Followers

Showing posts with label pengisian rohani. Show all posts
Showing posts with label pengisian rohani. Show all posts

Friday, 13 May 2016

menjaga amanah dalam bekerja

AMANAH
perkara paling berat atas dunia ni
bila sebut simple jer satu patah perkataan
tapi maksud dia sangat mendalam
apa yang saya nak bebel harini adlah amanah dalam bekerja
x kira lah keje apa
apabila kita dilantik sebagai pekerja
suka atau x kita kena amanah
amanah pada masa, kualiti kerja, harta benda, duit dan sebgainya
masa
-------
hampir kesemua pekerjaan kat dunia ni ada masa yg tetap untuk bekerja
contoh dari 8 pagi - 5 petang
sepatutnya pukul 8.00 minit .00 saat tu kita dah bersedia tuk bekerja
sebab bermula dari jam tu gaji kita dah berjalan
tapi kalau dah sampai pun lambat
pastu ada hati lagi nak sarapan dulu
pastu mekap pulak
kemudian menyembang
tung tang tung tang
kul brapa baru betul2 buat keje
balik pandai pulak ontime
rasa rasa la kan
upah gaji yang kita terima untuk masa yang kita guna untuk urusan sendiri tu HALAL ke tidak hah?
kalau betul guna untuk masuk mulut sdiri semata mata takpelah
makan lah benda x berkat
benda x halal pun
tak menjadi hal
tapi kalau duit gaji kita tu guna untuk sara keluarga
anak bini mak ayah adik beradik
suap benda x berkat kat anak2
punyalah jaga dari segi khasiat
nak yg baik baik saje
garam gula dikawal
makanan ringan x bagi
tapi x sedar duit yg guna tuk beri makan anak2 tu x halal
memang benda ni kita x nampak sekarang
susah nak nampak ngan mata kasar
satu hari nanti
ya 
satu hari nanti 
kita akan sedar
bilamana anak2 susah nak terima pelajaran
anak jadi orang x berguna
masa tu kita akan reflek balik
adakah sebab perbuatan kita dulu menyebabkan keadaan kita sekarang?
bila dah jadi camtu x guna dah menyesal
orang kata nasi dah jadi bubur
eh tak.. nasi dah jadi basi
kalau bubur still ada guna lagi.. tapi kalau dah basi bagi kat ayam pun depa x makan
bertindaklah sebelum terlambat
Allah s.w.t. pun dah kata
Dia x kan ubah nasib sesuatu kaum tu melainkan kita sendri yang merubahnya
mulai harini tekad dlam diri
doa supaya kita boleh jaga waktu keje kita
dapat keberkatan rezeki kita
mintak Allah jaga kita
insyaAllah

Monday, 30 September 2013

tabahnya dia


harini saya nak kongsi cerita yang menyentuh perasaan sikit
dia ni sebenarnya kawan saya masa sekolah rendah
tapi x berapa rapat sangat sebab masa darjah 3
dia lulus ujian PTS kot, lupa dah nama
memang dia seorang yang sangat pandai
so, dia terus boleh langkau ke darjah 5 tanpa masuk darjah 4
pastu memang dah kurang rapat, tapi still cakap2 la

mula2 saya tau cerita ni
masa hari raya puasa ritu dari kawan2 dulu jugak
pastu saya ada terbaca kisah dia kat blog kakak dia
then, jumpa pulak blog dia sdiri

ya, dia sangat kuat dan tabah
ni antara yang dia tulis 


'I might not have the kind of living everyone would envy of but seriously I think I am the luckiest girl on earth in my own opinion. Have you ever imagined how the life of a stage 4 cancer patient would be?and the fact that I could still carry on like this really make me feel glad.It's like God giving me the hardest test but somehow He also eases it for me. I have no idea how long I'll be this lucky but I do not want to think so much about the future. I'll try to be grateful and live my life according to what God has planned for me. It's not easy but somehow it's easier than worrying too much about what might happen in the future.'


kepada yang nak tau lebih lanjut kisah dia boleh terus gi blog dia
nikidznidalila.blogspot.com



kepada idzni, saya doakan awak akan terus kuat dan tabah.. sentiasa dilimpahi rahmat Allah s.w.t..

Saturday, 15 June 2013

najah yg rajin solat



selamat menunaikan solat maghrib semua



gian nak update blog, tapi masa n wifi connection amat mencemburuiku..huhu
tinggal lagi 9 hari tempoh bertapa mengadap nota.. pastu nak g melancong..yeay

ni amik masa jap sambil tunggu maghrib..hehe.. sempat lagi tu ngadap blog




=]

Friday, 29 March 2013

orang yang baik




ya..
kalau org wat x baik kat kita
x payah la nak dendam ke ape
wat serabutkan fikiran jer
maafkan dan terima ngan hati terbuka
fikirkan hikmah di sebaliknya
pasti anda-anda semua akan rasa tenang

kadang2 kita sebagai manusia
memang la akan ada masanya akan rasa marah
tapi cuba lah bersabar
try sehabis baik
yg tinggal saki baki rasa marah tu
lama-lama akan hilang sendiri
Insyaallah..


seperti yg UAI kata tu
lebih baik doakan agar kita x buat benda yg sama kat orang lain
n tambah lagi supaya orang yg buat kat kita tu tak mengalami perkara yang sama yang dia wat kat kita

okeh

hidup mesti happy
baru la comey tomey sokmo

senyummm

=)

Saturday, 16 March 2013

sabar dan maaf



Surah Asy-syuura ayat 42 Firman Allah Taa'la :

"Dalam pada itu (ingatlah) orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya),sesungguhnya yang demikian itu adalah perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)" 




sabar dan maaf adalah 2 benda yang memang sukar nak buat
dalam erti kata nak mengamalkannya

tapi untuk terus sabar dalam kesabaran dan kemaafan lagiiiiii la susah

sabar dan maaf adalah sunnah
nak jadi umat kesayangan kekasih kita Rasulullah s.a.w 
maka, kena lah jadi penyabar dan pemaaf

*
*
*
*
*


kalau orang buat salah kat kita, kita kena sabar dan maaf
tapi, kalau kita buat salah kat orang, kena terus minta maaf tau.. x leh sabar n tangguh2.. takut nt x sempat minta maaf plak.. 

p/s: ingatan untuk diri sendiri, jadilah seorang yang lebih baik hari ini dari semalam.. pertingkatkan akhlak diri.. renung kembali hari2 yang lepas n cari mana salah silap.. pastikan kesalahan n kesilapan sama x berulang.. untuk masa ni, saya akan ambil langkah untuk lebih diamkan diri, takmo dah cakap2 banyak benda yang x berfaedah..

'silent is golden'


=]