Followers

Thursday, 9 November 2017

Trauma ke fobia


Trying out this mental health score..😑 terbukti memang tengah mengalami post trauma.. Nak dekat full mark tu.. 💯.. Lepas kejadian kena tegur dengan cik Ular senduk haritu.. 

Mula2 ingat tak de kesan apa2 pun.. Buat biasa je..  Sebab bukan teruk sangat pun kejadian..  Cuma terkejut je..  

Kisahnya jumpa cik senduk tu kat tempat keje.. Dalam bilik stor..  Bilik tu tak bersepah pun..  Barang pun tak banyak..  Tak pasti la kenapa dia masuk situ.. 

 Masa jumpa tu waktu tengah hari..  Cuaca memang panas sikit.. Tengah siap2 nak solat zohor..  Otw nak ke toilet tu singgah ler nak ambik penyapu.. nak sapu katak depan pintu.. Tapi baru je pegang penyodok ternampak cam ada benda hitam bergerak..  Betul2 dekat dengan kaki..  Apalagi.. Terus la pecut sambil terloncat-loncat macam tak cukup tanah.. Tapi masa tu was was lagi..  Kot kot perasaan jer lebih lebih..  Maybe just tali ke apa kan..  Cuba masuk balik tengok.. Huhu memang tak de apa pun kat situ.. Pastu intai hujung dinding.. Ommmo ada dia duk menjalar situ..  Memang sah cik ular.. Hitam berkilat n panjang..  Eeeiii seram pulak teringat.. Call JPAM.. Cepat diorang datang tak sampai 10 minit.. Diorang la cakap tu cik senduk..  Lagi la bertambah  meremang habis bulu-bulu roma.. 

Masa kejadian tu memang seriau habis la..  Lepas pada tu memang sambung keje dan aktiviti lain macam biasa je lah..  Takde lah kata sampai terbantut keje lain.. 

Tapi makin hari makin terasa ke'trauma'an tu.. Dalam satu hari tu memang boleh kira la duk terkejut terkejut tersentap.. Tak boleh tengok benda hitam panjang-panjang macam tali or wayar..  terbayang bayang n bunyi benda gerak..  Macam perasaan ada benda bergerak kat kaki n kat belakang..  Padahal tak de apa2 pun.. Nak jalan satu2 tempat pun memang extra survey la..  Kena pastikan betul betul kosong dulu..  Kalau ada benda hitam sampah or daun ke memang terkejut lah..  Satu lagi masuk toilet pun memang trauma habis la..  Kalau tempat2 macam bawah meja or laci yang ada ruang terselit ke memang i dah tak pegi dekat..  Memang intai dulu bawah2 tu.. 

Tak pernah lagi kena trauma sampai macam ni..  Sebelum ni dengar dan baca kisah orang lain je..  Bila orang cerita dia ada trauma pada satu2 benda.. Kita macam 'alah,  benda macam tu pun nak trauma..  Wat rilek dah la'.. Perrggh sekali kena batang hidung sendiri baru tahu langit tu tinggi ke rendah..  

Jadinya apa patut saya buat..?  Dah cuba kawal emosi tu.. Kadang kadang sampai termimpi..  Tambah lagi kalau duk skrol FB/IG.. Tiba tiba terkeluar gambar cik U yang orang post.. Huhuuu..  Memang saya terus block.. Bukan setakat gambar tu je..  dengan orang yang post tu sekali saya unfriend..haha..  Maaf la

Kalau orang zaman dulu..  Diorang akan cakap kena 'badi' ular..  So kena berubat means jumpa bomoh..  Hehehe..  Saya lagi seram nak berbomoh bagai.. 

Kalau zaman moden ni saya rasa ni dipanggil penyakit trauma atau fobia la kan..? 

Harap-harap cepat la ia berakhir.. Sapa ada pengalaman macam ni.. Boleh la kongsi cara nak rawat macam mana.. 

Dari segi emosi dan perasaan je la yang terkesan..  Tak de pulak sampai tak boleh tido @ tak lalu makan ke atau sampai sakit fizikal macam orang cakap kena badi ular tu..  

