Followers

Friday, 17 June 2016

:: cerita kedai spek :: halau anak keluar rumah


para ibu dan bapa sekalian
halaulah anak anak anda keluar dari rumah 
kejam bunyinya suruh halau

ayat kena gempak baru korang nak baca kan?

halau kat sini maksud dia suruh anak2 keluar dari rumah
waktu petang2 tu
keluar bermain
pijak tanah
tengok pokok hijau
tangkap katak n belalang

cumanya kalau jenis yang kena keluar jauh sikit, ke taman ke contohnya 
make sure lah pantau, kalau kita takde masa
biar ada orang dewasa yang berfikiran waras dan matang tolong tengokkan

jenis rumah yang atas langit pulak
ibu ayah tolong lah cari sedikit masa
pagi2 hujung minggu ke pergilah joging sedut udara segar
paling kurang pun semnggu sekali

banyak manfaatnya


gambar tu kata nak bagi elak anak kita dapat myopia 
bagi lah dia keluar dan bermain

myopia(short-sighted) = rabun jauh 
rabun jauh ialah kabur penglihatan bila tengok jauh
tengok dekat terang..gitu

psikiatrist kanak kanak kata kalau nak anak-anak kita berfikiran luar kotak
elakkan dari memberi terlalu banyak 'kotak' pada meraka

contoh kotak : TV, RADIO, PC, GADGET, SMARTPHONE, MAINAN VIDEO

benda ni kita semua memang dah tau kan boleh efek pada keseluruhan tubuh badan kita

disebabkan saya ni tukang cek mata
jadi saya nak fokus kesan pada mata sahaja yer

untuk pengetahuan ibu2 dan bapa2 semua
organ mata kita ni pembentukan dia tak terhenti masa baby tu lahir jer 
development mata akan berterusan selepas lahir secara berperingkat

masa baby baru2 lahir dia bukan boleh terus melihat jelas macam kita dewasa ni
penglihatan diorang masa ni boleh nampak benda benda dekat jer
jarak sejengkal dari mata diorang
imej yang diorang nampak pun kontras gelap cerah
macam bayang bayang bergerak gitu

sebab tu kita senyum atau agah baby baru lahir dia buat dek jer
lepas sebulan baru boleh nampak detail sikit
time ni bila kita senyum dia pun ikut senyum
dia boleh beza mimik muka kita tu

pastu akan terus berkembang dari dari semasa ke semasa
masa ni la paling crucial
untuk pembentukan saraf mata yang sempurna
ransangan yang cukup adalah sangat penting

sebab tu saya suruh halau anak keluar rumah

macam saya cakap tadi pembentukan mata berperingkat kan?

makin anak kita membesar, kadar keperluan rangsangan pada mata dia makin bertambah

cuba kita bayangkan
kalau mata anak kita tu asyik duk mengadap telefon saja
jaraknya dekat ngan mata
ransangan pada mata dia terhad pada jarak tu
lama lama otak anak kita tu akan anggap keperluan budak ni melihat hanya jarak ni sahaja
jadi otak pun program sistem mata anak kita untuk jarak itu je lah
bila tiba masa nak tengok jauh
dah x boleh

bukan ke kesian jugak diorang kat nanti
kalau setakat rabun masih ok lagi boleh dibantu guna cermin mata

tapi nak lagi teruk
berlaku visual deprivation
kurang rangsangan penglihatan pada anak
mengakibatkan amblyopia atau lazy eye

kalau dapat dikesan awal sebelum critical period 
insyaAllah masih boleh dibantu dengan alat bantuan dan terapi penglihatan
critical period biasanya pada umur 5-6 tahun
kalau dah lebih dari umur ni baru dapat dikesan
makin mencabar untuk kita buat terapi

kalau langsung tak dikesan
ia akan kekal sampai dewasa
silap2 boleh jadi 'penglihatan terhad' low vision

kekadang budak-budak ni dia tak tahu pun yang dia tu kabur
pada anggapan dia, orang lain pun nampak sama ngan dia nampak
ye la dari kecik dia macam tu
tak pernah tengok dengan jelas lagi
takde pengalaman
hidup pun baru sekali ni kan..hehehe

kita ni lah
yang dewasa ni
ibu bapa kena ambik inisiatif bawa anak2 buat saringan mata dan penglihatan
bagi yang takde masalah sekurang kurangnya sekali setahun

macam gigi jugak
kena saringan setiap tahun walaupun tak sakit
cuma pasal gigi tahap awareness ibu bapa dah tinggi
ibu bapa pun dah tau pentinya buat check up gigi
tapi setakat tahu n aware je la kan.. ramai lagi yg x bawak anak jumpa dr. gigi selagi anak tu tak mengadu sakit gigi

untuk saringan mata dan penglihatan
boleh bawak pergi ke mana2 pusat optometrist
cek dengan optometrist
jangan setakat cek guna komputer jer
komputer tu tak leh percaya

buat saringan ni ada tempat perlu bayar ada tempat tak perlu bayar
pandai pandai lah cari kat mana anda suka yer kawasan sekitar tempat tinggal tu
kalau berbayar pun  rasanya takde la sampai beratus ratus

cari tempat yang ada pemeriksaan mata profesional oleh optometrist
jangan tertukar plak optom ngan optician

dah jumpa tu, mintak dia cek detail semua
struktur mata, air mata, kelopak mata, juling dan sebagainya

yang duduk kawasan sekitar lembah klang
boleh g cek mata kat 


KLINIK OPTOMETRI UKM
lokasi : tepi institut penyelidikan perubatan, chow kit, sebelah HKL

Jabatan Optometri,
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur


Klinik Primer : Isnin-Khamis (08.30pg - 4.40ptg)
Klinik Kanta Sentuh : Isnin & Rabu (08.30 - 4.40ptg) Selasa & Kamis ( 2.00ptg - 4.40ptg)
Klinik Penglihatan Binokular : Isnin (9.00pg - 12 tghari)
Klinik Pediatrik : Rabu (9.00pg - 12.00tghari)
Klinik Penglihatan Terhad : Isnin & Kamis (8.30pg - 12.30 tghari)
Untuk temu janji, sila hubungi : 03-92897499 / 03-92897600

cek kat sini percuma jer untuk sesiapa sahaja 
tak kira kanak2 atau dewasa
tapi kena buat appointment dulu lah yer
tempoh menunggu biasanya tak lama pun


=====================================


untuk yang duduk sekitar bachok, kelantan boleh contact saya
nak emel boleh nak call pun boleh 097780523

check up dengan saya pun percuma saja tau


1 comment:

  1. Entri yg penuh informasi
    Betul anak sekarang ramai yg rabun dek kerana 'kotak' semua itulah.

    ReplyDelete