Followers

Tuesday, 28 June 2016

Kuih raya ke biskut raya?


ada beza ke kuih raya ngan biskut raya?

kalau kat sini biasanya kami panggil biskut raya
atau lebih tepatnya sekut raya

tapi yang saya perasan mostly belah luar diorang panggil kuih

aritu call mak angkat kat kuala kedah 
dia tanya x buat kuih ke?

saya imagine kuih untuk buka puasa

rupa rupanya dia tanya kuih raya
hahaha
miscommunication betul

tak membuat lagi pun biskut raya

hasrat n keinginan nak membuat tu ada
masa dan kerajianan tu kureng sikit

awal awal puasa aritu nekad dah x nak membeli biskut
dah tempah dah pun 4 balang
cukup lah letak kat rumah 2 kat kedai 2 balang

makin dekat raya ni ramai pulak duk share diorang buat biskut
macam macam jenis
sedap pulak tu nampak
tu yang mengidam nak membuat jugak tuh
dah tu pulak sokmo 'ter'beli barang buat kuih
setiap kali g kedai or pasaraya mesti terambik
mula mula beli tepung, pastu gi lagi beli susu tepung,
pastu terbeli serbuk koko n coklat masakan, pastu tepung jagung n kastad 
barang tuk resepi apa pun tak tau
main beli jer

duk imagine dalam kepala nak membuat biskut tat nenas n biskut arab
biskut favourite tuh

pagi tadi dah beli nenas sebijik
nak buat jem malam karang kalau rajin.. kalaulah rajin hehehe


1 comment:

  1. hahhaha biskut ka kuih ka jnji kita meraya kerepek raya pun ada..selamat menyambut Syawal ya..semoga rajin buat biskut raya hohohoo balik kampung..::)

    ReplyDelete