Followers

Showing posts with label ARIS OPTOMETRIST. Show all posts
Showing posts with label ARIS OPTOMETRIST. Show all posts

Thursday, 18 August 2016

:: cerita kedai spek:: "adik bukan tokse buat, adik susah nak tengok cikgu"



anak pemalas dan anak mempunyai mata malas adalah sesuatu yang berbeza yer.. tindakannya juga berbeza

bulan lepas ada seorang ibu datang bawa anak dia yang darjah satu.. dia bagi tau anak dia MALAS membaca. cikgu pun selalu komplen keje sekolah tak pernah siap.. suruh salin kat papan hitam dia salin separuh jer.

datang cek mata ni pun setelah dipaksa oleh cikgu (alhamdulillah dapat cikgu yang concern).

"adik bukan tokse buat, adik susah nok tengok cikgu" kata adik tu lepas mak dia membebel kata dia malas..

adik ni cakap susah nak tengok cikgu. mungkin dia tak pandai nak bagitahu yang dia sebenarnya kabur@rabun

setelah disoal siasat sikit dan pemeriksaan dilakukan.. tenyata adik ni ada rabun.. sikit je power mata dia R-100 L-150 tapi boleh beri kesan yang agak besar.. tahap penglihatan (VA) mata kiri tak dapat baca tulisan kecik.. terus saya plan rawatan untuk bantu dia.

setelah sebulan pakai spek dan terapi sikit.. 2 hari lepas dia datang buat rawatan susulan.. alhamdulillah ada peningkatan pada penglihatan mata kiri dia. jadi saya mintak dia teruskan sikit lagi terapi.. insyaAllah mata dia boleh pulih hingga tahap terbaik.

Mak dia pun happy dah sikit bila tengok keje sekolah anak dia siap. dia stop terus bagi suplemen.. sebelum ni macam2 vitamin n pil dia beli bagi anak dia makan nak suruh rajin.. pil IQ plus, pil minda cerdas, pil anak bijak.. macam macam la dia sebut.. hehe.. mati2 dia ingat anak dia malas, rupa rupanya mata tak nampak.

bagi saya pulak, ini adalah KEPUASAN.. boleh bantu orang melihat dengan lebih baik memberi satu perasaan yang macam menang pingat emas Olympic (being exaggerate here..kihkih)

esok saya cerita apa itu mata MALAS @ AMBLYOPIA


Thursday, 23 June 2016

comelnyaaa sampul raya ni ~ aci tak kalau bagi sampul jer raya nanti


semalam keluar bank nampak ada gerai orang jual sampul raya
mula mula nampak sampul ultramen tu
huish cantik ni
mesti budak2 suka

pastu belek2 nampak pulak
elsa n anna muslimah ni

ommo... kiutnya pakai tudung..haha


1 paket rm1
3 paket rm2

saya beli 3 paket jer
cukuplah untuk anak sedara sndiri jer 13 orang

aci tak kalau bagi sampul saja..kekekeke
kejam mak sedaranya pun

budak2 dapat sampul camni pun dah happy sangat dah
duit dia tak kisah pun




yang lain lain kita guna sampul raya ni saja
tu pun kalau ada lebih

tempah 1500 keping jer haritu
ingat kan tak ramai customer bulan puasa ni

sapa sapa yang nak sampul ni cepat cepat datang sini yer
stok dah tak banyak
siapa cepat dia dapat


ARIS OPTOMETRIST
lokasi : trafik light pejabat tanah, sederet dengan MAN motor

LOT 2523, JALAN PEJABAT TANAH
KAMPUNG TELOK, 16300 BACHOK
KELANTAN
09-7780523

===============================

ADA PROMOSI PAKEJ SEMURAH RM59 JE
SIAP BINGKAI + KANTA

PEMERIKSAAN MATA PROFESIONAL SECARA PERCUMA


sapa rasa nak bergaya ngan spek baru, datang cepat cepat
kang tak sempat siap pulak

aris optometrist satu satunya kedai cermin mata optometrist yang ada di bandar bachok

