Followers

Sunday, 20 October 2013

saturday well spent



semalam kami ada konferens 
pelajar optometri dari setiap u join
ada
UKM, UIA, UITM, MSU, THONEH, SEGI, TWINTECH


UKM IACLE-HOPC
optometry student seminar 2013

tema
frontiers of optometry and vision sciences



ucapan perasmian oleh dekan fakulti sains kesihatan, UKM



saya jadi usher semalam.. tukang pegang flag ni n bawa diorang ke wokshop
malu wei kena berdiri kat depan pegang benda ni..hoho 



Dr nurul fajar bagi talk tentang 3D
dia cakap tentang macam mana sejarah 3D
n bagaimana filem2 3D dibuat
dan dan tu rasa nak g tengok movie 3D..hehehe



prof riza bagi talk tentang software yang diorang  reka
cangih2 semuanya



ni kat workshop
behave sangat rabbit ni.. dia dah pandai dah nak cek mata
cam tau2 jer apa nak buat



tengok tu.. baik kan?
ni nak ukur kuantiti air mata dia
jangan risau, insyaallah x sakit pun
just letak kertas tu sikit jer kat kelopak mata
kajian ni dari thesis pelajar senior tahun lepas


prof rokiah
dia sedang terangkan tentang kajian yang sedang dijalankan
iaitu buat saringan penglihatan kat kanak-kanak tadika 4,5 ,6 tahun
ibu2 perasan x kad kesihatan anak2 yang terbaru ada tambahan untuk saringan penglihatan


dr izzudin menerangkan tentang visual perception


ocular prosthetic


mata palsu, hampir sama ngan mata sebenar




tu jer nak cerita
saturday well spent
kalau x duk tercongok jer lam bilik sorang2..huhu


=]

Tuesday, 15 October 2013

selamat hari raya idul adha



selamat menyambut hari raya haji 
semoga kita dapat menghayati makna 'korban' dengan sebaiknya
rasa syahdu jer dengar takbir
raya haji ni best sebab dapat dengar takbir lama sikit 



ni bukan untuk dikorbankan yer
sajer nak tunjuk baby syawal ngan mummy dia

nama dia nur syawal..hehe
nur sebab betina
syawal sebab lahir masa bulan syawal aritu
lembu pun ada nama..hehehe


=]

Sunday, 13 October 2013

kebun mini depan rumah


sekarang saya dah otw balik kampung..
balik naik bas
'happy mood'
=)


x sabar nak balik tengok kebun mini depan rumah
kebun ni saya buat masa cuti sem haritu
dah dekat sebulan tinggal
mak saya yang amik alih jaga


dalam bag hitam tu tanam cili, ma saya kata 'cili gubah'
x pasti la camne rupa bentuknyer
ma saya kata sebab buah dia kluar 'sekelompok?' macam bunga yg digubah.. hehe
ada dalam 20 pokok


yang dalam bag putih tu tomato
ada dalam 5 pokok
dalam pasu pokok cili 'budu' 
panggil camtu sebab slalu ambik makan ngan budu..hihi
yang tergantung tu pun tomato
recycle botol minyak masak


ada pokok naga
baru sebiji berbuah.. kecik jer buahnya, sebesar cawan kopi jer
isi warna putih tapi manis

yang hijau atas tanah tu bukan rumput 
tapi kangkung selom  ye ke eja camni


selain tu, nak tengok pokok mulberi

ni pic masa dia berbuah lepas baru tanam
pastu dah x bagi berbuah sebab nak suruh besar sikit
n biar banyak cabang dulu

pokok ni klau x pangkas, dia x berbuah kan?


**


nak menghayati pemandangan  balik kg plak.. bye2  

=]