Followers

Showing posts with label #iamoptometrist. Show all posts
Showing posts with label #iamoptometrist. Show all posts

Thursday, 18 August 2016

:: cerita kedai spek:: "adik bukan tokse buat, adik susah nak tengok cikgu"



anak pemalas dan anak mempunyai mata malas adalah sesuatu yang berbeza yer.. tindakannya juga berbeza

bulan lepas ada seorang ibu datang bawa anak dia yang darjah satu.. dia bagi tau anak dia MALAS membaca. cikgu pun selalu komplen keje sekolah tak pernah siap.. suruh salin kat papan hitam dia salin separuh jer.

datang cek mata ni pun setelah dipaksa oleh cikgu (alhamdulillah dapat cikgu yang concern).

"adik bukan tokse buat, adik susah nok tengok cikgu" kata adik tu lepas mak dia membebel kata dia malas..

adik ni cakap susah nak tengok cikgu. mungkin dia tak pandai nak bagitahu yang dia sebenarnya kabur@rabun

setelah disoal siasat sikit dan pemeriksaan dilakukan.. tenyata adik ni ada rabun.. sikit je power mata dia R-100 L-150 tapi boleh beri kesan yang agak besar.. tahap penglihatan (VA) mata kiri tak dapat baca tulisan kecik.. terus saya plan rawatan untuk bantu dia.

setelah sebulan pakai spek dan terapi sikit.. 2 hari lepas dia datang buat rawatan susulan.. alhamdulillah ada peningkatan pada penglihatan mata kiri dia. jadi saya mintak dia teruskan sikit lagi terapi.. insyaAllah mata dia boleh pulih hingga tahap terbaik.

Mak dia pun happy dah sikit bila tengok keje sekolah anak dia siap. dia stop terus bagi suplemen.. sebelum ni macam2 vitamin n pil dia beli bagi anak dia makan nak suruh rajin.. pil IQ plus, pil minda cerdas, pil anak bijak.. macam macam la dia sebut.. hehe.. mati2 dia ingat anak dia malas, rupa rupanya mata tak nampak.

bagi saya pulak, ini adalah KEPUASAN.. boleh bantu orang melihat dengan lebih baik memberi satu perasaan yang macam menang pingat emas Olympic (being exaggerate here..kihkih)

esok saya cerita apa itu mata MALAS @ AMBLYOPIA


Wednesday, 10 August 2016

baru dua tahun jagung


kalau setahun boleh la sebut setahun jagung

ni dah dua tahun 
tu yang jadi dua tahun jagung
rosak peribahasa tuk nenek
maaf yer cikgu BM..hehehe

ya.. baru dua tahun  officially jadi optometrist

kadang-kadang rasa macam lama sangat dah keje
kadang2 rasa apasal la macam budak baru belajar ni
banyak benda tak tau

sepanjang tempoh keje ni
memang banyak dah pengalaman di timba
tapi masih belum mencukupi
sentiasa jer ada jenis kes, penyakit, situasi n keadaan baru yang kena berdepan
terpaksa mintak tunjuk ajar dari otai2 berpengalaman

seriously masa belajar dulu rasa hebat sangat dah
semua exam lulus dengan jayanya

tapi tu dulu lah

sekarang baru sedar diri

teori dan prktikal tu sungguh la berbeza

kes situasi n penyakit adalah sama tapi pesakit lain2
manusia ni kan macam macam ragam
jadi cara approach pun kena la lain

bagi treatment@solution untuk si A.. ok.. berjaya dengan jayanya selesaikan masalah dia

tapi bagi pada si B yang ada masalah sama.. langsung tak menjadi
heran sungguh
kena pulak pikir cara lain
rujuk pada pakar
bukak buku yang tebal tebal tu balik
bincang dalam grup wasap

benda macam ni la orang panggil pengalaman kan?

tu pengalaman handle pesakit@pelanggan

pengalaman handle staf pun boleh tahan jugak mencabar jiwa raga

datang keje sehari esok serik dah tak mau keje pun ada
datang keje untuk punchcard saja pastu mengulorrr pun ad
jenis toyol pun ada..hehehe

baru dua tahun ni.. mendatang belum tau lagi apa ragam boleh jumpa

dah tak payah membebel panjang
 
nah teaser #selftreat gitu
dah penat keje.. kena la reward diri sendiri kan



day trip ke pulau perhentian jer
cerita ni kita up entry lain

****

alhamdulillah
semoga semua rezeki yang saya dapat sebelum ni adalah rezeki yang halal dan diberkati Allah
dan semoga Allah murahkan rezeki saya dan kita semua untuk masa masa akan datang

marilah kita sama sama berusaha dengan lebih gigih.. bekerja lebih kuat untu masa depan yang cemerlang gemilang dan terbilang..

