Followers

Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Sunday, 2 October 2016

salam maal hijrah


bersamaan tahun 2016M

juga
selamat hari lahir untuk saya 1 muharam

Ya Allah
ampunilah dosa-dosaku, ibubapaku, keluargaku, guru2ku, kawan2ku dan semua muslimin n muslimat
berkatilah apa yg kami lakukan pada tahun yg lepas
dan rahmatilah kami pada tahun yang mendatang
murahkanlah rezeki dan limpahkanlah rahmatmu ke atas kami
jauhkanlah segala musibah dan bala bencana ke atas kami
ya rahman ya rahim
selamatkan dan berilah kemenangan ke atas umat islam di gaza, palestin dan syria serta umat islam sluruh dunia
mereka sentiasa diuji terutamanya di hari kebesaran islam
amin.. ya rab al amin


ayuhlah kita sama2 berhijrah ke arah yg lebih baik

=)

Wednesday, 10 August 2016

baru dua tahun jagung


kalau setahun boleh la sebut setahun jagung

ni dah dua tahun 
tu yang jadi dua tahun jagung
rosak peribahasa tuk nenek
maaf yer cikgu BM..hehehe

ya.. baru dua tahun  officially jadi optometrist

kadang-kadang rasa macam lama sangat dah keje
kadang2 rasa apasal la macam budak baru belajar ni
banyak benda tak tau

sepanjang tempoh keje ni
memang banyak dah pengalaman di timba
tapi masih belum mencukupi
sentiasa jer ada jenis kes, penyakit, situasi n keadaan baru yang kena berdepan
terpaksa mintak tunjuk ajar dari otai2 berpengalaman

seriously masa belajar dulu rasa hebat sangat dah
semua exam lulus dengan jayanya

tapi tu dulu lah

sekarang baru sedar diri

teori dan prktikal tu sungguh la berbeza

kes situasi n penyakit adalah sama tapi pesakit lain2
manusia ni kan macam macam ragam
jadi cara approach pun kena la lain

bagi treatment@solution untuk si A.. ok.. berjaya dengan jayanya selesaikan masalah dia

tapi bagi pada si B yang ada masalah sama.. langsung tak menjadi
heran sungguh
kena pulak pikir cara lain
rujuk pada pakar
bukak buku yang tebal tebal tu balik
bincang dalam grup wasap

benda macam ni la orang panggil pengalaman kan?

tu pengalaman handle pesakit@pelanggan

pengalaman handle staf pun boleh tahan jugak mencabar jiwa raga

datang keje sehari esok serik dah tak mau keje pun ada
datang keje untuk punchcard saja pastu mengulorrr pun ad
jenis toyol pun ada..hehehe

baru dua tahun ni.. mendatang belum tau lagi apa ragam boleh jumpa

dah tak payah membebel panjang
 
nah teaser #selftreat gitu
dah penat keje.. kena la reward diri sendiri kan



day trip ke pulau perhentian jer
cerita ni kita up entry lain

****

alhamdulillah
semoga semua rezeki yang saya dapat sebelum ni adalah rezeki yang halal dan diberkati Allah
dan semoga Allah murahkan rezeki saya dan kita semua untuk masa masa akan datang

marilah kita sama sama berusaha dengan lebih gigih.. bekerja lebih kuat untu masa depan yang cemerlang gemilang dan terbilang..

' bekerjalah seolah olah kita nak hidup seribu tahun lagi, tapi jangan lupa beribadatlah seolah olah esok dah kita nak mati'

sama sama kita jaga urusan dunia akhirat ni.. InsyaAllah



p/s.. entry raya tak habis lagi ni

Wednesday, 14 October 2015

salam maal hijrah n selamat hari lahir


bersamaan tahun 2015M

juga
selamat hari lahir untuk saya 1 muharam

Ya Allah
ampunilah dosa-dosaku, ibubapaku, keluargaku, guru2ku, kawan2ku dan semua muslimin n muslimat
berkatilah apa yg kami lakukan pada tahun yg lepas
dan rahmatilah kami pada tahun yang mendatang
murahkanlah rezeki dan limpahkanlah rahmatmu ke atas kami
jauhkanlah segala musibah dan bala bencana ke atas kami
ya rahman ya rahim
selamatkan dan berilah kemenangan ke atas umat islam di gaza, palestin dan syria serta umat islam sluruh dunia
mereka sentiasa diuji terutamanya di hari kebesaran islam
amin.. ya rab al amin


ayuhlah kita sama2 berhijrah ke arah yg lebih baik

=)

