Followers

Showing posts with label ukm. Show all posts
Showing posts with label ukm. Show all posts

Wednesday, 19 November 2014

cerita hari jubah pink tudung purple

okay.. lets update about my convo day
my happy day
my sweet day
my PINK day..hehe

mula2 nak memperkenalkan si jubah pink saya

tadaaa



pink.. comelkan?
 lain dari yang lain


ni plak tuan dia ngan jubah pink tu 
cuma sempat amik gambar kat depan ni jer
tu pun brapa keping jer yg ok
yg lain2 mata tido la..
senget la.. blur la..
sebabnya tukang amik gambar dipaksa rela..huhu




bagi ma pulak try pakai
pakai ni pun dipaksa gak.. orang lain langsung takmo pakai
huh.. tak sporting langsung
bukan sokmo pun leh pakai baju ni
sekali seumur hidup je kot 




uwais jer yang sporting



pastu sempat jugak jalan2 dalam aquaria
nasib baik ada amik gambar dalam ni
5 keping jugak beli
mula2 rasa cam membazir 
sebab agak mahal jugak la untuk diriku yg bergaji sikit ni

tapi rasa berbaloi jugak akhirnya
tu jer gambar yang proper sikit
nak harapkan gambar dari kamera sdiri
baik tak payah
familiku bukan jenis yang gila bergambar
i sorang jer yg pantang jumpa kamera





masuk cerita hari konvo pulak




beratur nak masuk dewan



kami duk depan skali
suma optorian duk sama sebaris



ada jugak baju oren(fakulti pendidikan) n baju turqoise(fakulti farmasi)
of kos PINK yang paling comel..hehe



hampir2 nak masuk sempat lagi posing


dah masuk dewan
lama plak menunggu nak habiskan sorang2 penerima anugerah profesor
kagum gak la ngan para prof2 ni
bersemangat belajar n wat penyelidikan
memang layak la mereka2 ni.. salute

niat n impian tu ada nak sambung belajar
tapi semangat tu kurang sikit buat masa terdekat ni  
insyaAllah suatu hari nt


officially as UKM's alumni



junior bagi buku ni
satu2nya hadiah yg dibawa balik
baru baca sikit
so inspiring



bantal ni nora n zu bagi
nama dah tinggal sekerat masa dapat tu
tapi bantal ni terpaksa ditinggalkan kat kl
x muat beg nk wat balik
kalau wat balik leh letak lam keta


bunga-bungaan pun kena tinggal gak..huhuhu


belanja gambar throwback satu

2013 vs 2014

2013 kak onat yang konvo..kami g raikan
2014 kami yang konvo..dia datang raikan
sebab ada makwe kesayangan dia.. baju hijau tu

ok tu jer.. nt dah dapat gambar atas pentas i update lagi


next: cerita jalan2 aquaria

Sunday, 9 November 2014

hari jubah pink




teaser hari jubah pink
kalau rajin nanti baru update citer panjang2 sikit.. kalau rajin ler


Monday, 8 September 2014

hari ini di tahun tahun tahun tahun lepas



kemain banyak tahun kat tajuk tu..hehe

kalau setiap 4 tahun yang lepas
hari ini sepatutnya hari bermulanya semester baru
hari yang penuh excited serta semangat yang berkobar-kobar

seperti biasa
di awal semester pasti berazam yang nak studi bersungguh-sungguh
nak jadi lebih baik
x mau buang masa
x mau buat keje n revise last minute

namun,
seperti biasa juga
azam akan tinggal azam
at last benda2 yang sama juga dibuat


tak lupa juga hari ni di tahun4 yang lepas
adalah hari yang homesick melanda
nak recover dari homesick ni makan masa jugak
almaklum ler cuti semester panjang

kalau start semester tu terus busy
cepat la homesick tu hilang
tapi kalau banyak jer masa free
alamatnyer melayan perasaan je lah
paling ketara masa bangun pagi
rasa x boleh terima hakikat yang duk kat kolej sorang2
huhu


tapi tu cerita tahun4 lepas

hari ini di tahun ini dah berbeza
tiada lagi status mahasiswi
dah masuk alam bekerjaya

mencipta n mencari pengalaman baru
yang harus dinikmati n disyukuri



merindui saat2 menjalani latihan klinikal yang penuh memori



merindui penyelia2 n pensyarah2
dalam tegas ada kasih sayang



we-fieee sesambil menunggu pesakit datang
buat bising pastu kena marah..biaseee..
ngehngehngeh


=]



~selamat menempuh semester baru kepada semua yg start sem harini especially optorians ukm kl, kekalkan semangat yang ada sampai akhir~