' bekerjalah seolah olah kita nak hidup seribu tahun lagi, tapi jangan lupa beribadatlah seolah olah esok dah kita nak mati'

sama sama kita jaga urusan dunia akhirat ni.. InsyaAllah



p/s.. entry raya tak habis lagi ni

Monday, 4 July 2016

:: cerita kedai spek:: larangan menjual kanta lekap 'contact lens' di premis bukan optikal


musim perayaan ni ramai la nak cantik
ramai pakat mai nak beli contact lens warna


kalau tak jelas gambar ni.. klik SINI untuk baca


kanta lekap atau contact lens ni adalah satu alat bantuan perubatan (medical device)

kalau nak pakai ia perlukan pemeriksaan dari pakar
optometrist, oftalmologis atau optisian(yg ada lesen contact lens)

walau ia kosmetik contact lens sekalipun
pemakaian tanpa preskripsi berisiko untuk memudaratkan

setiap contact lens juga perlu dapat kelulusan FDA n KKM juga sebelum boleh dijual

contact lens yang ada kelulusan ni telah dikaji dengan teliti dan selamat untuk digunakan 
tapi wajib dengan pemeriksaan oleh pakar

jadi

kalau yang jual online n pasar n gerai tepi jalan tu SELAMAT ke?

yakin pulak anda pakai sesuatu yg nak dilekat pada mata
pada organ yg cukup penting kat tubuh kita

saya tengok bukan orang biasa jer yg pakai CL jenis camni
yang educated pun ramai pakat duk beli online

info sikit ni:

cornea = mata hitam bulat kita tu
ia adalah satu lapisan yang sangat sensitif
struktur dan fisiologinya sangat kompleks untuk memastikan mata kita melihat dengan baik
dan ia seharusnya transparen
pastu kornea ni ada banyak lapisan

tengok gambar bawah


dan yang paling penting sekali saraf pada kornea ini mempunyai hujung saraf yang terbuka
ini bermaksud ia adalah tersangat sangat sangat sensitif

tak percaya?

cuba sentuh mata hitam masing masing

susah kan n kalau terkena sesuatu pasti sangat sakit kan?

lain kalau untuk mata putih
ia lebih senang n tak sakit kan

kaintannya bila kita pakai contact lens, ia akan lekap direct pada cornea
berlaku kecuaian siki jer, memang akan bagi kesan yang teruk

dan tak semua orang sesuai pakai
nanti saya buat entry lain sapae yang boleh dan tak sesuai pakai contact lens



=)


pada online seller yang jual contact kens sembarangan tu.. anda harus berhati hati..
anda berisiko untuk diambil tindakan atau saman

Friday, 17 June 2016

:: cerita kedai spek :: halau anak keluar rumah


para ibu dan bapa sekalian
halaulah anak anak anda keluar dari rumah 
kejam bunyinya suruh halau

ayat kena gempak baru korang nak baca kan?

halau kat sini maksud dia suruh anak2 keluar dari rumah
waktu petang2 tu
keluar bermain
pijak tanah
tengok pokok hijau
tangkap katak n belalang

cumanya kalau jenis yang kena keluar jauh sikit, ke taman ke contohnya 
make sure lah pantau, kalau kita takde masa
biar ada orang dewasa yang berfikiran waras dan matang tolong tengokkan

jenis rumah yang atas langit pulak
ibu ayah tolong lah cari sedikit masa
pagi2 hujung minggu ke pergilah joging sedut udara segar
paling kurang pun semnggu sekali

banyak manfaatnya


gambar tu kata nak bagi elak anak kita dapat myopia 
bagi lah dia keluar dan bermain

myopia(short-sighted) = rabun jauh 
rabun jauh ialah kabur penglihatan bila tengok jauh
tengok dekat terang..gitu

psikiatrist kanak kanak kata kalau nak anak-anak kita berfikiran luar kotak
elakkan dari memberi terlalu banyak 'kotak' pada meraka

