Followers

Showing posts with label uwais. Show all posts
Showing posts with label uwais. Show all posts

Sunday, 3 July 2016

cerita berbuka kat masjid

cerita hari jumaat lepas
majlis berbuka puasa kat masjid kampung saya
sekali buat tahlil arwah


ni anak sedara saya.. AHMAD
pukul 7 jalan kaki berdua jer ngan dia
sebab mak n ayah saya dah pegi dulu dah



kena paksa bawa beg telekung
terkial kial
bukan berat sangat pun



pegang tangan kuat2 nak lintas jalan besar
kereta banyak petang petang


saya sampai tu tengok makanan dah siap hidang atas meja
masakan simple kampung jer
tapi sedap sebab rewang masak ramai ramai


disebabkan dah takde keje kat bawah
kami naik atas join orang tahlil


saya ni dah risau takut ahmad tak duduk diam dalam masjid
suprisingly masa solat maghrib tu boleh dia follow sekali orang solat
tapi bukan lah dari awal sampai habis
cumanya dia boleh behave
tak ganggu orang solat

syabas ahmad
lain kali boleh bawa lagi


Thursday, 30 June 2016

merajinkan diri buat biskut arab



malam tadi merajinkan diri buat biskut arab

dapat sebekas jer
malam buta baru start nak buat
sebab tunggu tengok cerita tv3 tu dulu

11.30 baru mula masuk dapur
nasib baik ada budak rajin ni sorang

sibuk jugak dia nak buat
suruh masuk tido tak nak

'tak boleh tido, keje banyak nak buat biskut ni'.. katanya

amboii dia

tapi konfius.. tolong bagi mudahkan keje ke makin lambat keje
hehehe

kena kemas extra la sikit.. sampai ke atas lantai tepung bertebaran
dah double keje mengemop pulak malam2


bagi la can dia buat

excited lebih budak ni
mulut tu tak berenti bercakap
macam mak nenek

malam ni moh kita try buat tart nenas pulak

petang ni g cari butter seketul


Tuesday, 21 June 2016

cara panjat pokok mulberi


ini budak 2 orang kalau jauh saling merindui

ALI n AHMAD

Ali kalau telefon selalu tanya pasal Ahmad

Ahmad pulak kalau main or makan apa apa selalu sebut nama Ali


tu kalau duduk jauh jauh lah
memang nampak kamcem nau

tapi bila dah jumpa depan mata
2 3 minit jer boleh bertenang
sat lagi ada la yg bertepuk tampar bercekau


ni Ahmad



ni Ali


sekarang Ali n Ahmad nak ajar cara petik mulberi

mula2 kena survey dulu mana buah yang masak
buah masak warna hitam
tapi kalau tak sempat nak masak
yang hijau pun boleh
sebab lagi masam lagi kami suka




tarik batang dia dari bawah sehingga boleh lentur sampai hujung



yang penting kena kerjasama ya
sorang tarik batang sorang lagi kena petik

(buah tak sempat masak lagi.. berebut diorang ni.. huhu)


ok.. kalau tak sampai nak petik
kita juga boleh panjat


letak kaki kat pangkal pokok
cari n pegang dahan atas yang besar


lepas tu gunakan seluruh kekuatan otot otot tangan yang sado tu
panjat la sampai atas
dan petiklah buah yang ada sampai habis

sekian.. hehehe

***


macam ni la budak2 ni kalau duduk ngan saya
saya bior jer nak buat apa pun
nak main pasir ke, batu ke, panjat ke, lompat ke
ikut suka la

tapi of kos lah dengan pemantauan 200% rapi
pandai pandai la pikir mana bahaya kan
ada had nya jugak nak bagi main pun


contoh macam memanjat tu.. orang lain pakat duk larang jangan memanjat nanti jatuh
rugi la kalau tak pandai memanjat 
tambah2 lelaki
pulak tu bukannya tinggi pun

setakat jatuh jarak camtu
 sakit sikit jer..steady lar..haha
cumanya kena extra hati2 sebab ada kerengga n pagar besi

jauhh lebih baik main kat laman dari duk dalam rumah mengadap tv atau telpon
diorang pun lebih happy
n mak mak diorang pun takde la nak menjadi raksasa gorgon tiap masa.. kekeke

tak susah pun nak kontrol
pesan siap siap mana kawasan larangan

tak boleh pegi keluar pagar sampai jalan raya
bunga n tanaman tok ma jangan usik

jadi tak perlu nak marah2 diorang sangat lepas tu

sebab tu saya jadi mok cik favourite
pakat clingy ngan mok cik
semua benda nak mok cik buat
oiii.. mintak n suruh la mak masing masing..

kalau  musim cuti sekolah
memang panjang la ekor saya
ikut jer g mana mana
pantang bergerak sikit
pantang nampak mok cik pakai cantik2
apatah lagi kalau nampak mok cik pegang kunci kereta..huhu

rindunya ngan diorang
tak sabar tunggu minggu depan 



Wednesday, 3 September 2014

::WW:: petani-petani kecil




petani-petani kecil yang sibuk nak main topi
tok ma nak pakai pegi gali ubi stelo@keledek
budak berdua ni sibuk nak main


=]



Wednesday, 11 December 2013

selamat hari lahir Ahmad Uwais 1 tahun n Mok Ba





selamat hari lahir Ahmad Uwais Al-Qarni
semoga membesar jadi anak yang soleh
taat perintah agama,
hormat ummi n abah

semoga sentiasa sihat tubuh badan
semoga sentiasa cerdas akal fikiran

mok cik will always love you forever n ever






selamat hari lahir juga untuk Mok Ba@sobariah
semoga sentiasa sihat n ceria sokmo
semoga cepat kurus..hihi
semoga dimurahkan rezeki
semoga dikurniakan anak-anak secepat yang mungkin
semoga perniagaan bertambah maju


may Allah bless both of you

Friday, 8 March 2013

uwais dan kaysa





dah nak sama besar uwais n kaysa ni
tapi uwais lagi berat la of kos

uwais dah nak 3 bulan
kaysa dah nak masuk 2 bulan

cepat jer besar

dua-dua pun senang nak jaga
x de nak menangis or merengek x memasal

lama lagi baru bleh jumpa budak berdua ni
saya kan x de cuti midsem
so paling cepat boleh balik pun 
lagi 4 bulan
huhu
lamanyaaaaa

=[