Tuesday, 11 August 2015

riang ria raya 2015 part 1



selamat hari raya uolls
biar lambat dari takde langsung
raya kan sebulan
selagi x habis syawal ni
hari-hari pun hari raya..hahaha
 
dah hujung2 raya
nak jugak update entry raya
 walaupun gambar ciput jer ada
kesnya gambar banyak2 yang cun2 cun ker? habis hilang
ntah sape punya keje pun i tak tau
biasa la ramai-ramai camtu
henset ku bukan hansetku jadinya 
merata rata pergi
jadi moh ler kita buat entry dengan saki baki gambar
sebelum hilang kesemuanya..huhu
menu raya haritu buat laksa n laksam kelantan
yang guna kuah lemak tu
laksa tempah ngan Laksa Beris
kuahnya buat sdiri.. my mom yang buat sebenarnya


malam sebelum raya lepas isya' g amik laksa
direct kat kilang dia
tak tau la dia proses camner.. tahan lama tak basi sampai ke petang raya

g tengok sdiri kilang dia
nampak cam bagus n cermat jer proses diorang buat
yakin la sikit nak makan


ramai sangat2 orang yg tempah
cuak jugak malam tu sebab masa cek nama kat senarai tu x jumpa nama saya
oh hoii.. kes naya ni kalau x de 
nak makan apa pagi raya esoknya
last2 jumpa kat senarai satu lagi.. legaaa
sy tempah ni masa awal2 puasa lagi
sebab dia ada kuota brapa tempahan jer shari



packing dalam plastik camtu jer
balik simpan pun biarkan jer dalam plastik tu terbuka sampai pagi esoknya
tutup ngan tudung saji jer.. 
tak tutup kang masuk tikus plak
satu plastik tu 10 kilo
harga rm2.20 sekilo kalau x silap

dah habis cerita laksa
gambar hidangan laksa di pagi raya.. nan hado.. uhuk

***




gambar family yang x cukup korum



mana pernah nak cukup
adik beradik sy 10 orang
setiap tahun ada yang turn beraya rumah mertua
gilir2





mostly tema warna ala2 hijau
tapi dalam gambar nampak biru 
ramai kan tema hijau tahun ni



tu je lar gambar yg ada
cerita di hari raya pertama
gambar jalan2 rumah sedara mara pun nan hado

maaf zahir batin
maafkan saya jika ada tertulis benda yg mengguris hati atau meng'annoying'kan anda semua

kalau rajin esok update lagi

bye..

=)

 


Monday, 10 August 2015

dah setahun

10 ogos 2014 - 10 ogos 2015

cukup setahun bekerja
masih di tempat sama

setahun jagung orang kata.. 
kejap ke lama tu?
tapi kan kalau tanam jagung setahun dah mereput dah tu.. hehehe

dalam masa setahun bekerja macam2 pengalaman n cerita ada
manis pahit masam semua ada

'love ur job'
itu prinsip yg kitorang pegang
so, apa2 hal berlaku pun sentiasa buat yg terbaik
pegang pada etika
jaga nama baik optometrist
supaya pergi mana2 pun orang respek keje kita
bukan respek nak suruh tunduk hormat bila jumpa
tapi biarlah bila sebut optometrist
orang akan terbayang-bayang servis penjagaan mata yang baik

cumanya cabaran keje retail adalah nak 'make money'
jadi, proses bertegang urat ngan sales person akan berlaku
diorang lagi mahal lagi suka
walaupun customer x brapa mampu
last2 berbulan-bulan tak datang ambil spek yg dibuat
kesian makcik/pakcik tu hidup ngan penglihatan kabur
 
**
semalam  pecahkan tabung
setahun menabung tak penuh pun tabungnya
 huhuhu
tapi pecahkan jugak sebab nak beli sesuatu yg diidamkan setahun yg lalu
belum beli tapi dah survey
nanti dah beli sy update sini sekali ngan gambar
baru syok nak menunjuk-nunjuk..
awal2 niat tak baik nak menunjuk-nunjuk..hehehe

takde maknanya
nak kongsi kegembiraanku n simpan memori kat sini jer
tahun depan panjang umur leh wat # throwback
kan kan kan?

 
 
 
=)



Monday, 13 July 2015

selamat hari lahir


yuhuueeww
anybody home??

lamanyer lah x update kat sini.. nasib baik ingat lagi password T.T

ok.. takmo bebel panjang panjang
jom kita terus nyanyi

happy birthday to me~~
happy birthday to me~~
happy birthday to me~~
happy birthday to cik meri~~

ya.. its my birthday uolss..

alhamdulillah
syukur dipanjangkan umur
diberikan kesihatan yang baik
dimurahkan rezeki
semoga 24 tahun yang berlalu tidaklah sia2
semoga Allah memberkati usiaku yg lepas dan merahmati hari2 yang mendatang

kejap jer rasa berlalu.. dah umur 24 dah.. mcam x percaya jer
kalau orang tanya asyik duk ingat umur baru 22.. hoii perasan muda remaja lagi..hihi
sokmo kena kira balik ngan tahun lahir

orang kata makin dekat ngan kiamat makin cepat masa berlalu
tengoklah bulan ramadhan ni.. pejam celik dah nak sampai penghujung dah
tinggal 2 hari jer lagi.. deep inside tu rasa sayu jugak
rasa macam tak fully utilise masa yang diberi
entah apa benda la yang bizi bebenor..
kalau hari cuti tu lagi la rasa x cukup masa..



Wednesday, 19 November 2014

cerita hari jubah pink tudung purple

okay.. lets update about my convo day
my happy day
my sweet day
my PINK day..hehe

mula2 nak memperkenalkan si jubah pink saya

tadaaa



pink.. comelkan?
 lain dari yang lain


ni plak tuan dia ngan jubah pink tu 
cuma sempat amik gambar kat depan ni jer
tu pun brapa keping jer yg ok
yg lain2 mata tido la..
senget la.. blur la..
sebabnya tukang amik gambar dipaksa rela..huhu




bagi ma pulak try pakai
pakai ni pun dipaksa gak.. orang lain langsung takmo pakai
huh.. tak sporting langsung
bukan sokmo pun leh pakai baju ni
sekali seumur hidup je kot 




uwais jer yang sporting



pastu sempat jugak jalan2 dalam aquaria
nasib baik ada amik gambar dalam ni
5 keping jugak beli
mula2 rasa cam membazir 
sebab agak mahal jugak la untuk diriku yg bergaji sikit ni

tapi rasa berbaloi jugak akhirnya
tu jer gambar yang proper sikit
nak harapkan gambar dari kamera sdiri
baik tak payah
familiku bukan jenis yang gila bergambar
i sorang jer yg pantang jumpa kamera





masuk cerita hari konvo pulak




beratur nak masuk dewan



kami duk depan skali
suma optorian duk sama sebaris



ada jugak baju oren(fakulti pendidikan) n baju turqoise(fakulti farmasi)
of kos PINK yang paling comel..hehe



hampir2 nak masuk sempat lagi posing


dah masuk dewan
lama plak menunggu nak habiskan sorang2 penerima anugerah profesor
kagum gak la ngan para prof2 ni
bersemangat belajar n wat penyelidikan
memang layak la mereka2 ni.. salute

niat n impian tu ada nak sambung belajar
tapi semangat tu kurang sikit buat masa terdekat ni  
insyaAllah suatu hari nt


officially as UKM's alumni



junior bagi buku ni
satu2nya hadiah yg dibawa balik
baru baca sikit
so inspiring



bantal ni nora n zu bagi
nama dah tinggal sekerat masa dapat tu
tapi bantal ni terpaksa ditinggalkan kat kl
x muat beg nk wat balik
kalau wat balik leh letak lam keta