contoh kotak : TV, RADIO, PC, GADGET, SMARTPHONE, MAINAN VIDEO

benda ni kita semua memang dah tau kan boleh efek pada keseluruhan tubuh badan kita

disebabkan saya ni tukang cek mata
jadi saya nak fokus kesan pada mata sahaja yer

untuk pengetahuan ibu2 dan bapa2 semua
organ mata kita ni pembentukan dia tak terhenti masa baby tu lahir jer 
development mata akan berterusan selepas lahir secara berperingkat

masa baby baru2 lahir dia bukan boleh terus melihat jelas macam kita dewasa ni
penglihatan diorang masa ni boleh nampak benda benda dekat jer
jarak sejengkal dari mata diorang
imej yang diorang nampak pun kontras gelap cerah
macam bayang bayang bergerak gitu

sebab tu kita senyum atau agah baby baru lahir dia buat dek jer
lepas sebulan baru boleh nampak detail sikit
time ni bila kita senyum dia pun ikut senyum
dia boleh beza mimik muka kita tu

pastu akan terus berkembang dari dari semasa ke semasa
masa ni la paling crucial
untuk pembentukan saraf mata yang sempurna
ransangan yang cukup adalah sangat penting

sebab tu saya suruh halau anak keluar rumah

macam saya cakap tadi pembentukan mata berperingkat kan?

makin anak kita membesar, kadar keperluan rangsangan pada mata dia makin bertambah

cuba kita bayangkan
kalau mata anak kita tu asyik duk mengadap telefon saja
jaraknya dekat ngan mata
ransangan pada mata dia terhad pada jarak tu
lama lama otak anak kita tu akan anggap keperluan budak ni melihat hanya jarak ni sahaja
jadi otak pun program sistem mata anak kita untuk jarak itu je lah
bila tiba masa nak tengok jauh
dah x boleh

bukan ke kesian jugak diorang kat nanti
kalau setakat rabun masih ok lagi boleh dibantu guna cermin mata

tapi nak lagi teruk
berlaku visual deprivation
kurang rangsangan penglihatan pada anak
mengakibatkan amblyopia atau lazy eye

kalau dapat dikesan awal sebelum critical period 
insyaAllah masih boleh dibantu dengan alat bantuan dan terapi penglihatan
critical period biasanya pada umur 5-6 tahun
kalau dah lebih dari umur ni baru dapat dikesan
makin mencabar untuk kita buat terapi

kalau langsung tak dikesan
ia akan kekal sampai dewasa
silap2 boleh jadi 'penglihatan terhad' low vision

kekadang budak-budak ni dia tak tahu pun yang dia tu kabur
pada anggapan dia, orang lain pun nampak sama ngan dia nampak
ye la dari kecik dia macam tu
tak pernah tengok dengan jelas lagi
takde pengalaman
hidup pun baru sekali ni kan..hehehe

kita ni lah
yang dewasa ni
ibu bapa kena ambik inisiatif bawa anak2 buat saringan mata dan penglihatan
bagi yang takde masalah sekurang kurangnya sekali setahun

macam gigi jugak
kena saringan setiap tahun walaupun tak sakit
cuma pasal gigi tahap awareness ibu bapa dah tinggi
ibu bapa pun dah tau pentinya buat check up gigi
tapi setakat tahu n aware je la kan.. ramai lagi yg x bawak anak jumpa dr. gigi selagi anak tu tak mengadu sakit gigi

untuk saringan mata dan penglihatan
boleh bawak pergi ke mana2 pusat optometrist
cek dengan optometrist
jangan setakat cek guna komputer jer
komputer tu tak leh percaya

buat saringan ni ada tempat perlu bayar ada tempat tak perlu bayar
pandai pandai lah cari kat mana anda suka yer kawasan sekitar tempat tinggal tu
kalau berbayar pun  rasanya takde la sampai beratus ratus

cari tempat yang ada pemeriksaan mata profesional oleh optometrist
jangan tertukar plak optom ngan optician

dah jumpa tu, mintak dia cek detail semua
struktur mata, air mata, kelopak mata, juling dan sebagainya

yang duduk kawasan sekitar lembah klang
boleh g cek mata kat 


KLINIK OPTOMETRI UKM
lokasi : tepi institut penyelidikan perubatan, chow kit, sebelah HKL

