Followers

Wednesday 13 July 2016

its my birthday uolss ~


~happy birthday to me~~
~happy birthday to me~~
~happy birthday to me~~
~happy birthday to cik meri~~

ya.. its my birthday uolss..

alhamdulillah
syukur dipanjangkan umur
diberikan kesihatan yang baik
dimurahkan rezeki
semoga 25 tahun yang berlalu tidaklah sia2
semoga Allah memberkati usiaku yg lepas dan merahmati hari2 yang mendatang
amin


happy birthday juga untuk anak sedara ku hok gebu tu
Nurul Izzah Arif
yang ke 17
tahun ni SPM
sila la bersungguh-sungguh
semoga cermerlang hidup di dunia dan di akhirat

i love u so much kakak
you're my first niece

nak tepek gambar dia yang paling cun kat sini takut kena marah pulak..hehe


Monday 11 July 2016

raya aidilfitri 2016


hai.. dah kerja ke cuti lagi?

lemau betul pagi tadi nak datang keje
slow jer bersiap

tak puas tau cuti

tapi kat rumah dah takde orang.. semua dah kembali ke tempat masing2
tak sempat nak beramah mesra.. masa terasa memang terhad

cuti dah 5 hari dah.. agak banyak dari tahun2 lepas
tapi separuh dari tu habiskan atas jalan makan jem

selamat bekerja lah semua yer 
kumpul semangat yang gigih untuk masa depan lebih cemerlang gemilang dan terbilang

nanti saya share gambar raya
kena kumpul dulu dari kamera telpon masing2



Tuesday 5 July 2016

persiapan hari raya 2016


alhamdulillah
dah sampai penghujung kita berpuasa
insyaAllah esok raya

excited nak raya tu sudah semestinya
tapi jauh di dalam hati terasa sedih n rugi ramadhan dah nak pergi

ye lah
awal2 haritu kemain berazam nak buat amal yang terbaik
akhirnya tak sesempurna yang diimpikan
kekangan kekangan dunia yang sukar nak elak
tak mencapai KPI yang di'imagine'

ya allah
panjangkanlah usia kami dan sihatkanlah tubuh badan kami
untuk bertemu ramadhan tahun hadapan
sesungguhnya kami kerugian kerana tidak manfaatkan sehabis baik ramadan kali ini
amin

berbalik pada persiapan raya

dah siap semua ke?

tu je nak tanya


sempena raya, blog ni pun nak cuti juga
bila pulak kita nak bertemu

jadi saya nak ucap kat sini siap siap

SELAMAT HARI RAYA
AMPUN DAN MAAF KALAU ADA SAYA TERSALAH DAN SILAP
TAK KIRA DI ALAM NYATA ATAU DI ALAM MAYA NI

semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan berkahnya di bulan mulia ini

saya masih lagi bekerja harini
tapi petang balik awal sikit.. sekerat hari jer
saya cuti sampai sabtu kot

ahad kalau rajin datang keje..
kalau malas paham2 lah yer...hehe


Monday 4 July 2016

:: cerita kedai spek:: larangan menjual kanta lekap 'contact lens' di premis bukan optikal


musim perayaan ni ramai la nak cantik
ramai pakat mai nak beli contact lens warna


kalau tak jelas gambar ni.. klik SINI untuk baca


kanta lekap atau contact lens ni adalah satu alat bantuan perubatan (medical device)

kalau nak pakai ia perlukan pemeriksaan dari pakar
optometrist, oftalmologis atau optisian(yg ada lesen contact lens)

walau ia kosmetik contact lens sekalipun
pemakaian tanpa preskripsi berisiko untuk memudaratkan

setiap contact lens juga perlu dapat kelulusan FDA n KKM juga sebelum boleh dijual

contact lens yang ada kelulusan ni telah dikaji dengan teliti dan selamat untuk digunakan 
tapi wajib dengan pemeriksaan oleh pakar

jadi

kalau yang jual online n pasar n gerai tepi jalan tu SELAMAT ke?

