni 

cik misi kita pilih sign seoul sebab seminggu lepas tu dia nak travel ke korea

duk kejap je atas ni
lepas snap gambar  2 3 keping kitorang turun
nak kejar masa

tapi x ikut jalan tadi
ada geng depan ajak kitorang guna jalan satu lagi
kami follow jer

rupa-rupanya lagi senang trek yang ni
next time guna trek ni nak naik

dinasihatkan bawaklah air yer
pastu jangan nak gelojoh sangat selfie cari angle yg bukan2
keselamatan tu kena jaga

=D






Thursday, 5 May 2016

korang pernah x ponteng kelas masa belajar dulu2



saya bukanlah jenis yg skema sangat x pernah ponteng
tp idoklah jahat.. sedang-sedang jer..hehe

ponteng yg sengaja ada la beberapa kali
bukan lah sesaja nak ponteng
ada sesuatu hal yg menyebabkan terpaksa ponteng

yg paling kerap adalah masa nak balik kampung
kalau kata kelas hari jumaat tu ada 1  pastu sejam jer
baiklah manfaatkan ia tuk balik kg hari khamis lagi
jimat sehari dapat duk kampung

sesuka hati ponteng x pernah plak rasanya
ponteng sebab malas pun x pernah
sebab saya jenis yg suka g kelas
bukan sebab skema tp jenis pala otak yang kena cikgu ajar baru boleh paham
slagi x kluar kat mulut cikgu.. bacalah brapa kali pun memang x masuk kat kepala nih



ada skali tuk ponteng secara tak sengaja
masa tu bulan puasa kalau x silap

kelas spatutnya kul 4 sampai 6 petang
kelas subjek TITAS.. subjek wajib universiti
gabung2 sekali ngan course lain

kitorang pun turun la tunggu bas tuk trip pukul 3
dah stanby g awal sebab takut jem
biasanya 15 minit dah boleh sampai dari kolej ke fakulti

pada hari kejadian boleh plak trip kul 3 tu takde.. 
sebab pak cik driver bas ada hal
terpaksa tunggu trip 3.30

dah naik bas tu.. jalan clear jer masa kluar dari tasik titiwangsa
sekali masuk jalan besar menghala ke bulatan pahang
perrhhg dia punya jem x bergerak

sapa yg biasa lalu jalan tun razak n bulatan pahang dia tau lah jem jalan tu tahap mana
tapi hari tu jem dia 2 3 kali ganda dari biasa
maybe bulan puasa ramai balik awal kot
kul 3.30 dah jem teruk

tapi kitorang relaks lagi
layan crita chipmunk kat tv dalam bas

alih alih tengok jam kul 4 lebih dah
masing masing aku tengok kau ko tengok aku
suggest kita jalan kaki je lah

pastu pak cik bas suruh tunggu kejap lagi
sebab dia tengok jalan menghala ke chow kit lepas bulatan tu clear
dia kesian kalau kitorang jalan kaki
dah la puasa

bertabah lah kitorang ramai dalam bas tu meredah jem
sampai habis layan movie chipmunk
akhirnya kul 5.30 sampai fakulti
ambik hah 2 jam perjalanan
kalau jalan kaki td x sampai 10 minit pun

sampai sampai jer tengok ramai ramai jalan keluar dewan
rupanya kelas abis awal kul 5.30

jadinya x masuk kelas ler kitorang haritu
belajar subjek chipmunk sambil meredah jem ajolah
sadis betul
tak pasal pasal terponteng 
muaahahahah

sekian cerita throwback
gambar takde kaitan
cumanya ni lah antara muka muka yg terlibat dengan kisah ni
hehehe