Jabatan Optometri,
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur


Klinik Primer : Isnin-Khamis (08.30pg - 4.40ptg)
Klinik Kanta Sentuh : Isnin & Rabu (08.30 - 4.40ptg) Selasa & Kamis ( 2.00ptg - 4.40ptg)
Klinik Penglihatan Binokular : Isnin (9.00pg - 12 tghari)
Klinik Pediatrik : Rabu (9.00pg - 12.00tghari)
Klinik Penglihatan Terhad : Isnin & Kamis (8.30pg - 12.30 tghari)
Untuk temu janji, sila hubungi : 03-92897499 / 03-92897600

cek kat sini percuma jer untuk sesiapa sahaja 
tak kira kanak2 atau dewasa
tapi kena buat appointment dulu lah yer
tempoh menunggu biasanya tak lama pun


=====================================


untuk yang duduk sekitar bachok, kelantan boleh contact saya
nak emel boleh nak call pun boleh 097780523

check up dengan saya pun percuma saja tau


Monday, 23 May 2016

temuduga kemasukan ke program optometri


keputusan UPU dah keluar minggu lepas
patut la ramai duk emel mintak tips temuduga optometri


pertama sekali nak ucapkan tahniah untuk adik2 yang dapat offer optometri..
anda cukup  bertuah..hehe
alhamdulillah

yang sebetulnya rasa tak layak pulak diri ini nak bagi tips

saya sendiri pun tak pernah ada pengalaman kena IV(interview).. tuk masuk opto masa dulu2  takde IV.. just isi UPU online saja

cuma pernah jadi AJK masa hari interview budak2 junior tahun 2014

tips serba ringkas aje lah yer: copy paste jawapan emel2 dari tahun lepas lagi ni.. tak kuasa pulak nak taip balik.. setiap adik2 yg emel dapat jawapan yg sama ya..hehe..

1. pakaian kena formal.. kod 1 
paling utama sopan dan menutup aurat

boleh sy tau adik ni lelaki ke perempuan?

kalau perempuan, boleh pakai make up sikit bagi ceria tapi jangan keterlaluan
kalau lelaki, make sure trim or shave bulu2 kat muka bagi kemas

2. makan : kena makan minum dulu sebelum g iv.. sebab biasanya ramai dan makan masa berjam jam juga nak habiskan sorang2

3. situasi : akan ada beberapa penemuduga.. diorang ni dalam kalangan pensyarah n kakitangan optometri sdiri. ada yang pangkat encik, puan , doktor, prof.. kalau dah tau siapa yg akan temuduga kita, pastikan panggilan tu betul.. paling paling tidak pun panggil lah doktor

tahun lepas dia bahagi kepada beberapa bilik..(tahun ni x pasti la macam mana) ada bilik yg masuk secara grup 4-5 org, ada bilik masuk berdua n ada bilik masuk sorang2.. depend pada nasib adik dapat masuk bilik mana.. tp jangan risau mana2 bilik pun ada pro n cons.. yakin pada diri sendiri jer macam iklan dynars pulokk,hihi

4. bahasa : boleh  guna either BM or BI..  biasanya tengok pada bahasa yg diguna oleh penemuduga, kalau dia tanya bm jawab lah guna BM, kalau tanya BI jawab BI..

ataupun kalau kita lebih yakin nak guna mana2 bahasa boleh mintak izin dulu "may i speak in english?" atau "boleh saya bercakap guna bahasa melayu?"

sebelum masuk bilik tu ketuk pintu dulu, pastu greeting assalamualaikum atau selamat pagi.. dan mintak izin duduk.. yang paling penting senyum ikhlas.. tau senyum ikhlas?

5. soalan :
    - buat siap2 skrip tuk meperkenalkan diri sendiri, boleh cari contoh skrip terbaik kat google, jangan panjang sangat.. 2 minit cukup.. tp jangan plak bawa masuk skrip tu.. tulis n ingat point apa yg kita nak cakap.. guideline saja.. x perlu hafal pun.. ni nak mengelakkan kita dari terkial-kial nak cakap nanti.. tiba2 gabra sampai nama sendiri pun boleh tersasul

antara soalan favourite lain2

- kenapa pilih optometri?

- apa itu optometri @ optometrist?

- apa beza optician, optometri n oftalmologi? (paling penting kena tahu)

- kemana hala tuju selepas habis blajar?

