Followers

Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Monday, 20 June 2016

jus laici cobaan n dugaan apakah ini???


tadi duk belek keyword 
terjumpa ada orang search jus laici
seingat ingat saya rasanya tak pernah  ada masukkan pasal jus laici kat sini
  
curious la pulak
meh la kita try google tengok entry hat mana yang kuar jus laici
kadang-kadang pelik jugak google ni
kita search lain dia bagi benda lain
nak tau apa yang kuar bila search jus laici?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

ni hah






tergamam sekejap di tengah hari ni
dah ler cuaca panas ting ting


terkono den


tu ler.. gatai tangan sangat nak search
hahaha

tapi takde la terliur bebenor
cumanya mula2 tengok tu
perrrghhhhh ngences ayaq liur


disebabkan saya dah terkena
tak aci la terkena sorang sorang
maka dengan itu saya share kat sini
supaya anda pun terkena
muahahahahaha.. gelak jahat


mintak maaf la kalau anda terliur ye
saje nak suruh segar sikit bijik mata tu
dah petang ni kasi semangat sikit

jangan nak lemau
tau ler hari isnin

kalau rasa tak larat tu bangun basuh muka
exercise sikit regangkan urat

nak gi jalan jalan baca menu berbuka orang lah kejap
seronok tengok menu macam macam masakan homemade
pastu diorang pulak rajin update hari2
siap gambar lagi


till we meet again


=)


Tuesday, 24 May 2016

::makan makan:: restoran fizow kitchen



2 hari lepas pergi makan kat fizow kitchen
kedai ni baru jer beroperasi beberapa minggu

kat sini tak banyak pun kedai makan best2
kebanyakannya kedai masakan panas
berlambak lambak tepi jalan

bila la bachok ni nak ada makanan best macam kolumpor tu

tapi gambar yg ada blur.. sebab guna kamera hanset cap ayam jer..
tak kuasa nak bawak kamera gabak
orang kat sini lain sikit.. kalau kita duk beria-ia ambik gambar
memang diorang akan tengok jer
pelik ke , jakun ke annoying ke x tau lah
kita plak jadi segan



nama kedai dia.. bukan kedai fizo omar tu
nama jer nak sama



senarai harga



harga standard lah
tak murah dan takdelah mahal sangat



tak terperasan plak ada meatball situ.. kalau nampak awal2 dah order dah
 takde gambar.. ingat side dish biasa jer


air x banyak pilihan
tapi air buah tu memang betul dia guna jus buah bukan cordial

selalu sakit hati bila g makan kedai
kita  order jus buah tapi dibaginya air cordial
harga rm7 - 8 hinggit
order jus oren.. sampainyer air sunquick
grrrr.. baik order air sirap jer kalau camtu

kalau kedai ni memang dia bagi buah betul
cumanya ada beberapa pilihan buah saja je
mungkin akan ditambah lagi kot jenis2 buah lain



saya order air epal
pergghh masamm
tak letak gula langsung kot
hahaha
dah kata nak air buah asli
amik hah..masam
tapi sedap

4.5/5 bintang



budak ahmad uwais pun ikut skali
tak boleh duk diam 




ni sizzling yee mee
nampak agak sedap
ayam seketul seketul besar dia letak
orang lain cakap agak sedap
cuma kurang kena ngan selera saya kot
agak masin sikit kuah dia tu
dah kata mulut ni cerewet bab rasa yg extreme2 ni
pastu mee dia terlalu melekat kat pinggan tu

 jadi saya bagi 2.5/5 bintang saja

saya tengok orang lain makan berselera jer
kena pergi try sendiri
tak sedap bagi saya x semestinya tak sedap tuk anda juga


chicken chop
yang ni sedap.. serius!!
dihidang dalam hot plate panas panas
perghh memikat kalbu betul
ayam lembut n juicy

boleh bagi 4.5 bintang
mungkin boleh up sikit rasa kuah black pepper tu



LOKASI 

(Restoran Fizow Kitchen)
KG Daramain Jalan Perupok,
16300 Bachok Kelantan.


Atas Sikit Selepas Masjid Pantai Damat.Kedai Bersebelahan Kedai Topup di tepi Wakil Avon,sebelah kanan kalau dari Pantai irama sebelum sampai cabang perupok Berhadapan kedai Kuih topi atau Cucur yg diGoreng panas2 tu.Kalau mlm nmpak lampu warna biru tepi jln.
Kalau tak jumpa,call je no ni.
012 9644308 -Fizow