Kongsi la ye kalau korang ada pengalaman macam ni.. Tq

Bye

Saturday, 7 October 2017

kembalikan semangat kerajinan ku



dah bulan oktober dah kita ni kan
2 bulan lagi tahun baru pulak
pastu buat azam baru
pastu azam nak update blog hari2
pastu jadi cam ni jugaj
sebulan sekali pun payah nak jumpa
hahahaa
maafkan saya

bukan busy pun
keje setiap hari pun macam tu jugak lah
tak pernah2 habis
masa terluang sikit-sikit tu ada je sebenarnya
tapi kemalasan dan kebuntuan nak taip tu lebih banyak..hehe

cerita macam=macam ada nak up dalam ni
sebab dah lama tak bercerita kan
jadi tak tahu nak mula macam mana

betul tau
tangan jadi keras je,, pstu nanti nanti lah mengarang
atau cari USB nak tranfer gambar tak jupa
terus terbantut
atau dah lama tangguh2
dah jadi basi
pun terbantut dah nak cerita
duk je la dalam draf tu senyap2..huuuu

bila dah start menulis
hah..laju jer idea tu
walaupun takde isi apa2..

sebenarnya boleh tergerak hati nak buka ni sebab nak cari resepi puding karamel
lepas tu saja saja buka blog dashboard
tengok statistik
alhamdulillah ada jugak yang singgah
walau dah berkurun takde pape yang terbaru

tengok bahagian komen
perrrghh.. tu dia
banyaknyer komen yang tak approve
bagus dan rajinnya korang datang komen
terima kasih..hehe
  
kesian korang.. susah payah datang komen tapi tak di'approve'
hahahaha

dah..dah approve beberapa yang sempat baca n reply
saya baca one by one
sabaq eh.. jangan merajuk pulak
rajin2 la lagi datang sini 

TQ ye anda semua
<3 <3




=)


p/s: walaupun tak aktif menulis..saya sentiasa jer baca cerita2 korang
silent reader gitu

Thursday, 13 July 2017

~ its my birthday ~


dah berkurun tak update blog
harini merajinkan diri jenguk sini

semata mata sebab nak ucap 
selamat hari lahir untuk diriku yang tersayang ni
hehe



~happy birthday to me~~
~happy birthday to me~~
~happy birthday to me~~
~happy birthday to cik meri~~

ya.. its my birthday uolss..

alhamdulillah
syukur dipanjangkan umur
diberikan kesihatan yang baik
dimurahkan rezeki
semoga 26 tahun yang berlalu tidaklah sia2
semoga Allah memberkati usiaku yg lepas dan merahmati hari2 yang mendatang
amin






happy birthday juga untuk anak sedara ku hok gebu tu

Nurul Izzah Arif
yang ke 18

sila la bersungguh-sungguh belajar molek
jaga diri duk tempat orang
semoga cermerlang hidup di dunia dan di akhirat
amin


Wednesday, 22 March 2017

Lazada Birthday Blogger Contest


BERMULA HARI INI :: 3 hari sahaja LAZADA buat sale besar besaran ~


hari yang ditunggu tunggu telah tiba
dari minggu lepas lagi duk usyar barang yang berkenan
tak sabar sabar nak klik klik..hehehe

tapi disebabkan nak berjimat 
terpaksa pasrahkan diri tunggu hari ini

3 hari sahaja korang
start hari ini 22 sampai 24 mac 2017 je

jangan terlepas peluang pulak yer
kalau ada benda berkenan tu
ni masa yang paling sesuai nak shoppinggg


saya memang suka giler shopping online ni
kebanyakkan barang saya memang akan shopping online

korang pun sama kan? 
haa..mengaku cepat =D


bukan apa uols
kita ni kan keje keluar pagi pagi buta lagi 
kadang2 malam baru balik rumah

cuti pun sehari jer seminggu
yang cuti sehari tu pulak memang banyak keje nak kena setle
masa sehari tu lah nak kemas rumah, basuh kain, melawat orang, nak bercucuk tanam
macam-macam la nak buat

dah tu?
bila masa nak g sopping?