- kelebihan diri dan apa manfaat kita dapat daripadanya

- kelemahan diri n apa kita buat tuk atasinya

- dia akan bagi satu situasi.. pastu bagaimana kita nak handle situasi tu?

- makna teamwork pada kita?

ni antara soalan yg biasa ditanya, tak semestinya semua tu akan ditanya dan ada juga soalan2 lain lagi..

untuk soalan2 atas tu mohon cari jawapan sendiri, kena usaha lebih dari awal2 ni.. dah berjaya masuk optometri nanti lagi berkali ganda kena usaha n kerja keras..

harap2 membantu la serba sikit ye.. yg paling penting kena konfiden dan bersedia.. doa banyak2

kalau betul betul minat bidang ni memang bagus lah.. buat masa sekarang senang dapat keje, gaji pun lumayan.. stakat ni belum ada lagi optom yg menganggur.. biasanya sebelum exam final year lagi dah ramai company yg datang cop tuk kerja ngan diorang.. 

akak doakan urusan adik dipermudahkan.. 

semoga berjaya

insyaAllah lulus IV nanti bgtau ya, nt akak bagi tips belajar opto pulak



Monday, 10 August 2015

dah setahun

10 ogos 2014 - 10 ogos 2015

cukup setahun bekerja
masih di tempat sama

setahun jagung orang kata.. 
kejap ke lama tu?
tapi kan kalau tanam jagung setahun dah mereput dah tu.. hehehe

dalam masa setahun bekerja macam2 pengalaman n cerita ada
manis pahit masam semua ada

'love ur job'
itu prinsip yg kitorang pegang
so, apa2 hal berlaku pun sentiasa buat yg terbaik
pegang pada etika
jaga nama baik optometrist
supaya pergi mana2 pun orang respek keje kita
bukan respek nak suruh tunduk hormat bila jumpa
tapi biarlah bila sebut optometrist
orang akan terbayang-bayang servis penjagaan mata yang baik

cumanya cabaran keje retail adalah nak 'make money'
jadi, proses bertegang urat ngan sales person akan berlaku
diorang lagi mahal lagi suka
walaupun customer x brapa mampu
last2 berbulan-bulan tak datang ambil spek yg dibuat
kesian makcik/pakcik tu hidup ngan penglihatan kabur
 
**
semalam  pecahkan tabung
setahun menabung tak penuh pun tabungnya
 huhuhu
tapi pecahkan jugak sebab nak beli sesuatu yg diidamkan setahun yg lalu
belum beli tapi dah survey
nanti dah beli sy update sini sekali ngan gambar
baru syok nak menunjuk-nunjuk..
awal2 niat tak baik nak menunjuk-nunjuk..hehehe

takde maknanya
nak kongsi kegembiraanku n simpan memori kat sini jer
tahun depan panjang umur leh wat # throwback
kan kan kan?

 
 
 
=)



Tuesday, 2 December 2014

promosi jualan akhir tahun rozaimi optometrist jerteh

SALE! SALE! SALE!


sekarang sedang berlangsung promosi jualan penghabisan akhir tahun kat Rozaimi Optometrist cawangan Jerteh

potongan harga bingkai mencecah 70% untuk bingkai yang terpilih
bingkai berjenama pula dapat separuh harga

memang murah kaw kaw punya

sape nak buat spek or nak tukar spek baru baik datang cepat2

promosi berlangsung dari 15 Nov 2014 hingga 4 jan 2015

lama lagi nak berakhir.. lebih dari sebulan

tapi bingkai yang berkualiti n murah dah makin kurang dah

bingkai yang cantik2 berebut pakat booking dulu.. tunggu dapat bonus baru nak buat spek katanya.. 

takde masalah kalau nak booking dulu tapi kena deposit la sikit..hehe

first come first serve yer


lokasi rozaimi optometrist jerteh ni letaknya betul2 bersebelahan maybank jerteh

tepi jalan besar jerteh tu jer

senang saja nak cari

sederet ngan KFC, 7 eleven, Pustaka seri Intan

5 minit jer dari hentian bas/teksi jerteh

buka Sabtu-Khamis
Jumaat tutup
operasi dari 9.30 pagi hingga 6.30 petang


bingkai kat atas ni harga dari rm30, 40, 50 jer



antara bingkai yang paling laris 
jenama Lee
design terbaru ni


converse budak2 remaja suka
stylo
batang tepi dia tu pelbagai warna


bingkai plastik jenama Paul Frank pun ada
bingkai ni memang besar n tahan lasak
sesuai nak digabung ngan cermin photogrey atau transition
bila tengahari jadi macam spek hitam
kurangkan silau cahaya matahari di samping boleh buat bergaya gak..
awesome kan?