=D




Monday, 8 September 2014

hari ini di tahun tahun tahun tahun lepas



kemain banyak tahun kat tajuk tu..hehe

kalau setiap 4 tahun yang lepas
hari ini sepatutnya hari bermulanya semester baru
hari yang penuh excited serta semangat yang berkobar-kobar

seperti biasa
di awal semester pasti berazam yang nak studi bersungguh-sungguh
nak jadi lebih baik
x mau buang masa
x mau buat keje n revise last minute

namun,
seperti biasa juga
azam akan tinggal azam
at last benda2 yang sama juga dibuat


tak lupa juga hari ni di tahun4 yang lepas
adalah hari yang homesick melanda
nak recover dari homesick ni makan masa jugak
almaklum ler cuti semester panjang

kalau start semester tu terus busy
cepat la homesick tu hilang
tapi kalau banyak jer masa free
alamatnyer melayan perasaan je lah
paling ketara masa bangun pagi
rasa x boleh terima hakikat yang duk kat kolej sorang2
huhu


tapi tu cerita tahun4 lepas

hari ini di tahun ini dah berbeza
tiada lagi status mahasiswi
dah masuk alam bekerjaya

mencipta n mencari pengalaman baru
yang harus dinikmati n disyukuri



merindui saat2 menjalani latihan klinikal yang penuh memori



merindui penyelia2 n pensyarah2
dalam tegas ada kasih sayang



we-fieee sesambil menunggu pesakit datang
buat bising pastu kena marah..biaseee..
ngehngehngeh


=]



~selamat menempuh semester baru kepada semua yg start sem harini especially optorians ukm kl, kekalkan semangat yang ada sampai akhir~



Friday, 27 June 2014

the sweetest n beautiful night for us.. #havocbistro #17june2014


minggu lepas kitorang buat gathering
kat restoran havoc bistro kampung baru

enjoy our precious time together as a student
sambil2 celebrate habis final paper


restoran ni terletak kat belakang petronas kampung baru
masuk jalan yg kat tepi petronas 
lepas tu akan terus nampak restoran ni

ada macam-macam makanan
masakan panas, makanan arab n western






reasonable price for the foods
berbaloi la dengan portion n kesedapan makanan tu



kami tempah ruang ni
bilik kecik boleh muat kitorang 29 orang
tapi berhimpit sikit la
bilik ni ada aircond



saya tempah air ni
bandung cincau
nampak dalam gambar menu macam best jer
sekali sampai bawah panas atas ais
x sampai 5 minit cair dah suma ais tu
manis jugak
terpaksa mintak ais kosong lebih



air mocktail kat sini best
nama pun pelik2
kat atas tu i miss u kot.. lupa dah



hai hello kitty
bekas isi nama cabutan untuk sesi bertukar-tukar hadiah


gambar makanan sempat amik beberapa jer
yg mana dekat2 ngan saya jer



carbonara seafood.. besttt
semua spageti kat sini sedap
yang bolognese n aglioolio pun sedap..tapi x de pic nak tunjuk



chicken lemon thai 
sos dia terlalu manis untuk saya
kalau orang yg suka manis best la kot



chicken butter.. dengan sos yang cukup berkrim
makanan lemak berkrim ni memang sya suka



lamb mandy



chicken mandy
nasi arab kat sini memang sedap
rasa la ke'arab'an dia tu
portion besar
mencabar jugak la nak menghabiskannya


sambil2 makan kitorang buat sesi bertukar hadiah



ni hadiah yang saya dapat


comel jer bungkusan dia

apa kat dalam?
terus bukak kat situ jugak
x menyabar betul


hiasan ala-ala english
dah selamat jadi hiasan meja kat pejabat kolej..hehe
dalam bilik x de tempat nak letak



bila hanset x de front camera.. ginilah jadinya
separuh je nampak



posing ngan hadiah memasing
happy jer muka
seronok dapat hadiah



ni hadiah nurul
comelnyaaaa



dah habis makan.. bayar la yer
sendiri2 bayar.. xde orang nak sponsor..huhu


amboiii.. sempatlagi tu posing
pantang nampak kamera



kuarkan segala duit2 yang ada



sempena musim bola ni
restoran sediakan skrin besar
dekorasi dalam ni pun tema bola



dari sini boleh nampak klcc
background yg bagus untuk berselfie
x mau la letak gambar selfie
kita tunjuk background jer..hehe



kami duduk bilik yg bercermin kat depan tu
tertutup
so, x kisah nak bising2 pun








our sweets moment together

#17june2014 #opto2014


=)