kalau online ni senang..
bila bila masa n di mana jua boleh shopping

paling syok sekali 
shopping sebelum tido
pastu nanti boleh mimpi barang kita beli tu

banyak kali terjadi okeh
nak2 kalau duk usyar saja je tapi tak beli lagi
lagilah kuat dia masuk dalam mimpi
hahaha

kalau online ni saya ada beberapa tempat favourite saya

yang paling saya suka dan kerap membeli adalah LAZADA



KENAPA SAYA SUKA SANGAT LAZADA MALAYSIA?

1. paling utama sekali adalah sebab website ni BESAR..
maksud saya ia adalah ibarat sebuah kedai serbaneka yang besar..
 macam-macam ada
kalau saya ada nak membeli sesuatu..
 tempat pertama yang saya akan cari adalah LAZADA
dan kebanyakkan nya barang yang saya nak tu pasti ada.. 

2. MUDAH.. layout dan design website ni tersusun dan teratur.
 kiranya kalau saya nak mencari sesuatu tu..
 saya dah tahu nak gi bahagian mana
dan setiap kategori tu dia pecahkan lagi untuk lebih spesifik
 jadi kita tak buang masa..
 nak lagi mudah terus saya taip je keyword kat bahagian 'search' kat atas tu
walaupun website dia nampak canggih dan gempak..
 seriously tak loading lama..
 gambar semua cepat jer keluar..
 tu yang saya suka dengan lazada ni..
 masa line internet lembab atau data nak habis pun masih lagi boleh masuk website tu

3. JIMAT DAN BERBALOI BALOI..
 tabiat saya kalau nak membeli satu satu barang mesti saya akan bandingkan 2 perkara ni
 KUALITI dan HARGA..
 sama juga kalau membeli kedai fizikal..
 saya akan pergi survey dulu bebrapa kedai
 baru decide nak membeli kat mana.
 online pun sama..
 saya akan survey dan bandingkan mana yang lebih berbaloi..
setakat hari ini..
 barang2 di lazada paling jimat dan berbaloi..
 kadang2 ada harga yang diletak tinggi sikit dari website lain..
 tapi bila campur postage semua..
 end up akan lagi murah..
 sebab kadang kadang dapat free postage..
 kalau tak pun dapat free gift.. 
paling best saya selalu dapat baucer@kupon  dari LAZADA.,.hehe
blan lepas saya beli vacuum jimat sampai rm60 guna kupon
 #janganjeles



3 BARANG YANG SAYA NAK SANGAT DEKAT LAZADA MALAYSIA NI

3 barang ni adalah antara yang saya selalu usyar dan teringin nak beli
tapi belum sapai masanya..hehe

1. 

dah lama berhajat nak beli tangga
senang nak panjat memanjat kat atas rumah ni

haritu dah tengok kat hardware n pasaraya
tapi kalau beli camaner nak bawak balik
tak muat oii nak sumbat dalam keta

bila difikirkan baik beli online
biar posmen yang hantar
10.50 jer pun postage




2.
ni barang kedua yang saya nak
penting jugak untuk buat kerja simple kat umah ni

baiki kerusi ke
pasang frame kat wall ruang tamu ke
nak DIY apa2 punn senang
saya suka ni sebab dia lengkap satu set semua aksesori dia


 3.

ni sebenarnya wishlist si hemsem boy saya ni.. ahmad uwais
jadi.. automatik la jadi wishlist saya jugakk..huhu

sejak bulan dec thun lepas lagi dia duk menyebut nak basikal
saya ni yang takde masa nak mencari
lagipun kawasan tempat tinggal saya ni tak de tempat jual basikal
kena gi bandar sana.. kubang kerian atau Kota bharu nun
oii.. mak cik tak sempat lagi nak oii

beli on9 pun ok jugak kan
tak perlu nak mengangkut dalam kereta
kita bior jer posmen yang hantar.. setel



atas tu antara 3 barang yang saya nak
sebenarnya banyak lagi barang lain
takpe slow slow kita klik klik..hehe
kalau buat rambang mata..
boleh rabak poket .. T.T