bunga-bungaan pun kena tinggal gak..huhuhu


belanja gambar throwback satu

2013 vs 2014

2013 kak onat yang konvo..kami g raikan
2014 kami yang konvo..dia datang raikan
sebab ada makwe kesayangan dia.. baju hijau tu

ok tu jer.. nt dah dapat gambar atas pentas i update lagi


next: cerita jalan2 aquaria

Sunday, 9 November 2014

hari jubah pink




teaser hari jubah pink
kalau rajin nanti baru update citer panjang2 sikit.. kalau rajin ler


Saturday, 25 October 2014

tragedi 1 muharram


oh... peringatan apakah ini..

ujian kecik supaya aku tak terleka n lalai
bila kehidupan hari2 smooth jer
mulalah nak jauh darinya yang maha berkuasa

bukan jauh yg macam mana..
ntah la.. x tau nak cakap 
cuma rasa cam sentiasa selamat
'safe n secure' orang kata

tambah2 duk umah sdiri ngan family
kalu duk sorang2 jauh ngan family
tahap kebergantungan tu lain sikit

dapat ujian kecik camni 
baru ingat nak istighfar panjang

gesel ngan longkang T.T

='(


harini hari lahir saya dalam tahun islam.. 1 muharram..
dapat hadiah yang cukup bermakna
mungkin akan diingati sekurang-kurangnya untuk setahun mendatang..huhuu

salam maal hijrah n selamat hari lahir


bersamaan tahun 2014M

juga
selamat hari lahir untuk saya 1 muharam

Ya Allah
ampunilah dosa-dosaku, ibubapaku, keluargaku, guru2ku, kawan2ku dan semua muslimin n muslimat
berkatilah apa yg kami lakukan pada tahun yg lepas
dan rahmatilah kami pada tahun yang mendatang
murahkanlah rezeki dan limpahkanlah rahmatmu ke atas kami
jauhkanlah segala musibah dan bala bencana ke atas kami
ya rahman ya rahim
selamatkan dan berilah kemenangan ke atas umat islam di gaza, palestin dan syria serta umat islam sluruh dunia
mereka sentiasa diuji terutamanya di hari kebesaran islam
amin.. ya rab al amin


ayuhlah kita sama2 berhijrah ke arah yg lebih baik

=)

Wednesday, 10 September 2014

::WW:: sebelum dan selepas




SEBELUM



SELEPAS


=]


Tuesday, 9 September 2014

sidang ke 5




tarikh konvo dah kluar
wooohooo
teruja ooi teruja

sidang ke 5
nasib baik belah pagi
x kelam kabut sangat nanti
pastu ada banyak masa nak amik gambar pas kuar dewan tu
amik gambar adalah perkara yg paling penting..hehehe


=]



Sunday, 31 August 2014

selamat hari merdeka ~ di sini lahirnya sebuah cinta




selamat hari merdeka ke 57



lama betul dah tak update kat sini
'terjajah' dek rasa malas..hehe
banyak nak kongsi kat sini sebenarnya

pengalaman baru di alam kerjaya yang macam2 perasaan ada
teruja, bersemangat, dilema n so on..


=]



Wednesday, 25 September 2013

kembali



saya dah kembali
lama betul dah x menulis kat sini
tapi saya sentiasa ada sbgai silent reader..hehe

x tau la kenapa hampir 3 bulan tanpa entry terbaru
cerita banyak yg nk ditulis tapi banyak pulak kekangan
yg utamanya of kos la m_ _ _s, pastu agak bizi n line internet yg x best

oh ya, saya dah final yer student sekarang.. 
final year ngan kebizian memang x dapat dipisahkan kot
hoho.. petang2 memang exhausted sangat2

untuk pljar optometri kat ukm ni
semua benda pun buat masa tahun akhir ni
-klinikal, posting hospital, research FYP n dispensing-
kalau U lain saya x pasti

dan tadi saya baru jumpa supervisor untuk thesis
baru dapat idea dari beliau
so, hanya ada hujung minggu ni jer untuk pulun baca jurnal dan cari tajuk
sebab minggu depan dah kena buat proposal n kena bentang.. gulp..
 Insyaallah sempat kan.. yg penting kena kuat semangat n percaya pada diri sendiri


