Followers

Tuesday 24 May 2016

::makan makan:: restoran fizow kitchen



2 hari lepas pergi makan kat fizow kitchen
kedai ni baru jer beroperasi beberapa minggu

kat sini tak banyak pun kedai makan best2
kebanyakannya kedai masakan panas
berlambak lambak tepi jalan

bila la bachok ni nak ada makanan best macam kolumpor tu

tapi gambar yg ada blur.. sebab guna kamera hanset cap ayam jer..
tak kuasa nak bawak kamera gabak
orang kat sini lain sikit.. kalau kita duk beria-ia ambik gambar
memang diorang akan tengok jer
pelik ke , jakun ke annoying ke x tau lah
kita plak jadi segan



nama kedai dia.. bukan kedai fizo omar tu
nama jer nak sama



senarai harga



harga standard lah
tak murah dan takdelah mahal sangat



tak terperasan plak ada meatball situ.. kalau nampak awal2 dah order dah
 takde gambar.. ingat side dish biasa jer


air x banyak pilihan
tapi air buah tu memang betul dia guna jus buah bukan cordial

selalu sakit hati bila g makan kedai
kita  order jus buah tapi dibaginya air cordial
harga rm7 - 8 hinggit
order jus oren.. sampainyer air sunquick
grrrr.. baik order air sirap jer kalau camtu

kalau kedai ni memang dia bagi buah betul
cumanya ada beberapa pilihan buah saja je
mungkin akan ditambah lagi kot jenis2 buah lain



saya order air epal
pergghh masamm
tak letak gula langsung kot
hahaha
dah kata nak air buah asli
amik hah..masam
tapi sedap

4.5/5 bintang



budak ahmad uwais pun ikut skali
tak boleh duk diam 




ni sizzling yee mee
nampak agak sedap
ayam seketul seketul besar dia letak
orang lain cakap agak sedap
cuma kurang kena ngan selera saya kot
agak masin sikit kuah dia tu
dah kata mulut ni cerewet bab rasa yg extreme2 ni
pastu mee dia terlalu melekat kat pinggan tu

 jadi saya bagi 2.5/5 bintang saja

saya tengok orang lain makan berselera jer
kena pergi try sendiri
tak sedap bagi saya x semestinya tak sedap tuk anda juga


chicken chop
yang ni sedap.. serius!!
dihidang dalam hot plate panas panas
perghh memikat kalbu betul
ayam lembut n juicy

boleh bagi 4.5 bintang
mungkin boleh up sikit rasa kuah black pepper tu



LOKASI 

(Restoran Fizow Kitchen)
KG Daramain Jalan Perupok,
16300 Bachok Kelantan.


Atas Sikit Selepas Masjid Pantai Damat.Kedai Bersebelahan Kedai Topup di tepi Wakil Avon,sebelah kanan kalau dari Pantai irama sebelum sampai cabang perupok Berhadapan kedai Kuih topi atau Cucur yg diGoreng panas2 tu.Kalau mlm nmpak lampu warna biru tepi jln.
Kalau tak jumpa,call je no ni.
012 9644308 -Fizow

FACEBOOK




#kedai makan best bachok
#chicken chop bachok
#tempat makan bachok
kelantan

2 comments: