Followers

Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Thursday, 30 June 2016

merajinkan diri buat biskut arab



malam tadi merajinkan diri buat biskut arab

dapat sebekas jer
malam buta baru start nak buat
sebab tunggu tengok cerita tv3 tu dulu

11.30 baru mula masuk dapur
nasib baik ada budak rajin ni sorang

sibuk jugak dia nak buat
suruh masuk tido tak nak

'tak boleh tido, keje banyak nak buat biskut ni'.. katanya

amboii dia

tapi konfius.. tolong bagi mudahkan keje ke makin lambat keje
hehehe

kena kemas extra la sikit.. sampai ke atas lantai tepung bertebaran
dah double keje mengemop pulak malam2


bagi la can dia buat

excited lebih budak ni
mulut tu tak berenti bercakap
macam mak nenek

malam ni moh kita try buat tart nenas pulak

petang ni g cari butter seketul


Monday, 20 June 2016

jus laici cobaan n dugaan apakah ini???


tadi duk belek keyword 
terjumpa ada orang search jus laici
seingat ingat saya rasanya tak pernah  ada masukkan pasal jus laici kat sini
  
curious la pulak
meh la kita try google tengok entry hat mana yang kuar jus laici
kadang-kadang pelik jugak google ni
kita search lain dia bagi benda lain
nak tau apa yang kuar bila search jus laici?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

ni hah






tergamam sekejap di tengah hari ni
dah ler cuaca panas ting ting


terkono den


tu ler.. gatai tangan sangat nak search
hahaha

tapi takde la terliur bebenor
cumanya mula2 tengok tu
perrrghhhhh ngences ayaq liur


disebabkan saya dah terkena
tak aci la terkena sorang sorang
maka dengan itu saya share kat sini
supaya anda pun terkena
muahahahahaha.. gelak jahat


mintak maaf la kalau anda terliur ye
saje nak suruh segar sikit bijik mata tu
dah petang ni kasi semangat sikit

jangan nak lemau
tau ler hari isnin

kalau rasa tak larat tu bangun basuh muka
exercise sikit regangkan urat

nak gi jalan jalan baca menu berbuka orang lah kejap
seronok tengok menu macam macam masakan homemade
pastu diorang pulak rajin update hari2
siap gambar lagi


till we meet again


=)


Tuesday, 10 May 2016

masalah betul follow group MAHN (masak apa hari ini) kat fb


sejak sejak follow grup MAHN memang selalu jer bikin masalah
lepas satu satu timbul
nak unfollow kang rugi plak
kecelaruan minda betul

aktif betul grup tu kan
macam macam ragam  orang yang ada

saya tukang baca komen jer
hahaha

yang masalah utama dia adalah
 suka nau bikin viral makanan n resepi yang best2

lepas satu satu
tak nyempat kita nak ikut
aritu tart susu kuali, pastu aiskrim malaysia, pastu kek mango cheese, pehtu donat, karipap pusing

jenis orang selalu pantang macam saya ni memang x boleh lah

pantang tengok..

mudah benor terjebak
hehehe

yang jadi masalah nya nak buat malas
nak beli susah kawasan sini takde jual on9 ni

2 3 hari lepas ramai duk share buat semperit
maybe dah nak dekat raya ramai yg test buat tuk niaga kot

teringin nyer anak tekak cek ni
musim ni mana ada orang buat biskut raya kawsan bachok
nak tunggu raya lambat lagi

jadi moh ler kita cari barang buat sdiri
saya buat ni setengan adunan 
dapat dalam 60 biji
cukup ler sorang2 je pun nak makan













dah bakar jatuh pulak kelopak
resepi kata suruh biar kena angin dulu kejap

saya lepas terap terus bakar
dah malam malam buta.. tak daya nak menunngunyer

rupa x cantik takpe..sdri nak makan 
tapi rasa memang semperit
masa tengah bakar tu pun dah semerbak

feeling bau dia 
hurmmmm tarik nafas dalam dalam
~this is semperitttt~~~~~




=D



Monday, 1 September 2014

percubaan buat roti sarang lebah


percubaan pertama buat roti sarang lebah
resepi lupa dah tengok kat blog sape
tapi resepi asalnya dari Lydia honey

rasa dah sedap dah tapi kurang gebu
ketidak sabaran menunggu doh tu naik
sebab masa buat tu dah tengah malam
mata ngantuk nak tido

ingat nak buat lagi
tapi terbantut dah sebab my adik  bawak oven g umah sewa dia
huhu
tunggu gaji nak beli oven baru.. =D



doh yang tak berapa naik
lagipun doh keras sikit
lain kali kena buat doh tu biar lembik 



keras2 pun kejap jer habis
makan masa sarapan


=]

-kalau nak resepi google je la eh.. banyak dah orang letak resepi ni


Monday, 21 July 2014

coklat bertih beras yang tertangguh



malam tadi merajinkan diri buat bertih beras bercoklat ni
cadangnya nak buat kecik2 letak dalam papercup
tapi x cukup coklat plak
bertih tu tak berapa nak melekat
asyik nak berterabur jer bila letak dalam cup tu
not nice

so, tertangguh la projek biskut raya ku ini

jap lagi nak g beli coklat barang sepapan dua


=)



