Saturday, 12 October 2013

cuci klinik



ramai ke yang dah balik kampung?
yang tengah otw balik atau nak balik kg tu
semoga perjalanan selamat pergi n selamat kembali

saya balik pagi esok..yeayyy

ni nak cerita aktiviti hari ni 
saya n the gang g tolong cuci n kemas2 klinik optometri UKM
klinik ni baru lepas renovate
dah siap tapi belum boleh guna lagi
barang2 belum susun sepenuhnya
mungkin 2 3 minggu lagi dah boleh guna kot
klinik sekarang ni lagi besar dan cantik
dan lebih praktikal saya rasa
nampak moden gitu


ada model x berbayar kat situ



bilik2 pemeriksaan yang lebih cantik




cik nurul sedang lekatkan tag pada frame






fokus sunguh budak2 ni tukar nose pad frame
nose pad lama jadi kuning, mungkin sebab lama duk tersimpan la stor kot masa renovate haritu




lepas mop kotor balik orang pijak..hehehe




buat masa sekarang, pemeriksaan dibuat kat sini
ni makmal untuk tahun 2 n 3 sebenarnya




ruang agak sempit sikit



dah habis gotong royong, layan citer madagascar dalam meeting room



sambil makan pizza hut, upah bersihkan klinik

**


alang-alang dah cakap pasal klinik ni
saya nak jemput la rakan2 blogger n anda2 semua datang cek mata kat sini
percuma jer
kat sini kita cek mata secara menyeluruh
bukan stakat untuk cek rabun jer
mula2 kita cek tahap penglihatan mata jauh ngan dekat
pastu cek ralat refraksi mata atau power mata
pastu cek kesihatan luar mata
dan cek kesihatan saraf mata- bahagian dalam mata


selain tu, ada juga klinik khas untuk 
1)kanta sentuh - kami akan cek parameter mata, pastu tentukan kanta sentuh yg sesuai n ajar bgaimana nak guna/cuci/simpan kanta supaya x de komplikasi
2) pediatrik - untuk kanak2 yg belum pndai membaca @ kanak2 istimewa.. bayi bawah setahun pun boleh
3) penglihatan binokular - untuk orang yg ada masalah ngan penggunaan dua2 mata, juling, nampak double/diplopia n terapi untul masalah mata
4) penglihatan terhad - untuk pesakit yang ada masalah penglihatan terhad/tiada penglihatan, kat sini kami akan cadangkan penggunaan alatan penglihatan terhad yg bersesuaian, eg: kanta pembesar atau teleskop
5) perkhidmatan membuat kacamata 


tau ke kat mana klinik ni?
haa.. mai nak habaq

KLINIK OPTOMETRI UKM
fakulti sains kesihatan, UKM KL
jalan raja muda abdul aziz
50300, kuala lumpur

lokasi nya dekat jer ngan chow kit, monorel chow kit, tepi bangunan IMR dan HKL


sape2 yang berminat nak cek mata boleh hubungi saya
emel ke sitimeri@yahoo.com or pm kat FB
nt saya akan buat appointment untuk anda
senang sikit, datang boleh terus cek mata
x payah nak tunggu lama2


=]

1 comment: