Tuesday, 10 January 2017

cara cara nak kurangkan penat pada mata semasa bekerja



Image may contain: one or more people and closeup


TIPS PENJAGAAN MATA πŸ˜Ž
.
.

1. Makan makanan mata
– Makan makanan yang mengandungi Vitamin A,C, dan E. Selain itu, makanan yang tinggi dalam cystein dan lechitin seperti bawang putih, bawang merah dan sebagainya mampu melindungi daripada formasi katarak dalam mata.

2. Senaman Mata
– Pertama, gosok kedua tapak tangan kita sehingga rasa panas, lepas tu, letak kedua-dua tangan di atas mata kita masing-masing. Ulang sebanyak 3- 5 kali. Senang bukan ? Kalau boleh ulang lah setiap hari. Paling kurang pun kita buat setiap kali mata kita rasa letih atau sakit.
– Yang kedua, mulakan dengan mata melihat ke atas. Kemudian, pusing mata kita arah jam 10 kali dan arah lawan jam 10 kali.
– Ketiga, ambilkan pen, atau pembaris, atau yang berkaitan. Pegang dan letak di jarak antara mata hingga lengan kita. Fokuskan mata pada pen/objek pilihan. Kemudian, dengan perlahan, gerakkan pen/objek pilihan dekat ke mata, dan perlahan, gerakkan pen itu ke belakang semula. Ulang sebanyak 10 kali.
– Akhir sekali, urut perlahan-lahan di dahi kita hingga ruang antara kening kita. Dan rehatkan mata selama 3-5 minit.

3. Rehatkan mata
Langkah ni sebenarnya mudah sahaja. Yang perlu buat :
1) Tidur secukupnya.
2) Rehatkan mata apabila terlalu lama melihat skrin telefon bimbit, komputer dsb atau terlalu lama membaca. Rehatkan mata sekurang-kurangnya 30 saat setiap 30 minit.
.
.

JOM JAGA MATA KITA. DAPATKAN PEMERIKSAAN MATA PERCUMA DI ARIS OPTOMETRIST πŸ€“


Sebarang pertanyaan boleh hubungi 09-7780523

Atau kunjungi kami di ARIS OPTOMETRIST , tepi kedai makan G-TA dan sederet MAN motor kampong telok, jalan pejabat tanah Bachok Kelantan




No comments:

Post a Comment