Monday, 5 May 2014

::masak-masak:: bertih beras bercoklat



teringin nak makan yang orang duk jual kat instagram tu
tapi mahal bebenor

so marilah kita buat sendiri
jimat n boleh buat banyak-banyak



senang jer bahan-bahan dia
coklat cadburry + bertih beras (original atau coklat)


saya guna tu bertih beras coklat n cadburry hazelnut


cara-cara:
coklat tu patahkan kecik2
letak dalam cawan dan rendam dalam air panas (ni sebab saya x de dapur)
kalau nak senang uolss double boil jer coklat tu lagi cepat



letak dulu bertih beras kat bawah
pastu curah la coklat tu



pastu ulang letak beras dan lapis pula coklat
sampai penuh



lastly jadi la camni

*
*

sedapppp sangat
x caye?
tengok budak kat bawah ni makan





khusyuk sangat tu menikmati
sedap bebenor ke biha?





pastu kena rampas ngan orang sebelah yg x tahan tengok dia duk makan sorang2


sampai berebut-rebut hah

x habis lagi berebut

sape yg teringin g la try buat
=)

Monday, 21 October 2013

::resepi:: roti jala yang simple dan sedap ~







masa raya haji haritu saya ada buat rori jala
sebelum subuh dah start menjala sebab nak makan sbelum solat raya
resepi dari my bonda tersayang



bahan2:
1 kg gandum cap 1 malaysia..hihi
1 tin susu cair
2 biji telur
1 jug air.. lupa nak sukat brape liter =)
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning
botol muncung 3


cara2:


masukkan semua bahan2 sekali harung..pastu kacau sebati
ni kerja orang malas.. jangan tiru
kalau boleh, pukul la dulu telur tu, pastu baru masukkan bahan2 satu persatu
masukkan air tu sampai kepekatan yang sesuai
agak2 je la..hehe



tapis untuk hancurkan tepung yang berketul-ketul tu
nak elakkan dari botol tersumbat nt



dah tapis, masukkan dalam botol ni
guna botol ni lagi senang, x de nak tumpah-tumpah masa nak 'menjala' nt




pastu 'jala' lah atas kuali leper
bentuk ikut suka hati nak bulat ke petak ke




dah masak tu.. lipat2 n gulung







tadaa.. dah siap 




pastu g buat kuah nak makan ngan roti jala nih
gulai ke serawa ke.. pape pun boleh


=]

Friday, 24 May 2013

Puding karamel

Puding karamel ni buat guna resepi suka hati..
Bahan2 dia kitorang main campak jer.. Haha
Nk tau ke resepi?
Saya letak je la eh kat sini..

Bahan2
1.telur gred a 5 biji
2. Gula
3. Tepung kastad 1 sudu makan
4. Esen vanilla 1 sudu teh
5. Susu (sy guna susu kotak dutch lady fullcream) 500 ml jer

Cara2
mula2 buat karamel dia, letak 5 sudu gula n 2 sudu air dalam loyang.. Masak sampai cair dan perang.. Pastu sejukkan
Pastu buat pula larutan(err larutan ke?).. Masukkan semua bhan2 kat atas dalam bekas.. Gula letak dalam 4-5 sudu (kalau nk manis tambahkn, kalau nak tawar silalah kurangkan yer).. Pastu kacau-kacau ngan sudu/garfu sampai sebati n gula tu larut.. Jangan sampai berbuih sangat.. Agak2 just nice jer.. Pastu masukkan dalam loyang yg ada karamel yg dah sejuk td.. Last skali boleh kukus sampai masak.. Lupa dah brapa minit kukus..hehe.. Agak2 dah masak. Boleh la angkat n biar sejuk kejap pastu terbalikkan ia dalam bekas lain.. Nt bhagian karamel tu akan ada kat atas.. Letak dalam peti sejuk, then boleh la menikmatinya dengan aman..

Monday, 18 February 2013

kuih yang ku beri nama 'kacang crepe shushi'


kacang hijau yg lebihan dari buat bubur kenduri haritu ada banyak lagi
so, saya pun rajin la nak buat kuih
tapi x fikir nk buat kuih ape
just amik kacang 
separuhnyer
rebus sampai empuk n letak gula jer
pastu masak sampai kering
separuh lagi masak bubur kacang hijau + beras hitam

mula2 ingat nak buat kuih kacang yg celup tepung tu
dah buat dah adunan tepung tu
tapi malas pulak nak goreng sebab dah malam
jadi sumbat la dalam peti dulu skali ngan kacang nyer

esok paginyer plak baru kuarkan
tapi cam malas la plak nk gentel2 bulatkan kacang tu

hmm pikir2
buat je la lempeng n makan ngan kacang camtu jer

masa buat tu
terfikir plak nak buat nipis2 macam buat kulit durian crepe tu
pastu dah siap kulit
rajin plak g tambah kacang n gulung2



so jadi la camni


pastu potong-potong biar sama saiz



make sure guna pisau tajam baru cantik..kalau x jadi camni lah.. macam dipotong ngn gergaji..huhu



ni la rupe dalmnyer lepas dipotong


susun dalam pinggan cantik2 pastu amik gambar.. kata nk letak dalam blog kannn






maka jadilah kuihku yang dinamakan 'KACANG CREPE SHUSHI'


Monday, 4 February 2013

roti ball tom yam