Followers

Monday 23 May 2016

temuduga kemasukan ke program optometri


keputusan UPU dah keluar minggu lepas
patut la ramai duk emel mintak tips temuduga optometri


pertama sekali nak ucapkan tahniah untuk adik2 yang dapat offer optometri..
anda cukup  bertuah..hehe
alhamdulillah

yang sebetulnya rasa tak layak pulak diri ini nak bagi tips

saya sendiri pun tak pernah ada pengalaman kena IV(interview).. tuk masuk opto masa dulu2  takde IV.. just isi UPU online saja

cuma pernah jadi AJK masa hari interview budak2 junior tahun 2014

tips serba ringkas aje lah yer: copy paste jawapan emel2 dari tahun lepas lagi ni.. tak kuasa pulak nak taip balik.. setiap adik2 yg emel dapat jawapan yg sama ya..hehe..

1. pakaian kena formal.. kod 1 
paling utama sopan dan menutup aurat

boleh sy tau adik ni lelaki ke perempuan?

kalau perempuan, boleh pakai make up sikit bagi ceria tapi jangan keterlaluan
kalau lelaki, make sure trim or shave bulu2 kat muka bagi kemas

2. makan : kena makan minum dulu sebelum g iv.. sebab biasanya ramai dan makan masa berjam jam juga nak habiskan sorang2

3. situasi : akan ada beberapa penemuduga.. diorang ni dalam kalangan pensyarah n kakitangan optometri sdiri. ada yang pangkat encik, puan , doktor, prof.. kalau dah tau siapa yg akan temuduga kita, pastikan panggilan tu betul.. paling paling tidak pun panggil lah doktor

tahun lepas dia bahagi kepada beberapa bilik..(tahun ni x pasti la macam mana) ada bilik yg masuk secara grup 4-5 org, ada bilik masuk berdua n ada bilik masuk sorang2.. depend pada nasib adik dapat masuk bilik mana.. tp jangan risau mana2 bilik pun ada pro n cons.. yakin pada diri sendiri jer macam iklan dynars pulokk,hihi

4. bahasa : boleh  guna either BM or BI..  biasanya tengok pada bahasa yg diguna oleh penemuduga, kalau dia tanya bm jawab lah guna BM, kalau tanya BI jawab BI..

ataupun kalau kita lebih yakin nak guna mana2 bahasa boleh mintak izin dulu "may i speak in english?" atau "boleh saya bercakap guna bahasa melayu?"

sebelum masuk bilik tu ketuk pintu dulu, pastu greeting assalamualaikum atau selamat pagi.. dan mintak izin duduk.. yang paling penting senyum ikhlas.. tau senyum ikhlas?

5. soalan :
    - buat siap2 skrip tuk meperkenalkan diri sendiri, boleh cari contoh skrip terbaik kat google, jangan panjang sangat.. 2 minit cukup.. tp jangan plak bawa masuk skrip tu.. tulis n ingat point apa yg kita nak cakap.. guideline saja.. x perlu hafal pun.. ni nak mengelakkan kita dari terkial-kial nak cakap nanti.. tiba2 gabra sampai nama sendiri pun boleh tersasul

antara soalan favourite lain2

- kenapa pilih optometri?

- apa itu optometri @ optometrist?

- apa beza optician, optometri n oftalmologi? (paling penting kena tahu)

- kemana hala tuju selepas habis blajar?

- kelebihan diri dan apa manfaat kita dapat daripadanya

- kelemahan diri n apa kita buat tuk atasinya

- dia akan bagi satu situasi.. pastu bagaimana kita nak handle situasi tu?

- makna teamwork pada kita?

ni antara soalan yg biasa ditanya, tak semestinya semua tu akan ditanya dan ada juga soalan2 lain lagi..

untuk soalan2 atas tu mohon cari jawapan sendiri, kena usaha lebih dari awal2 ni.. dah berjaya masuk optometri nanti lagi berkali ganda kena usaha n kerja keras..

harap2 membantu la serba sikit ye.. yg paling penting kena konfiden dan bersedia.. doa banyak2

kalau betul betul minat bidang ni memang bagus lah.. buat masa sekarang senang dapat keje, gaji pun lumayan.. stakat ni belum ada lagi optom yg menganggur.. biasanya sebelum exam final year lagi dah ramai company yg datang cop tuk kerja ngan diorang.. 

akak doakan urusan adik dipermudahkan.. 

semoga berjaya

insyaAllah lulus IV nanti bgtau ya, nt akak bagi tips belajar opto pulak



No comments:

Post a Comment