FACEBOOK




#kedai makan best bachok
#chicken chop bachok
#tempat makan bachok
kelantan

Monday, 1 September 2014

percubaan buat roti sarang lebah


percubaan pertama buat roti sarang lebah
resepi lupa dah tengok kat blog sape
tapi resepi asalnya dari Lydia honey

rasa dah sedap dah tapi kurang gebu
ketidak sabaran menunggu doh tu naik
sebab masa buat tu dah tengah malam
mata ngantuk nak tido

ingat nak buat lagi
tapi terbantut dah sebab my adik  bawak oven g umah sewa dia
huhu
tunggu gaji nak beli oven baru.. =D



doh yang tak berapa naik
lagipun doh keras sikit
lain kali kena buat doh tu biar lembik 



keras2 pun kejap jer habis
makan masa sarapan


=]

-kalau nak resepi google je la eh.. banyak dah orang letak resepi ni


Friday, 27 June 2014

the sweetest n beautiful night for us.. #havocbistro #17june2014


minggu lepas kitorang buat gathering
kat restoran havoc bistro kampung baru

enjoy our precious time together as a student
sambil2 celebrate habis final paper


restoran ni terletak kat belakang petronas kampung baru
masuk jalan yg kat tepi petronas 
lepas tu akan terus nampak restoran ni

ada macam-macam makanan
masakan panas, makanan arab n western






reasonable price for the foods
berbaloi la dengan portion n kesedapan makanan tu



kami tempah ruang ni
bilik kecik boleh muat kitorang 29 orang
tapi berhimpit sikit la
bilik ni ada aircond



saya tempah air ni
bandung cincau
nampak dalam gambar menu macam best jer
sekali sampai bawah panas atas ais
x sampai 5 minit cair dah suma ais tu
manis jugak
terpaksa mintak ais kosong lebih



air mocktail kat sini best
nama pun pelik2
kat atas tu i miss u kot.. lupa dah



hai hello kitty
bekas isi nama cabutan untuk sesi bertukar-tukar hadiah


gambar makanan sempat amik beberapa jer
yg mana dekat2 ngan saya jer



carbonara seafood.. besttt
semua spageti kat sini sedap
yang bolognese n aglioolio pun sedap..tapi x de pic nak tunjuk



chicken lemon thai 
sos dia terlalu manis untuk saya
kalau orang yg suka manis best la kot



chicken butter.. dengan sos yang cukup berkrim
makanan lemak berkrim ni memang sya suka



lamb mandy



chicken mandy
nasi arab kat sini memang sedap
rasa la ke'arab'an dia tu
portion besar
mencabar jugak la nak menghabiskannya


sambil2 makan kitorang buat sesi bertukar hadiah



ni hadiah yang saya dapat


comel jer bungkusan dia

apa kat dalam?
terus bukak kat situ jugak
x menyabar betul


hiasan ala-ala english
dah selamat jadi hiasan meja kat pejabat kolej..hehe
dalam bilik x de tempat nak letak



bila hanset x de front camera.. ginilah jadinya
separuh je nampak



posing ngan hadiah memasing
happy jer muka
seronok dapat hadiah



ni hadiah nurul
comelnyaaaa



dah habis makan.. bayar la yer
sendiri2 bayar.. xde orang nak sponsor..huhu


amboiii.. sempatlagi tu posing
pantang nampak kamera



kuarkan segala duit2 yang ada



sempena musim bola ni
restoran sediakan skrin besar
dekorasi dalam ni pun tema bola



dari sini boleh nampak klcc
background yg bagus untuk berselfie
x mau la letak gambar selfie
kita tunjuk background jer..hehe



kami duduk bilik yg bercermin kat depan tu
tertutup
so, x kisah nak bising2 pun








our sweets moment together

#17june2014 #opto2014


=)

Thursday, 26 June 2014

::makan-makan:: tempat makan best kampung baru ~ shazana cafe



kedai ni terletak kat bawah bangunan unirazak residence ni
agak tersorok sikit


ni alamat n contact number



antara menu yang ada
harga standard cam kedai2 lain



tom yam seafood
mereka-mereka cakap sedap
saya rasa cam biasa2 jer sebab i dont like tomyam..hehe



kueteow USA kot
ni saya suka sebab x pedas n rasa plain jer
orang lain x suka
depend pada citarasa korang



nasi goreng ayam.. ni pun best
ayam dia lembut jer
kadang2 masakan panas macam ni ayam dia x fresh..keras semacam jer
tapi yg ni ok



nasi goreng cendawan
pun sedap
benda yang rasa plain ni memang saya suka



telur bistik
omakaih.. melimpah-limpah sos
x tau sedap ke tak
lupa nak rasa
diorang makan habis.. sedap la kot



spageti carbonara kat sini sangat best
g la try



nasi goreng special shazana
besar punya pinggan dia



nasi tu dia buat bentuk tower n berlapis-lapis
sekali sampai berebut nak amik gambar.. dah runtuh plak..huhu

servis kat sini ok la
makanan pun cepat jer dia buat walaupun ramai orang

makanan special lain.. mestilah pau
sesuai ler ngan nama kedai



=)