Followers

Tuesday, 11 August 2015

riang ria raya 2015 part 1



selamat hari raya uolls
biar lambat dari takde langsung
raya kan sebulan
selagi x habis syawal ni
hari-hari pun hari raya..hahaha
 
dah hujung2 raya
nak jugak update entry raya
 walaupun gambar ciput jer ada
kesnya gambar banyak2 yang cun2 cun ker? habis hilang
ntah sape punya keje pun i tak tau
biasa la ramai-ramai camtu
henset ku bukan hansetku jadinya 
merata rata pergi
jadi moh ler kita buat entry dengan saki baki gambar
sebelum hilang kesemuanya..huhu
menu raya haritu buat laksa n laksam kelantan
yang guna kuah lemak tu
laksa tempah ngan Laksa Beris
kuahnya buat sdiri.. my mom yang buat sebenarnya


malam sebelum raya lepas isya' g amik laksa
direct kat kilang dia
tak tau la dia proses camner.. tahan lama tak basi sampai ke petang raya

g tengok sdiri kilang dia
nampak cam bagus n cermat jer proses diorang buat
yakin la sikit nak makan


ramai sangat2 orang yg tempah
cuak jugak malam tu sebab masa cek nama kat senarai tu x jumpa nama saya
oh hoii.. kes naya ni kalau x de 
nak makan apa pagi raya esoknya
last2 jumpa kat senarai satu lagi.. legaaa
sy tempah ni masa awal2 puasa lagi
sebab dia ada kuota brapa tempahan jer shari



packing dalam plastik camtu jer
balik simpan pun biarkan jer dalam plastik tu terbuka sampai pagi esoknya
tutup ngan tudung saji jer.. 
tak tutup kang masuk tikus plak
satu plastik tu 10 kilo
harga rm2.20 sekilo kalau x silap

dah habis cerita laksa
gambar hidangan laksa di pagi raya.. nan hado.. uhuk

***




gambar family yang x cukup korum



mana pernah nak cukup
adik beradik sy 10 orang
setiap tahun ada yang turn beraya rumah mertua
gilir2





mostly tema warna ala2 hijau
tapi dalam gambar nampak biru 
ramai kan tema hijau tahun ni



tu je lar gambar yg ada
cerita di hari raya pertama
gambar jalan2 rumah sedara mara pun nan hado

maaf zahir batin
maafkan saya jika ada tertulis benda yg mengguris hati atau meng'annoying'kan anda semua

kalau rajin esok update lagi

bye..

=)

 


Monday, 10 August 2015

dah setahun

10 ogos 2014 - 10 ogos 2015

cukup setahun bekerja
masih di tempat sama

setahun jagung orang kata.. 
kejap ke lama tu?
tapi kan kalau tanam jagung setahun dah mereput dah tu.. hehehe

dalam masa setahun bekerja macam2 pengalaman n cerita ada
manis pahit masam semua ada

'love ur job'
itu prinsip yg kitorang pegang
so, apa2 hal berlaku pun sentiasa buat yg terbaik
pegang pada etika
jaga nama baik optometrist
supaya pergi mana2 pun orang respek keje kita
bukan respek nak suruh tunduk hormat bila jumpa
tapi biarlah bila sebut optometrist
orang akan terbayang-bayang servis penjagaan mata yang baik

cumanya cabaran keje retail adalah nak 'make money'
jadi, proses bertegang urat ngan sales person akan berlaku
diorang lagi mahal lagi suka
walaupun customer x brapa mampu
last2 berbulan-bulan tak datang ambil spek yg dibuat
kesian makcik/pakcik tu hidup ngan penglihatan kabur
 
**
semalam  pecahkan tabung
setahun menabung tak penuh pun tabungnya
 huhuhu
tapi pecahkan jugak sebab nak beli sesuatu yg diidamkan setahun yg lalu
belum beli tapi dah survey
nanti dah beli sy update sini sekali ngan gambar
baru syok nak menunjuk-nunjuk..
awal2 niat tak baik nak menunjuk-nunjuk..hehehe

takde maknanya
nak kongsi kegembiraanku n simpan memori kat sini jer
tahun depan panjang umur leh wat # throwback
kan kan kan?

 
 
 
=)



Monday, 13 July 2015

selamat hari lahir


yuhuueeww
anybody home??

lamanyer lah x update kat sini.. nasib baik ingat lagi password T.T

ok.. takmo bebel panjang panjang
jom kita terus nyanyi

happy birthday to me~~
happy birthday to me~~
happy birthday to me~~
happy birthday to cik meri~~

ya.. its my birthday uolss..

alhamdulillah
syukur dipanjangkan umur
diberikan kesihatan yang baik
dimurahkan rezeki
semoga 24 tahun yang berlalu tidaklah sia2
semoga Allah memberkati usiaku yg lepas dan merahmati hari2 yang mendatang

kejap jer rasa berlalu.. dah umur 24 dah.. mcam x percaya jer
kalau orang tanya asyik duk ingat umur baru 22.. hoii perasan muda remaja lagi..hihi
sokmo kena kira balik ngan tahun lahir

orang kata makin dekat ngan kiamat makin cepat masa berlalu
tengoklah bulan ramadhan ni.. pejam celik dah nak sampai penghujung dah
tinggal 2 hari jer lagi.. deep inside tu rasa sayu jugak
rasa macam tak fully utilise masa yang diberi
entah apa benda la yang bizi bebenor..
kalau hari cuti tu lagi la rasa x cukup masa..