Saturday, 9 March 2013

bersyukurlah ada mata


pagi rabu yg lepas
saya n semua budak tahun 3 opto ada buat lawatan
untuk klinik khas punya posting

kami g sekolah pendidikan khas setapak
sekolah ni satu-satunya sekolah khas untuk pelajar yg cacat penglihatan
pelajar-pelajar kat sekolah tu terbahagi 2
ada yang totally blind n ada yang penglihatan terhad

apa yang mereka belajar sama jer ngan sekolah harian biasa
x de subjek2 yang spesel2 pun
silibus sama n exam pun sama
malah aktiviti ko-ku mereka lagi aktif berbanding sekolah biasa
bukan setakat bertanding ngan kawasan setempat
ramai yang jadi wakil Malaysia ke peringkat antarabangsa
pencapaian mereka dari segi ko-ku pun amat membanggakan

tapi dari segi akademik plak
mereka agak ketinggalan sedikit
bukan sebab x pandai tau
tapi sebab kekangan dari segi masa, peralatan n sebagainya

mereka amik exam pmr atau spm soaalan pun sama ngan pelajar lain
cuba korang bayangkan
mcam mana diorang nak jawab soalan yg sukar2 tu
contohnya matemati
sape yg dah amik spm matematik
dia tau la apa soalannya
ada yg kena buat graf, lukis2, sin, cos, tan
aterrr, acaner diorang nak buat
sedangkan diorang x nampak?
sin cos tan tu plak nak tekan calculator macam mane?

kalau ada calculator saintifik versi braille pun
harganyer ribu riban
mana la mampu nak beli
kebanyakkan pelajar kat sini pun susah
dapat bantuan dari JKM lagi

dari segi pengajaran plak
cikgu-cikgu kat situ suma hebat n tabah la
mampu nak ajar diorang ni
n yang paling penting sabar n tabah buat bahan pembelajaran n soalan exam
sebabnya bahan yg dihantar oleh kementerian ke sekolah pun
sama ngan bahan tuk sekolah biasa
buku teks yg kita guna dulu tu
cd tuk pembelajaran interaktif pun sama ngan kita punya
ater lagi skali.. nampak ke mereka nk tengok :LCD tu?
so, cikgu2 la yg gigih translate suma2 ni ke bahan yg lebih sesuai
either braille atau dibesarkan tulisan atau gambar..

jadi
pengajarannya kat sini
sentiasa bersyukurlah kita
kerana dikurnikan mata dan penglihatan yang sempurna
yg ada rabun sket2 tu no matter lah

'jagalah mata anda'

=]

No comments:

Post a Comment