Tuesday, 21 June 2016

cara panjat pokok mulberi


ini budak 2 orang kalau jauh saling merindui

ALI n AHMAD

Ali kalau telefon selalu tanya pasal Ahmad

Ahmad pulak kalau main or makan apa apa selalu sebut nama Ali


tu kalau duduk jauh jauh lah
memang nampak kamcem nau

tapi bila dah jumpa depan mata
2 3 minit jer boleh bertenang
sat lagi ada la yg bertepuk tampar bercekau


ni Ahmad



ni Ali


sekarang Ali n Ahmad nak ajar cara petik mulberi

mula2 kena survey dulu mana buah yang masak
buah masak warna hitam
tapi kalau tak sempat nak masak
yang hijau pun boleh
sebab lagi masam lagi kami suka




tarik batang dia dari bawah sehingga boleh lentur sampai hujung



yang penting kena kerjasama ya
sorang tarik batang sorang lagi kena petik

(buah tak sempat masak lagi.. berebut diorang ni.. huhu)


ok.. kalau tak sampai nak petik
kita juga boleh panjat


letak kaki kat pangkal pokok
cari n pegang dahan atas yang besar


lepas tu gunakan seluruh kekuatan otot otot tangan yang sado tu
panjat la sampai atas
dan petiklah buah yang ada sampai habis

sekian.. hehehe

***


macam ni la budak2 ni kalau duduk ngan saya
saya bior jer nak buat apa pun
nak main pasir ke, batu ke, panjat ke, lompat ke
ikut suka la

tapi of kos lah dengan pemantauan 200% rapi
pandai pandai la pikir mana bahaya kan
ada had nya jugak nak bagi main pun


contoh macam memanjat tu.. orang lain pakat duk larang jangan memanjat nanti jatuh
rugi la kalau tak pandai memanjat 
tambah2 lelaki
pulak tu bukannya tinggi pun

setakat jatuh jarak camtu
 sakit sikit jer..steady lar..haha
cumanya kena extra hati2 sebab ada kerengga n pagar besi

jauhh lebih baik main kat laman dari duk dalam rumah mengadap tv atau telpon
diorang pun lebih happy
n mak mak diorang pun takde la nak menjadi raksasa gorgon tiap masa.. kekeke

tak susah pun nak kontrol
pesan siap siap mana kawasan larangan

tak boleh pegi keluar pagar sampai jalan raya
bunga n tanaman tok ma jangan usik

jadi tak perlu nak marah2 diorang sangat lepas tu

sebab tu saya jadi mok cik favourite
pakat clingy ngan mok cik
semua benda nak mok cik buat
oiii.. mintak n suruh la mak masing masing..

kalau  musim cuti sekolah
memang panjang la ekor saya
ikut jer g mana mana
pantang bergerak sikit
pantang nampak mok cik pakai cantik2
apatah lagi kalau nampak mok cik pegang kunci kereta..huhu

rindunya ngan diorang
tak sabar tunggu minggu depan 



No comments:

Post a Comment