Followers

Monday 30 May 2016

sejenis makhluk yang suka tido menempel



 rindu ngan dia ni datang tido menempel.. mintak orang garu garu pelok pelok
sekarang dah jarang dah boleh jumpa
kalau tak jumpa kat rumah
dia datang melawat kat kedai ni

tak pasti la baka apa 
masa kecik dulu punya la pemalas.. keje tido makan je
dah la takde suara..
kalau lapar memang langsung x mengiau
dia just tengokkk n tenunggg je orang makan
suspek memang dia bisu masa tu




 lubang hidung mu menjadi pujaaaaann



sekarang 
dah jadi jaguh kampung
kiranya dialah abang kawasan kat kampung ni
kucing jantan lain memang takut kat dia
kalau dia start mengiau sebatu dah boleh dengar
malam2 selagi x buka pintu bagi masuk memang perit lahh duk dengar dia memanggil
tapi balik sekejap jer
siap makan terus blah
buat rumah kita ni macam hotel x berbayar





dah nak dekat dekat subuh nanti rasa la makhluk berbulu duk menempel kat kaki
silap haribulan konpius hantu ke kucing..muahahaha takutnyer
tapi dah kena beringat ingat
sebab dia suka memancut






masa awal2 dia jadi dewasa aritu
biasalah kan kucing jantan
tak kira tempat dia pancut kencing
kadang kadang kain orang pun kena
selepas kena penampau punggung tu 2 3 bjik insaf agaknya
dah x nampak dah memancut kat atas rumah
tapi kalau luar rumah makin rancak dia tanda kawasan


ada anak kucing baru 2 ekor
dah agak besar jugak
umur dalam 5 bulan ++ kot
asalnya ibu dia ada orang buang dekat ngan rumah
pastu beranak kat bawah rumah
tapi sampai sekarang liar
usahkan nak pegang
nampak orang dari jauh pun dah pecut lari menyorok
padahal hari2 duk jamu makan

No comments:

Post a Comment