Monday, 2 May 2016

apa yang kita tengok




minggu lepas gambar ni viral kat fb
mesti korang pun dah tengok kan?

saya ambik masa lama jugak la nak nampak apa kebenda nya nih
duk skroll komen mat saleh suma cakap dah nampak tp takde pun yg bgtau jawapan
stress tau..

pastu ada kawan share 
siap lukis detail tunjuk
baru lah boleh nampak koboi

sebabnya sy hanya fokus pada warna hitam saja
ada juga cuba kaitkan ngan batang merah kat tepi tu
padahal takde kaitan..haha

pointnya kat sini

tengoklah sesuatu benda tu secara KESELURUHAN
maksud saya dalam kehidupan kita ni
setiap apa kita buat n apa yang berlaku kena ambil kira semua perkara
depan belakang kiri kanan
pro n kons
x kira la nak buat baik ke buat jahat 
yang penting faktor sekeliling kena ambik kira

x boleh ambik sikit2 yg mana kita suka jer

contoh gambar tu lah
sy duk tengok yg sisi hitam tu jer

tak beri perhatian pun bahagian yang putih
padahal kalau tengok yg putih tu lebih senang.. terus boleh nampak kan?

kalau dalam bidang saya pulak
ni di panggil VISUAL PERCEPTION

persepsi penglihatan

macam mana dua dua belah mata kita tengok objek
pastu transfer maklumat ke otak dari setiap mata
dan otak pula bekerja nak camtumkan imej dari mata kiri kanan supaya jadi satu objek
mekanisme dia sangat unik n kompleks
seronok belajar part  ni dulu
kadang-kadang bila berlaku sikit jer gangguan pada proses ni
dah boleh buat kita x mampu guna penglihatan secara optimum

ramai orang ingat bila x nampak tu adalah RABUN semata-mata
sebenarnya banyak lagi penyebab lain yang boleh buat penglihatan kabur
rabun salah satu penyebabnya

tapi kalau anda rabun 
buat masa sekarang cara nak bantu nya adalah kaca mata, kanta sentuh, lasik, pembedan kornea
belum wujud lagi ubat2 yg boleh merawat rabun
jangan nak terpedaya dengan ubat duk jual kat fesbuk tu
kalau betul ubat tu boleh merawat rabun.. dah lama founder dia dapat anugerah 'nobel'
semua tu hasil dari 'dr pakat mata fesbuk' yang claim diorang 'pakar mata anda'
kandungan apa yg diorang guna pun kita x tau
x payah lah terpedaya

pasal mitos, n fakta mengarut dalam fb ni nanti saya cerita lain
di zaman sekarang ni cepat jer mitos mengarut tersebar
harapnya kita sebagai pembeli n pengguna fikir dan kaji lah dulu

bukan setakat eye candy saja
makin banyak plak benda ridiculous yg orang pakat duk jual kat fb

braces lah, ubat peninggi lah, macam2 lah

yang sepatutnya di preskripsi oleh pakar bertauliah

pakar tu pun sebelum dia diiktiraf
dia kena belajar n buat kajian bertahun tahun
kena lulus pro exam dulu sebelum boleh diberi kepercayaan untuk bagi sesuatu treatment
sebabnya benda ni melibatkan manusia
fungsi tubuh badan n nyawa

ni tak.. ntah sapa-sapa boleh plak bagi rawatan melalui fesbuk jer
 ayat2 yg diguna pun memang nampak wow 
marketing strategi tu hebat nau
tapi fakta yg diorg bagi tu x tepat
bukan x betul tapi kurang tepat
diorang guna pakai fakta sekerat-sekerat jer
boleh buat orang salah faham
ada yg guna google translate pun
adoiii.. nak tergelak bila baca

nanti saya sambung membebel pasal mitos ni

jom #peranglawanmitos


=D


p/s: kanta sentuh adalah suatu 'medical device'.. ia memerlukan pemeriksaan terperinci sebelum boleh dipakai

haishh.. tajuk lain, planning nak cerita benda lain tapi termembebel benda lain 




No comments:

Post a Comment