Wednesday, 4 June 2014

pengalaman temuduga



semalam ada orang search keyword kat atas tu
temuduga optometri ukm

ni mesti adik2 yang nak ditemuduga hari ni ngan esok yang cari ni
temuduga untuk kemasukan pelajar baru sesi depan
(saya kena bertugas pagi2 ni jaga sesi interview..huhuhu)

yup
nak masuk optometri sekarang perlu temuduga dulu
kos kos lain pun kena jugak kot
start untuk sesi depan ni
sebelum-sebelum ni memang x de temuduga

tapi maaf la
x de pengalaman temuduga tu
saya dulu terus isi online upu jer

*
*
*

pengalaman temuduga untuk jadi pelajar optometris x de
pengalaman temuduga  keje optometris ada..hehe


ni cerita 2 minggu lepas ni
terperap lama plak dalam draf
dek kesibukan tulis laporan n tesis



sesi interview ni salah satu aktiviti wajib setiap tahun
untuk karnival hari kerjaya fakulti
so, company2 atau sape2 yg nak cari pekerja akan join sesi ni
bukan optometris jer.. kos lain pun ada

pagi2 pergi kutip borang dulu
pastu duduk isi ramai2



opsss.. macam sesi temuduga lain jer ni
macam temuduga jodoh jer..muahahaha
main2 dulu kat booth company yg belum datang

semua ada 4 company berkaitan ngan kitorang yg join

ada menara optometry
sini lama sangat2 setiap sorang kena
saya kena ngan Cik Nurul, dia orang HR
jadi dia banyak tanya pasal company 
pasal mata ni sikit2 jer



ada optimax eye specialist
ni saya x g temuduga pun
kurang berminat



ada better vision eyecare
kat sini saya kena temuduga ngan boss dia sdri
huhu.. banyak benor soalan datin tu tanya
kering air liur



ada utama optometrist
kat sini paling sempoi
saya orang 1st gi sini
mula-mula g sorang jer
pastu akak tu cakap kita temuduga santai2.. berbual-bual jer
dia nak ramai-ramai temuduga sekaligus pun x pe
so terus g panggil diorang yg lain2


cik syud n cik zety(princess masa dinner opto haritu)



ni plak syarikat untuk kos lain




KPJ group pun ada
tapi x de untuk optometry


sesi temuduga ni x de la formal sangat
x banyak pun diorang tanya yg berkaitan optometry
banyak tanya pasal diri
pasal hobi, minat, impian
personaliti, kelemahan, kelebihan
pasal blog pun cerita masa temuduga tu..hehe

pastu tanya cara handle suatu situasi
customer service, cara handle stress n kemarahan
soalan2 jenis macam tu jer

x de pun tanya pasal result ke
pasal awak pandai ke x pandai.. x de x de

rasanya diorang nak tengok softskills jer
cara komunikasi, teamwork n so on


pastu diorang ada tanya
kalau dapat offer dari KKM atau company lain nanti
nak stay atau nak g ke company tu?
saya jawab jujur jer
kalau dapat offer yg lagi bagus, lagi banyak benefit, gaji lagi banyak
of kos saya akan pegi..hehe
better jujur jer.. x payah nak pura2 sangat
diorang pun dah tau dah.. just nak uji jer tu..hewhew




sama plak outfit haritu ngan gambar resume

=)




p/s: alhamdulilllah dah dapat offer keje dari salah satu company kat atas.. belum decide lagi nak terima ke x sebab dapat kat kuala terengganu.. sy nak keje kelantan..hehe

Monday, 28 April 2014

Awasi mata anak anda! cegah sebelum terlambat



ternampak gambar ni dalam facebook utusan online semalam

biasanya budak-budak kecik ni x akan komplen yg dia x nampak walaupun penglihatan dia kabur
sebabnya pada pemikiran dia penglihatan macam tu adalah normal
maksudnya apa yg dia nampak, dia ingat orang lain pun nampak macam tu
sebab dah sejak dari kecik penglihatan dia memang setakat tu jer

bila dia akan komplen?