CADANGAN PENAMBAHBAIKAN UNTUK LAZADA MALAYSIA

saya tak tahu nak cadangkan apa. pada saya setakat ni servis yang saya dapat dari lazada memuaskan hati buat masa sekarang

kalau ada kekurangan sikit mungkin dari segi penghantaran barang
kadang kadang lambat sampai
mungkin ni problem pada pihak courier kot

atau pihak lazada boleh wujudkan beberapa pilihan kurier
biar pelanggan yang pilih kurier mana yang dia nak
sebab tempat saya ni tahap ketersampaian kurier ada yg cepat n ada yang lambat servisnyer

dan satu lagi
lazada boleh bagi reward jugak jika customer buat review produk yg dia beli
ni boleh meningkatkan kerajianan customer untuk bagi feedback
jadi senang untuk orang lain nak membeli selepas tu
#sayasukabacareviewsebelumbeli


UCAPAN UNTUK LAZADA MALAYSIA

selamat ulang tahun LAZADA MALAYSIA
semoga akan lebih maju dan berkembang dengan jayanya untuk tahun yang mendatang
supaya makin maju makin banyak la sale n diskaun yang boleh kami dapat..muahahaha

akhir kata

nak buat peringatan sekali lagi ni

CEPATTTTTTT
3 hari sahaja korang
start hari ini 22 sampai 24 mac 2017 je
ni lah masa sesuai kalau ada nak membeli apa2 tu
 jadilah orang yang bijak berbelanja

kalau nak join contest ni pun masih sempat lagi
last sampai 23 mac
sempat lagi nak mengarang
kalau nak join klik jer banner atas sana
hadiah pun lumayan ni kalau menang


HAPPY BIRTHDAY~~
HAPPY BIRTHDAY~~
HAPPY BIRTHDAY LAZADA MALAYSIA~~~~
yang ke 5

=)



Wednesday, 25 January 2017

orang rabun kalau dia tak pakai spek.. automatik telinga pun kurang berfungsi.. kenapa ek?


Image may contain: 1 person, indoor

CERITA ORANG RABUN 😎
.
.

Orang berkaca mata biasanya ada masalah pendengaran sedikit. Sebab doktor kata, telinga dan mata ada kaitan.
.
.

Jom dapatkan pemeriksaan mata percuma di kedai spek Aris Optometrist
.
.

Terima kasih kami ucapkan kepada Puan Romlah dari Pauh 9 kerana sudi memilih Aris Optometrist sebagai Pusat Optometrist anda



*
*
*

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 09-7780523

Atau kunjungi kami di ARIS OPTOMETRIST , tepi kedai makan G-TA dan sederet MAN motor kampong telok, jalan pejabat tanah Bachok Kelantan


#kedai cermin mata bachok, Kelantan
#baiki cermin mata / spek secara percuma
#tempah cermin / spek mata baru
#pemeriksaan tahap kesihatan dan penglihatan mata


mata ~ ke syurga atau neraka??


Image may contain: text

MATA & ISLAM

Dalam Al-Quran ada bercerita pasal mata kerana mata boleh jadi kunci untuk melihat kebesaran Allah namun pada masa yg sama boleh menjadi gerbang maksiat. Oleh itu, Allah berfirman:

"Katakanlah kepada orang laki-laki beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan pelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya."(QS. AN-NUUR [24]:30-31)

Jom ambik masa 3 mnit baca fakta penting mengenai mata supaya kita semua sedar tentang penyakit nombor 2 paling banyak menjadi pnyebab kebutaan.


No automatic alt text available.


Jom ambik masa 3 mnit baca fakta penting mengenai mata supaya kita semua sedar tentang penyakit nombor 2 paling banyak menjadi pnyebab kebutaan.
.
.