yakin pulak anda pakai sesuatu yg nak dilekat pada mata
pada organ yg cukup penting kat tubuh kita

saya tengok bukan orang biasa jer yg pakai CL jenis camni
yang educated pun ramai pakat duk beli online

info sikit ni:

cornea = mata hitam bulat kita tu
ia adalah satu lapisan yang sangat sensitif
struktur dan fisiologinya sangat kompleks untuk memastikan mata kita melihat dengan baik
dan ia seharusnya transparen
pastu kornea ni ada banyak lapisan

tengok gambar bawah


dan yang paling penting sekali saraf pada kornea ini mempunyai hujung saraf yang terbuka
ini bermaksud ia adalah tersangat sangat sangat sensitif

tak percaya?

cuba sentuh mata hitam masing masing

susah kan n kalau terkena sesuatu pasti sangat sakit kan?

lain kalau untuk mata putih
ia lebih senang n tak sakit kan

kaintannya bila kita pakai contact lens, ia akan lekap direct pada cornea
berlaku kecuaian siki jer, memang akan bagi kesan yang teruk

dan tak semua orang sesuai pakai
nanti saya buat entry lain sapae yang boleh dan tak sesuai pakai contact lens



=)


pada online seller yang jual contact kens sembarangan tu.. anda harus berhati hati..
anda berisiko untuk diambil tindakan atau saman

Sunday 3 July 2016

cerita berbuka kat masjid

cerita hari jumaat lepas
majlis berbuka puasa kat masjid kampung saya
sekali buat tahlil arwah


ni anak sedara saya.. AHMAD
pukul 7 jalan kaki berdua jer ngan dia
sebab mak n ayah saya dah pegi dulu dah



kena paksa bawa beg telekung
terkial kial
bukan berat sangat pun



pegang tangan kuat2 nak lintas jalan besar
kereta banyak petang petang


saya sampai tu tengok makanan dah siap hidang atas meja
masakan simple kampung jer
tapi sedap sebab rewang masak ramai ramai


disebabkan dah takde keje kat bawah
kami naik atas join orang tahlil


saya ni dah risau takut ahmad tak duduk diam dalam masjid
suprisingly masa solat maghrib tu boleh dia follow sekali orang solat
tapi bukan lah dari awal sampai habis
cumanya dia boleh behave
tak ganggu orang solat

syabas ahmad
lain kali boleh bawa lagi


KHAS untuk warga KELANTAN- bachok, kota bharu, k.krian, peng chepa dan kawasan sekitar


KAMBING PERAP RESEPI DARI MESIR!!
========================
Alhamdulillah sempat hantar kambing perap, produk terbaru dr elghanam AgroFarm sebelum berbuka poso td.. 15kg habis diborong ptg ni.. terima kasih kpd pembeli kami.. esok2 blh repeat oder lg deh..
Kambing perap kami insyaAllah sedap kerana telah diadun dgn rempah ratus rahsia resepi turun temurun yg telah diolah dgn resepi dr mesir.. hehehe.. sempat blajar resepi dgn arab masa study dulu..
InsyaAllah esok dan lusa ada lg penghantaran sekitar Bachok dan pengkalan chepa..
siapa yg nk selit oder blh hubungi kami 0145274797..
Kambing perap terbaik, beli terus bakar, x perlu susah2 nk potong bawang n blend rempah bagai. hanya perlu oder dgn kami saja..
ok, sapa nk selit oder blh kontak Elghanam AgroFarm 0145274797..

1kg > RM34 yaa jah..




FB = 
Elghanam AgroFarm


sesiapa yang teringin makan kambing bakar
boleh hubungi nombor dia atas

saya dah try  2 3 kali sepanjang bulan puasa ni

SERIUS!! memang sedap
sebab dia guna resepi dari mesir
tauke dia dulu belajar kat mesir
maybe dia cedok resepi rahsia dari tok arab la kot..hehe

yang paling penting.. sos blackpepper dia 
perrggh.. thumbs up

boleh COD n boleh pick up sdiri