paling saya suka bingkai putih 'off white' ni



sebab tepi ada love..hehe
ada warna lain jugak
hitam n grey





jenama ELLE pun design cun jugak
yang ni lebih feminim
sesuai untuk orang pompuan

tapi ada jugak customer lelaki yang buat spek ni haritu
sebab bentuk dia melengkung kat atas
so, boleh cover bahagian mata atas
lebih selesa nak pakai.. tak payah letak rapat sangat ngan mata



ni rayban gred AA dengan coating CHROMAX
standard design
less sehingga 30% dari harga asal


rayban plastic design


new arrival rayban
dengan corak yang menarik
ada 2 warna
merah n hitam


ada juga larutan(multipurpose solution) jenama pharmasafe 


larutan saline pun ada

PERCUMA!! pemeriksaan mata berkomputer dan khidmat membaikpulih kacamata



berita baik untuk pembaca blog saya
mention nama blog ni
dan anda akan dapat harga istimewa dari saya

kalau nak tanya apa2.. komen kat bawah ni, pastu saya akan bagi nombor wasap untuk senang berhubung

JOM DATANG RAMAI2

=)


*tertakluk terma dan syarat



Wednesday, 19 November 2014

cerita hari jubah pink tudung purple

okay.. lets update about my convo day
my happy day
my sweet day
my PINK day..hehe

mula2 nak memperkenalkan si jubah pink saya

tadaaa



pink.. comelkan?
 lain dari yang lain


ni plak tuan dia ngan jubah pink tu 
cuma sempat amik gambar kat depan ni jer
tu pun brapa keping jer yg ok
yg lain2 mata tido la..
senget la.. blur la..
sebabnya tukang amik gambar dipaksa rela..huhu




bagi ma pulak try pakai
pakai ni pun dipaksa gak.. orang lain langsung takmo pakai
huh.. tak sporting langsung
bukan sokmo pun leh pakai baju ni
sekali seumur hidup je kot 




uwais jer yang sporting



pastu sempat jugak jalan2 dalam aquaria
nasib baik ada amik gambar dalam ni
5 keping jugak beli
mula2 rasa cam membazir 
sebab agak mahal jugak la untuk diriku yg bergaji sikit ni

tapi rasa berbaloi jugak akhirnya
tu jer gambar yang proper sikit
nak harapkan gambar dari kamera sdiri
baik tak payah
familiku bukan jenis yang gila bergambar
i sorang jer yg pantang jumpa kamera





masuk cerita hari konvo pulak




beratur nak masuk dewan



kami duk depan skali
suma optorian duk sama sebaris



ada jugak baju oren(fakulti pendidikan) n baju turqoise(fakulti farmasi)
of kos PINK yang paling comel..hehe



hampir2 nak masuk sempat lagi posing


dah masuk dewan
lama plak menunggu nak habiskan sorang2 penerima anugerah profesor
kagum gak la ngan para prof2 ni
bersemangat belajar n wat penyelidikan
memang layak la mereka2 ni.. salute

niat n impian tu ada nak sambung belajar
tapi semangat tu kurang sikit buat masa terdekat ni  
insyaAllah suatu hari nt


officially as UKM's alumni



junior bagi buku ni
satu2nya hadiah yg dibawa balik
baru baca sikit
so inspiring



bantal ni nora n zu bagi
nama dah tinggal sekerat masa dapat tu
tapi bantal ni terpaksa ditinggalkan kat kl
x muat beg nk wat balik
kalau wat balik leh letak lam keta


bunga-bungaan pun kena tinggal gak..huhuhu


belanja gambar throwback satu

2013 vs 2014

2013 kak onat yang konvo..kami g raikan
2014 kami yang konvo..dia datang raikan
sebab ada makwe kesayangan dia.. baju hijau tu

ok tu jer.. nt dah dapat gambar atas pentas i update lagi


next: cerita jalan2 aquaria