Glaukoma

Glaukoma merupakan penyakit mata yang menyebabkan kerosakan pada saraf optik. Saraf optik merupakan laluan yang membawa imej yang dilihat ke otak. Sekiranya tidak dirawat, ianya boleh merosakkan saraf optik secara perlahan-lahan sehingga mengakibatkan kebutaan yang kekal.
.
.

Apa Itu Tekanan Mata

Ia merupakan tekanan dalam bola mata bagi mengekalkan bentuk bola mata. Tahap tekanan normal adalah antara 10-20 mmHg. Tekanan mata diukur dengan menggunakan alat yang dikenali sebagai ‘ tonometer’. Tekanan mata diukur pada setiap sesi pemeriksaan pesakit bagi memantau tahap kawalan glukoma. Tekanan bola mata juga boleh diukur dengan menggunakan peralatan tanpa sentuh seperti ‘air puff’ tonometer dan ianya juga dapat memberi bacaan yang tepat.
.
.

Dapatkan pemeriksaan mata percuma di Aris Optometrist 














*
*
*

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 09-7780523

Atau kunjungi kami di ARIS OPTOMETRIST , tepi kedai makan G-TA dan sederet MAN motor kampong telok, jalan pejabat tanah Bachok Kelantan


#kedai cermin mata bachok, Kelantan
#baiki cermin mata / spek secara percuma
#tempah cermin / spek mata baru
#pemeriksaan tahap kesihatan dan penglihatan mata


😎




Assalamualaikum dan selamat pagi 😎

Image may contain: text
Assalamualaikum dan selamat pagi 😎

Tuesday, 24 January 2017

PRESTASI MENINGKAT


Image may contain: 2 people, people sitting, table and indoor

PRESTASI MENINGKAT 👍
.
.

Nak mengaji, nak baca buku pun dah selesa. Jelas pandangan. Bila memandu terutama pada waktu malam dah tak silau. Paling teruja dapat fokus dengan lebih mudah tanpa masalah pening dan sakit kepala semasa mengajar. Gembira bila prestasi semakin meningkat.
.
.

Alhamdulillah, Cikgu Romahani PUAS HATI 👍
.
.

Terima kasih kami ucapkan kepada Cikgu Romahani dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok kerana yakin dengan perkhidmatan Aris Optometrist dan sudi memilih Aris Optometrist sebagai Pusat Optometrist anda.



*
*
*

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 09-7780523

Atau kunjungi kami di ARIS OPTOMETRIST , tepi kedai makan G-TA dan sederet MAN motor kampong telok, jalan pejabat tanah Bachok Kelantan


#kedai cermin mata bachok, Kelantan
#baiki cermin mata / spek secara percuma
#tempah cermin / spek mata baru
#pemeriksaan tahap kesihatan dan penglihatan mata


TIPS PILIH CERMIN MATA . . BENTUK MUKA BULAT

Image may contain: sunglasses and eyeglasses



TIPS PILIH CERMIN MATA
.
.

BENTUK MUKA BULAT
.
.

Kalau bentuk muka ala-ala tembam sikit ni sesuai memakai jenis cermin mata yang bersegi supaya muka akan nampak tirus dan lebih runcing. Kalau pilih cermin mata yang bulat, tentu akan menjadikan bentuk muka bertambah bulat.
.
.

DAPATKAN BINGKAI SEPARUH HARGA DI ARIS OPTOMETRIST



*
*
*

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 09-7780523

Atau kunjungi kami di ARIS OPTOMETRIST , tepi kedai makan G-TA dan sederet MAN motor kampong telok, jalan pejabat tanah Bachok Kelantan


#kedai cermin mata bachok, Kelantan
#baiki cermin mata / spek secara percuma
#tempah cermin / spek mata baru
#pemeriksaan tahap kesihatan dan penglihatan mata


TIPS PILIH CERMIN MATA . . BENTUK MUKA SEGI EMPAT .


Image may contain: eyeglasses and sunglasses


TIPS PILIH CERMIN MATA
.
.

BENTUK MUKA SEGI EMPAT
.
.