biasanya bila start sekolah atau tadika
duduk belakang dan x nampak cikgu tulis kat papan hitam
tapi kadang-kadang x komplen jugak
cikgu yang akan komplen(kalau jenis cikgu yg alert)
atau bila perasan dalam buku yg dia salin x lengkap
atau lambat dapat terima pelajaran


jadi nak bagi pesanan kat ibu-ibu ayah-ayah yg ada anak
terutama anak yang masih kecil
silalah pergi cek mata anak-anak anda

zaman sekarang ni zaman ipad, tablet, games
dan jugak zaman kecik-kecik lagi dah kena sekolah
semua ni boleh bagi kesan pada penglihatan
 overload  pada mata

kalau setakat dapat rabun dan boleh dibetulkan dengan spek mata
x menjadi masalah yang serius

tapi yang kita nak elak sekarang takut terjadi amblyopia atau mata malas
ni antara penyebab utama masalah penglihatan terhad untuk kanak-kanak
perkara ni terjadi sebab x mendapat pemeriksaan atau rawatan awal

kalau nak pemeriksaan percuma secara intensif
maksudnya pemeriksaan menyeluruh tahap penglihatan dan kesihatan mata 
boleh pergi ke klinik optometri UKM KL
 jalan raja muda abdul aziz, KL
berhampiran ngan monorel chow kit n sebelah HKL

buat appointment dulu, call no ni 03-92897499/7600

kalau kanak-kanak normal/dah sekolah/6 tahun ke atas boleh terus masuk klinik primer/klinik biasa

kalau kanak-kanak ada masalah atau sindrom atau istimewa / 5 tahun ke bawah boleh mintak untuk masuk ke klinik khas kanak-kanak(pediatrik)

selain kanak2.. orang dewasa yg nak cek mata pun boleh
call no kat atas tu jugak 
buat appointment dulu 
semua pemeriksaan percuma jer 
untuk siapa sahaja dari bayi sampai orang tua


=) 


p/s : kalau nak contact sy dulu pun boleh, tapi kat emel@FB jer.. no fon x leh nak letak open kat sini.. hehe

Saturday, 12 October 2013

cuci klinik



ramai ke yang dah balik kampung?
yang tengah otw balik atau nak balik kg tu
semoga perjalanan selamat pergi n selamat kembali

saya balik pagi esok..yeayyy

ni nak cerita aktiviti hari ni 
saya n the gang g tolong cuci n kemas2 klinik optometri UKM
klinik ni baru lepas renovate
dah siap tapi belum boleh guna lagi
barang2 belum susun sepenuhnya
mungkin 2 3 minggu lagi dah boleh guna kot
klinik sekarang ni lagi besar dan cantik
dan lebih praktikal saya rasa
nampak moden gitu


ada model x berbayar kat situ



bilik2 pemeriksaan yang lebih cantik




cik nurul sedang lekatkan tag pada frame






fokus sunguh budak2 ni tukar nose pad frame
nose pad lama jadi kuning, mungkin sebab lama duk tersimpan la stor kot masa renovate haritu




lepas mop kotor balik orang pijak..hehehe




buat masa sekarang, pemeriksaan dibuat kat sini
ni makmal untuk tahun 2 n 3 sebenarnya




ruang agak sempit sikit



dah habis gotong royong, layan citer madagascar dalam meeting room



sambil makan pizza hut, upah bersihkan klinik

**


alang-alang dah cakap pasal klinik ni
saya nak jemput la rakan2 blogger n anda2 semua datang cek mata kat sini
percuma jer
kat sini kita cek mata secara menyeluruh
bukan stakat untuk cek rabun jer
mula2 kita cek tahap penglihatan mata jauh ngan dekat
pastu cek ralat refraksi mata atau power mata
pastu cek kesihatan luar mata
dan cek kesihatan saraf mata- bahagian dalam mata


selain tu, ada juga klinik khas untuk 
1)kanta sentuh - kami akan cek parameter mata, pastu tentukan kanta sentuh yg sesuai n ajar bgaimana nak guna/cuci/simpan kanta supaya x de komplikasi
2) pediatrik - untuk kanak2 yg belum pndai membaca @ kanak2 istimewa.. bayi bawah setahun pun boleh
3) penglihatan binokular - untuk orang yg ada masalah ngan penggunaan dua2 mata, juling, nampak double/diplopia n terapi untul masalah mata
4) penglihatan terhad - untuk pesakit yang ada masalah penglihatan terhad/tiada penglihatan, kat sini kami akan cadangkan penggunaan alatan penglihatan terhad yg bersesuaian, eg: kanta pembesar atau teleskop
5) perkhidmatan membuat kacamata 


tau ke kat mana klinik ni?
haa.. mai nak habaq

KLINIK OPTOMETRI UKM
fakulti sains kesihatan, UKM KL
jalan raja muda abdul aziz
50300, kuala lumpur

lokasi nya dekat jer ngan chow kit, monorel chow kit, tepi bangunan IMR dan HKL


sape2 yang berminat nak cek mata boleh hubungi saya
emel ke sitimeri@yahoo.com or pm kat FB
nt saya akan buat appointment untuk anda
senang sikit, datang boleh terus cek mata
x payah nak tunggu lama2


=]