===============================


eh jap jap
cakap cakap pasal duit raya ni kan

haritu ada la borak ngan sorang hamba Allah ni

dia kata pening pikir pasal duit raya ni
nak bagi berapa kat budak2
budget ada sikit jer

malu nak letak sikit kat dalam angpau 

krik krik krik

ter `silent moment' jap saya
tak tau nak komen apa

dah kenapa nak malu?
apa tujuan sebenar bagi duit raya tu?
nak menunjuk nunjuk ke?
segan takut orang mengata ke?

bagi duit raya ni dah jadi macam satu tradisi kita musim raya
tapi ia bukan benda WAJIB
kalau tak bagi pun tak apa

kalau kita berkemampuan bagi lah seadanya
niat ikhlas sedekah pada budak2

tak perlu nak ikut orang
atau nak bersaing sapa bagi lagi banyak

ini sampai pening kepala dia pikir
dah jadi satu beban pulak
saya cakap bagi apa yg ada ajelah
nak malu apanya
takut nanti jadi tak ikhlas memberi,, sia sia jer
duit habis pahala pun tak dapat


lagi satu nak pesan..
ibu ibu n bapak bapak sekalian
kalau orang bagi angpau kat anak2 tu
tak payah la sibuk sibuk nak tau rm brapa

ni idok.. depan depan orang dia dah bukak
kalau sikit isi dalam
dimengata nyer pulok
" kita bagi rm10 kat anak dia, dia bagi seringgit jer kat anak kita"
mana tak segan orang tu
dah tu jer kemampuan dia
atau banyak tu jer niat dia nak bagi walaupun duit dia berkepuk-kepuk
kita tak payah pertikaikan

kalau nak selamat
 ibu ayah sekalian kumpul je duit anak tu
di penghujung hari baru kira senyap2
dah tu tak payah sibuk tanya anak anak
orang tu bagi brapa.. orang ni bagi brapa

takut nanti x sama ngan yg kta bagi
timbul rasa tak ikhlas pulak dlam hati

takmo yer takmo


Friday, 17 June 2016

:: cerita kedai spek :: halau anak keluar rumah


para ibu dan bapa sekalian
halaulah anak anak anda keluar dari rumah 
kejam bunyinya suruh halau

ayat kena gempak baru korang nak baca kan?

halau kat sini maksud dia suruh anak2 keluar dari rumah
waktu petang2 tu
keluar bermain
pijak tanah
tengok pokok hijau
tangkap katak n belalang

cumanya kalau jenis yang kena keluar jauh sikit, ke taman ke contohnya 
make sure lah pantau, kalau kita takde masa
biar ada orang dewasa yang berfikiran waras dan matang tolong tengokkan

jenis rumah yang atas langit pulak
ibu ayah tolong lah cari sedikit masa
pagi2 hujung minggu ke pergilah joging sedut udara segar
paling kurang pun semnggu sekali

banyak manfaatnya


gambar tu kata nak bagi elak anak kita dapat myopia 
bagi lah dia keluar dan bermain

myopia(short-sighted) = rabun jauh 
rabun jauh ialah kabur penglihatan bila tengok jauh
tengok dekat terang..gitu

psikiatrist kanak kanak kata kalau nak anak-anak kita berfikiran luar kotak
elakkan dari memberi terlalu banyak 'kotak' pada meraka

contoh kotak : TV, RADIO, PC, GADGET, SMARTPHONE, MAINAN VIDEO

benda ni kita semua memang dah tau kan boleh efek pada keseluruhan tubuh badan kita

disebabkan saya ni tukang cek mata
jadi saya nak fokus kesan pada mata sahaja yer

untuk pengetahuan ibu2 dan bapa2 semua
organ mata kita ni pembentukan dia tak terhenti masa baby tu lahir jer 
development mata akan berterusan selepas lahir secara berperingkat

masa baby baru2 lahir dia bukan boleh terus melihat jelas macam kita dewasa ni
penglihatan diorang masa ni boleh nampak benda benda dekat jer
jarak sejengkal dari mata diorang
imej yang diorang nampak pun kontras gelap cerah
macam bayang bayang bergerak gitu

sebab tu kita senyum atau agah baby baru lahir dia buat dek jer
lepas sebulan baru boleh nampak detail sikit
time ni bila kita senyum dia pun ikut senyum
dia boleh beza mimik muka kita tu

pastu akan terus berkembang dari dari semasa ke semasa
masa ni la paling crucial
untuk pembentukan saraf mata yang sempurna
ransangan yang cukup adalah sangat penting

sebab tu saya suruh halau anak keluar rumah

macam saya cakap tadi pembentukan mata berperingkat kan?