Untuk bentuk muka seperti ini, anda perlu memilih cermin mata yang berbentuk bulat,bujur atau bentuk cay eye. Nampak lebih bergaya. Kalau pilih cermin mata bentuk D, muka akan kelihatan bertambah petak.
.
.

DAPATKAN BINGKAI SEPARUH HARGA DI ARIS OPTOMETRIST



*
*
*

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 09-7780523

Atau kunjungi kami di ARIS OPTOMETRIST , tepi kedai makan G-TA dan sederet MAN motor kampong telok, jalan pejabat tanah Bachok Kelantan


#kedai cermin mata bachok, Kelantan
#baiki cermin mata / spek secara percuma
#tempah cermin / spek mata baru
#pemeriksaan tahap kesihatan dan penglihatan mata


Assalamualaikum dan selamat bekerja 😎


Image may contain: one or more people, text and outdoor

Assalamualaikum dan selamat bekerja 😎

Sama-sama lah kita muhasabah diri. In sha Allah, hidup kita diberkatiNya. Aamiin


Monday, 23 January 2017

MATA CEDERA SELEPAS KEMALANGAN


Image may contain: 1 person, sitting and indoor


MATA CEDERA SELEPAS KEMALANGAN
.

"Selepas ini, saya akan kembali ceria dan boleh menumpukan kepada kerja dan tugasan harian selepas membuat pemeriksaan mata di Aris Optometrist" kata En.Naily
.

Terima kasih kepada En. Naily dari Kg.Nipah kerana sudi memilih Aris Optometrist sebagai Pusat Optometrist anda. Kepuasan anda keutamaan kami 




*
*
*

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 09-7780523

Atau kunjungi kami di ARIS OPTOMETRIST , tepi kedai makan G-TA dan sederet MAN motor kampong telok, jalan pejabat tanah Bachok Kelantan


#kedai cermin mata bachok, Kelantan
#baiki cermin mata / spek secara percuma
#tempah cermin / spek mata baru
#pemeriksaan tahap kesihatan dan penglihatan mata







👍



BAIKI SPEK DI ARIS OPTOMETRIST


Image may contain: 1 person


BAIKI SPEK DI ARIS OPTOMETRIST
.
.

Terima kasih kami ucapkan kepada Encik Nazri Ismail Al-Goloki atau lebih dikenali sebagai Abe Yie, ore sohor PERANTAU BACHOK kerana sudi singgah ke kedai spek Aris Optometrist dan memilih kami sebagai Pusat Optometrist anda. .
.

JOM DAPATKAN BINGKAI SEPARUH HARGA DI ARIS OPTOMETRIST




*
*
*

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 09-7780523

Atau kunjungi kami di ARIS OPTOMETRIST , tepi kedai makan G-TA dan sederet MAN motor kampong telok, jalan pejabat tanah Bachok Kelantan


#kedai cermin mata bachok, Kelantan
#baiki cermin mata / spek secara percuma
#tempah cermin / spek mata baru
#pemeriksaan tahap kesihatan dan penglihatan mata


TIPS PILIH CERMIN MATA . . BENTUK MUKA BUJUR SIRIH


Image may contain: 1 person, sunglasses and eyeglasses



TIPS PILIH CERMIN MATA
.
.

BENTUK MUKA BUJUR SIRIH

Orang yang mempunyai bentuk muka bentuk ini sangat sesuai untuk semua jenis cermin mata. Jadi bolehlah pilih yang mana berkenan yea.
.
.

DAPATKAN BINGKAI SEPARUH HARGA DI ARIS OPTOMETRIST



*
*
*

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 09-7780523

Atau kunjungi kami di ARIS OPTOMETRIST , tepi kedai makan G-TA dan sederet MAN motor kampong telok, jalan pejabat tanah Bachok Kelantan


#kedai cermin mata bachok, Kelantan
#baiki cermin mata / spek secara percuma
#tempah cermin / spek mata baru
#pemeriksaan tahap kesihatan dan penglihatan mata