Followers

Friday 13 May 2016

menjaga amanah dalam bekerja

AMANAH
perkara paling berat atas dunia ni
bila sebut simple jer satu patah perkataan
tapi maksud dia sangat mendalam
apa yang saya nak bebel harini adlah amanah dalam bekerja
x kira lah keje apa
apabila kita dilantik sebagai pekerja
suka atau x kita kena amanah
amanah pada masa, kualiti kerja, harta benda, duit dan sebgainya
masa
-------
hampir kesemua pekerjaan kat dunia ni ada masa yg tetap untuk bekerja
contoh dari 8 pagi - 5 petang
sepatutnya pukul 8.00 minit .00 saat tu kita dah bersedia tuk bekerja
sebab bermula dari jam tu gaji kita dah berjalan
tapi kalau dah sampai pun lambat
pastu ada hati lagi nak sarapan dulu
pastu mekap pulak
kemudian menyembang
tung tang tung tang
kul brapa baru betul2 buat keje
balik pandai pulak ontime
rasa rasa la kan
upah gaji yang kita terima untuk masa yang kita guna untuk urusan sendiri tu HALAL ke tidak hah?
kalau betul guna untuk masuk mulut sdiri semata mata takpelah
makan lah benda x berkat
benda x halal pun
tak menjadi hal
tapi kalau duit gaji kita tu guna untuk sara keluarga
anak bini mak ayah adik beradik
suap benda x berkat kat anak2
punyalah jaga dari segi khasiat
nak yg baik baik saje
garam gula dikawal
makanan ringan x bagi
tapi x sedar duit yg guna tuk beri makan anak2 tu x halal
memang benda ni kita x nampak sekarang
susah nak nampak ngan mata kasar
satu hari nanti
ya 
satu hari nanti 
kita akan sedar
bilamana anak2 susah nak terima pelajaran
anak jadi orang x berguna
masa tu kita akan reflek balik
adakah sebab perbuatan kita dulu menyebabkan keadaan kita sekarang?
bila dah jadi camtu x guna dah menyesal
orang kata nasi dah jadi bubur
eh tak.. nasi dah jadi basi
kalau bubur still ada guna lagi.. tapi kalau dah basi bagi kat ayam pun depa x makan
bertindaklah sebelum terlambat
Allah s.w.t. pun dah kata
Dia x kan ubah nasib sesuatu kaum tu melainkan kita sendri yang merubahnya
mulai harini tekad dlam diri
doa supaya kita boleh jaga waktu keje kita
dapat keberkatan rezeki kita
mintak Allah jaga kita
insyaAllah

No comments:

Post a Comment