makin anak kita membesar, kadar keperluan rangsangan pada mata dia makin bertambah

cuba kita bayangkan
kalau mata anak kita tu asyik duk mengadap telefon saja
jaraknya dekat ngan mata
ransangan pada mata dia terhad pada jarak tu
lama lama otak anak kita tu akan anggap keperluan budak ni melihat hanya jarak ni sahaja
jadi otak pun program sistem mata anak kita untuk jarak itu je lah
bila tiba masa nak tengok jauh
dah x boleh

bukan ke kesian jugak diorang kat nanti
kalau setakat rabun masih ok lagi boleh dibantu guna cermin mata

tapi nak lagi teruk
berlaku visual deprivation
kurang rangsangan penglihatan pada anak
mengakibatkan amblyopia atau lazy eye

kalau dapat dikesan awal sebelum critical period 
insyaAllah masih boleh dibantu dengan alat bantuan dan terapi penglihatan
critical period biasanya pada umur 5-6 tahun
kalau dah lebih dari umur ni baru dapat dikesan
makin mencabar untuk kita buat terapi

kalau langsung tak dikesan
ia akan kekal sampai dewasa
silap2 boleh jadi 'penglihatan terhad' low vision

kekadang budak-budak ni dia tak tahu pun yang dia tu kabur
pada anggapan dia, orang lain pun nampak sama ngan dia nampak
ye la dari kecik dia macam tu
tak pernah tengok dengan jelas lagi
takde pengalaman
hidup pun baru sekali ni kan..hehehe

kita ni lah
yang dewasa ni
ibu bapa kena ambik inisiatif bawa anak2 buat saringan mata dan penglihatan
bagi yang takde masalah sekurang kurangnya sekali setahun

macam gigi jugak
kena saringan setiap tahun walaupun tak sakit
cuma pasal gigi tahap awareness ibu bapa dah tinggi
ibu bapa pun dah tau pentinya buat check up gigi
tapi setakat tahu n aware je la kan.. ramai lagi yg x bawak anak jumpa dr. gigi selagi anak tu tak mengadu sakit gigi

untuk saringan mata dan penglihatan
boleh bawak pergi ke mana2 pusat optometrist
cek dengan optometrist
jangan setakat cek guna komputer jer
komputer tu tak leh percaya

buat saringan ni ada tempat perlu bayar ada tempat tak perlu bayar
pandai pandai lah cari kat mana anda suka yer kawasan sekitar tempat tinggal tu
kalau berbayar pun  rasanya takde la sampai beratus ratus

cari tempat yang ada pemeriksaan mata profesional oleh optometrist
jangan tertukar plak optom ngan optician

dah jumpa tu, mintak dia cek detail semua
struktur mata, air mata, kelopak mata, juling dan sebagainya

yang duduk kawasan sekitar lembah klang
boleh g cek mata kat 


KLINIK OPTOMETRI UKM
lokasi : tepi institut penyelidikan perubatan, chow kit, sebelah HKL

Jabatan Optometri,
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur


Klinik Primer : Isnin-Khamis (08.30pg - 4.40ptg)
Klinik Kanta Sentuh : Isnin & Rabu (08.30 - 4.40ptg) Selasa & Kamis ( 2.00ptg - 4.40ptg)
Klinik Penglihatan Binokular : Isnin (9.00pg - 12 tghari)
Klinik Pediatrik : Rabu (9.00pg - 12.00tghari)
Klinik Penglihatan Terhad : Isnin & Kamis (8.30pg - 12.30 tghari)
Untuk temu janji, sila hubungi : 03-92897499 / 03-92897600

cek kat sini percuma jer untuk sesiapa sahaja 
tak kira kanak2 atau dewasa
tapi kena buat appointment dulu lah yer
tempoh menunggu biasanya tak lama pun


=====================================


untuk yang duduk sekitar bachok, kelantan boleh contact saya
nak emel boleh nak call pun boleh 097780523

check up dengan saya pun percuma saja tau