Ok, bercakap pasal percaya diri sendiri..
 tadi, selain diskus pasal thesis
ada jugak minta pendapat SV(supervisor)  tentang hal2 lain
salah satunya dia cakap final yer student ni harus bawa diri macam 'final yer'
maksudnya kena konfiden, attire kena sesuai, outspoken n macam2 lagi lah
 
bagi saya, tahap konfiden saya untuk berdepan dengan pesakit tu agak bagus la
tapi saya kurang konfiden untuk bercakap kat depan
tapi masih dalam kawalan la
jadi, ni salah satu azam untuk sem ini
'meningkatkan tahap keyakinan diri untuk bercakap' ..hihi
kalau sape2 nak bagi tips dialu-alukan yer


saya harap saya mampu melalui tahun akhir ni dengan jayanya
sentiasa kuat semangat dan motivasi pada setiap hari
mampu menghabiskan semester 1 dan semester 2 dengan lancar
boleh graduate pada tahun depan tanpa halangan
walau apa jua masalah pesakit yg saya jumpa atau siapapun SV yg saya dapat
saya harap saya dapat lakukan yang terbaik
ya.. YAKIN BOLEH
amin.. Insyaallah



=]


Tuesday, 14 May 2013

esok adalah harinya



lama x bersiaran dek pelbagai agenda yg x habis2
x nak tulis panjang2
just nak mintak rakan2 sekalian doakan
semoga saya dan budak opto semua dapat buat yang terbaik untuk exam esok

esok kami ada final klinikal exam untuk sem ni
subjek primary care clinic 1
harap-harap dapat buat yg terbaik lah
~bi taufik wannajah~

gambateh eberibodi




Friday, 26 April 2013

Gila-Gila



tadi saya gi pesta buku antarabangsa kat PWTC
tapi silap timing la
pegi tengah hari masa orang solat jumaat tadi
pffftt.. ramai amat manusia

terutama kat bahagian novel
masing-masing pakat beli novel macam beli goreng pisang panas
x sempat pekerja dia nak susun stok
sampai saya melepas 1 novel yg aim nak beli(ada orang kirim)
sebab dah abis stok
dia kata mungkin esok akan restok
so, esok nak g lagi.. yeaay

novel saya nak beli tu tajuk my precious iris karya melur jelita
terbitan karya seni
kat pesta buku ni karya seni bagi diskaun rm5 untuk setiap novel

tadi sempat beli 1 jer
novel ni



tadi penulis Melur Jelita pun ada kat sana tuk sesi autograph
tapi dia macam x ramah sangat.. ops sorry(mungkin ngan saya je kot)



selain tu, sempat juga sambar 5 majalah Gila-Gila
sebab tu tajuk entry ni gila-gila.. bukan saya yg gila eh
haha



murah jer RM1 sebiji



bukan saya minat sangat pun baca buku ni
tapi saja nak mengimbau nostalgia dulu2
paling last baca rasanya dah lebih 10 tahun kot
zaman kecik2 dulu je baca ni


percaya x kalau saya cakap saya mula belajar membaca guna majalah  ni
sebabnya kat umah sya dulu menimbun segala majalah n komik  ni
penuh almari n rak buku

saya dulu x pernak masuk tadika, terus masuk sekolah darjah satu
memang semua adik bradik saya x de yg tadika
tapi dah besar jadi orang jugak..hehe
so, tukang mengajar kat rumah, kakak2 saya la
masa tu saya teringin sangat nak belajar macam sepupu2 lain yg masuk tadika
nampak macam best je kan gi tadika.. boleh main-main

bahan pembelajaran n pengajaran..cewahh
hanya ada majalah2 macam ni je la
sadiss x?

saya pun x pasti sape tukang beli majalah2 ni suma..
sekarang suma dah x de.. mungkin dibuang atau dibakar kot



=]